Javascript must be enabled to continue!
Penghujahan Saintifik: Memahami Perlaksanaannya dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia
View through CrossRef
Penghujahan saintifik merupakan amalan utama dalam pendidikan sains yang amat kritikal untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains bagi membekalkan pengalaman serta kesedaran tentang situasi sebenar bagaimana saintis membentuk dan menjustifikasi pengetahuan saintifik. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji pengaplikasian aspek-aspek yang menggalakkan penghujahan saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran kimia. Kajian secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan rekabentuk deskriptif telah dilaksanakan. Kajian yang dijalankan melibatkan lima orang guru yang mengajar mata pelajaran kimia tingkatan empat di lima buah sekolah di daerah Pasir Gudang. Data kajian dikumpul melalui pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan temu bual guru. Data pemerhatian dianalisis dengan teknik analisis kandungan dan ditriangulasi dengan data temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa aspek-aspek yang menggalakkan penghujahan saintifik jarang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kimia. Kaedah yang biasa diamalkan oleh guru kimia dalam pengajaran dan pembelajaran tertumpu pada kaedah penerangan diikuti dengan penyoalan soalan tertutup manakala aktiviti pelajar lebih tertumpu pada mendengar dan memberi maklum balas terhadap soalan guru berdasarkan bahan rujukan. Lebih daripada separuh masa pengajaran dan pembelajaran kimia ditumpukan kepada aktiviti penerangan guru, demonstrasi, arahan dan penyoalan yang dituju kepada seluruh kelas. Amalan yang sedemikian tidak membantu pelajar ke arah pembangunan penghujahan saintifik. Oleh itu, amalan pengajaran dan pembelajaran kimia perlu dinilai semula dengan menekankan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penghujahan saintifik.
Title: Penghujahan Saintifik: Memahami Perlaksanaannya dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia
Description:
Penghujahan saintifik merupakan amalan utama dalam pendidikan sains yang amat kritikal untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains bagi membekalkan pengalaman serta kesedaran tentang situasi sebenar bagaimana saintis membentuk dan menjustifikasi pengetahuan saintifik.
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji pengaplikasian aspek-aspek yang menggalakkan penghujahan saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran kimia.
Kajian secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan rekabentuk deskriptif telah dilaksanakan.
Kajian yang dijalankan melibatkan lima orang guru yang mengajar mata pelajaran kimia tingkatan empat di lima buah sekolah di daerah Pasir Gudang.
Data kajian dikumpul melalui pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan temu bual guru.
Data pemerhatian dianalisis dengan teknik analisis kandungan dan ditriangulasi dengan data temu bual.
Dapatan menunjukkan bahawa aspek-aspek yang menggalakkan penghujahan saintifik jarang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kimia.
Kaedah yang biasa diamalkan oleh guru kimia dalam pengajaran dan pembelajaran tertumpu pada kaedah penerangan diikuti dengan penyoalan soalan tertutup manakala aktiviti pelajar lebih tertumpu pada mendengar dan memberi maklum balas terhadap soalan guru berdasarkan bahan rujukan.
Lebih daripada separuh masa pengajaran dan pembelajaran kimia ditumpukan kepada aktiviti penerangan guru, demonstrasi, arahan dan penyoalan yang dituju kepada seluruh kelas.
Amalan yang sedemikian tidak membantu pelajar ke arah pembangunan penghujahan saintifik.
Oleh itu, amalan pengajaran dan pembelajaran kimia perlu dinilai semula dengan menekankan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penghujahan saintifik.
.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
PEMAHAMAN GURU TENTANG PENDEKATAN SAINTIFIK DAN IMPLIKASINYA DALAM PENERAPAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR
PEMAHAMAN GURU TENTANG PENDEKATAN SAINTIFIK DAN IMPLIKASINYA DALAM PENERAPAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR
Abstract:. Implementation of the 2013 Curriculum essentially sets out three main things, namely the application of integrated thematic learning, the use of scientific approaches to...
IMPLEMENTASI KURIKULUM 2013 DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS DI SMP KOTA TERNATE
IMPLEMENTASI KURIKULUM 2013 DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS DI SMP KOTA TERNATE
Penelitian dilakukan untuk mencari tahu proses penerapan pendekatan saintifik dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggris dan kesulitan-kesulitan yang di hadapi oleh guru dala...
Pengaruh Kecerdasan Emosional dan Motivasi terhadap Kinerja Karyawan
Pengaruh Kecerdasan Emosional dan Motivasi terhadap Kinerja Karyawan
Abstract. This study aims to determine the effect of emotional intelligence and motivation on employee performance at PT. Kimia Farma Tbk Plant Banjaran. This research is motivated...
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESTETIKA VESPA MODIFIKASI KOMUNITAS VESPA BONDOWOSO Syarief Abdurahman Arrahim1, I Wayan Sudiarta2, I Gst Ngr. Sura Ardana31,2,3Program Studi Pendidikan Seni RupaFakultas Ba...
INTEGRASI ISLAM DAN SAINS DALAM PEMBELAJARAN KIMIA
INTEGRASI ISLAM DAN SAINS DALAM PEMBELAJARAN KIMIA
Ilmu kimia merupakan salah satu kontribusi penting yang diwariskan oleh para ilmuwan Muslim pada masa keemasan peradaban Islam, yang diakui oleh sejarawan Barat sebagai dasar bagi ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

