Javascript must be enabled to continue!
KAJIAN KRITIK MATAN HADIS BERUNSUR PETUA-PETUA GANJIL DALAM PERUBATAN: ANALISIS HADIS-HADIS PALSU TERPILIH
View through CrossRef
Ahli-ahli hadis berusaha memelihara hadis-hadis Nabi SAW daripada dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menetapkan kaedah tertentu untuk mengenali hadis-hadis bermasalah dan palsu. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan salah satu kaedah mengenali hadis palsu berdasarkan matan yang mempunyai unsur petua-petua ganjil dalam ilmu perubatan. Kajian ini diaplikasikan terhadap beberapa hadis palsu yang terpilih dalam kategori ini. Kajian menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Setiap data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan analisis kandungan. Kajian mendapati sebanyak 8 hadis palsu berdasarkan matan yang berunsur petua-petua aneh dan ganjil dalam perubatan. Hasil penelitian daripada kajian menunjukkan sebahagian amalan dan beberapa jenis makanan telah digunakan serta mengaitkannya kepada perubatan tertentu lalu menyandarkan kepada hadis Nabi SAW sebagai hujah. Kajian ini membawa implikasi positif dalam mendepani penyebaran hadis palsu dalam kalangan masyarakat yang semakin menular mutakhir ini. Harapan kajian adalah dapat menambah sumbangan kepada perbendaharaan ilmu mengenai kajian kritik hadis secara khusus di samping membantu umat Islam bersikap lebih cermat menerima hadis Nabi SAW lalu menyebarkannya tanpa semakan bagi memelihara martabat dan kedudukannya yang tinggi dalam agama Islam.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: KAJIAN KRITIK MATAN HADIS BERUNSUR PETUA-PETUA GANJIL DALAM PERUBATAN: ANALISIS HADIS-HADIS PALSU TERPILIH
Description:
Ahli-ahli hadis berusaha memelihara hadis-hadis Nabi SAW daripada dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menetapkan kaedah tertentu untuk mengenali hadis-hadis bermasalah dan palsu.
Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan salah satu kaedah mengenali hadis palsu berdasarkan matan yang mempunyai unsur petua-petua ganjil dalam ilmu perubatan.
Kajian ini diaplikasikan terhadap beberapa hadis palsu yang terpilih dalam kategori ini.
Kajian menggunakan metodologi kajian kepustakaan.
Setiap data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan analisis kandungan.
Kajian mendapati sebanyak 8 hadis palsu berdasarkan matan yang berunsur petua-petua aneh dan ganjil dalam perubatan.
Hasil penelitian daripada kajian menunjukkan sebahagian amalan dan beberapa jenis makanan telah digunakan serta mengaitkannya kepada perubatan tertentu lalu menyandarkan kepada hadis Nabi SAW sebagai hujah.
Kajian ini membawa implikasi positif dalam mendepani penyebaran hadis palsu dalam kalangan masyarakat yang semakin menular mutakhir ini.
Harapan kajian adalah dapat menambah sumbangan kepada perbendaharaan ilmu mengenai kajian kritik hadis secara khusus di samping membantu umat Islam bersikap lebih cermat menerima hadis Nabi SAW lalu menyebarkannya tanpa semakan bagi memelihara martabat dan kedudukannya yang tinggi dalam agama Islam.
Related Results
PENYELESAIAN HADIS MUKHTALIF TENTANG PENYAKIT YANG TERTULAR, JUNUB DAN ZIARAH KUBUR
PENYELESAIAN HADIS MUKHTALIF TENTANG PENYAKIT YANG TERTULAR, JUNUB DAN ZIARAH KUBUR
Hadis merupakan sumber utama pedoman hidup setelah al-Qur’an. Berdasarkan faktanya tidak semua hadis bersumber dari Rasulullah, pasal ini dilihat dari konteks sejarah perkembangann...
Kontribusi Ali Mustafa Yaqub (1952-2016) dalam Dinamika Kajian Hadis di Indonesia
Kontribusi Ali Mustafa Yaqub (1952-2016) dalam Dinamika Kajian Hadis di Indonesia
<p>Artikel ini akan membahas tentang kontribusi Ali Mustafa Yaqub dalam dinamika kajian hadis di Indonesia. Ia adalah salah seorang pakar di bidang hadis. Hadis-hadis yang di...
EPISTEMOLOGI KRITIK HADIS
EPISTEMOLOGI KRITIK HADIS
Hadis disepakati sebagai sumber ajaran Islam kedua setelah al-Qur’an. Namun, untuk dapat menjadikannya sebagai dasar ajaran, hadis harus melewati uji naqd al-hadis dan fiqh al-hadi...
Metode Penelitian Fiqh al-Hadis
Metode Penelitian Fiqh al-Hadis
Hadis Nabi dalam hierarki sumber hukum Islam berada pada kedudukan kedua selepas al-Quran. Hadis berfungsi untuk menjelaskan, menafsirkan apa yang terkandung dalam al-Qur...
KONTRIBUSI MUHAMMAD MUSTHAFA AZAMI DALAM PEMIKIRAN HADIS (COUNTER ATAS KRITIK ORENTALIS)
KONTRIBUSI MUHAMMAD MUSTHAFA AZAMI DALAM PEMIKIRAN HADIS (COUNTER ATAS KRITIK ORENTALIS)
<p>Dalam pergulatan pemikiran hadis kontemporer, nama Muhammad Musthafa al-Adzami sangat diperhitungkan baik di kalangan para ahli hadis maupun orentalis. Karya-karyanya memb...
HISTORITAS PERKEMBANGAN HADIS (DARI PERIODE KLASIK HINGGA KONTEMPORER)
HISTORITAS PERKEMBANGAN HADIS (DARI PERIODE KLASIK HINGGA KONTEMPORER)
ABSTRACT
The history of the study of hadith from time to time experienced a very significant development, initially the study of hadith from oral to oral developed into writing, t...
Diseminasi Hadis Palsu Di Indonesia: Al-Mauḍū‘āt di Negeri Syari‘at
Diseminasi Hadis Palsu Di Indonesia: Al-Mauḍū‘āt di Negeri Syari‘at
Artikel ini adalah penelitian tentang penyebaran hadis palsu di Indonesia, khususnya di negeri Syari’at yaitu kota Langsa. Bagaimana indikator dan latarbelakang penyebaran hadis pa...
KOMPOSISI BERUNSUR ANGGOTA TUBUH DALAM NOVEL-NOVEL KARYA ANDREA HIRATA
KOMPOSISI BERUNSUR ANGGOTA TUBUH DALAM NOVEL-NOVEL KARYA ANDREA HIRATA
Abstrak
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui makna dan hubungan makna-makna gramatikal leksem anggota tubuh yang ada di dalam Novel-Novel karya Andrea Hirata, antara lai...

