Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Teknik Pengubahsuaian dalam Terjemahan Intralingual Diakronik Manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’

View through CrossRef
Makalah ini mengetengahkan perbincangan mengenai penggunaan teknik pengubahsuaian seperti yang dicadangkan oleh Nida pada tahun 1964 yang diaplikasikan dalam terjemahan intralingual diakronik terhadap manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’ (Abdullah Abdul, 1849). Tujuan utama terjemahan intralingual diakronik adalah untuk menghasilkan sebuah teks yang lebih bersifat kontemporari kepada pembaca sasaran. Terdapat banyak teknik yang sesuai diaplikasikan dalam terjemahan intralingual diakronik bergantung kepada ciri-ciri bahasa Melayu klasik itu sendiri. Walau bagaimanapun, kajian ini bertujuan untuk mencerakin teknik pengubahsuaian yang berlaku dalam terjemahan manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’ (Hamzah, 2007) daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden berlandaskan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Bagi tujuan tersebut, kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada bentuk analisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa teknik pengguguran dan teknik pindaan lebih kerap digunakan bagi ayat yang panjang dan berulang-ulang, ayat yang banyak menggunakan kata pangkal ayat, dan ayat yang banyak mengandungi partikel pun dan lah.
Title: Teknik Pengubahsuaian dalam Terjemahan Intralingual Diakronik Manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’
Description:
Makalah ini mengetengahkan perbincangan mengenai penggunaan teknik pengubahsuaian seperti yang dicadangkan oleh Nida pada tahun 1964 yang diaplikasikan dalam terjemahan intralingual diakronik terhadap manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’ (Abdullah Abdul, 1849).
Tujuan utama terjemahan intralingual diakronik adalah untuk menghasilkan sebuah teks yang lebih bersifat kontemporari kepada pembaca sasaran.
Terdapat banyak teknik yang sesuai diaplikasikan dalam terjemahan intralingual diakronik bergantung kepada ciri-ciri bahasa Melayu klasik itu sendiri.
Walau bagaimanapun, kajian ini bertujuan untuk mencerakin teknik pengubahsuaian yang berlaku dalam terjemahan manuskrip Melayu ‘Hikayat Abdullah’ (Hamzah, 2007) daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden berlandaskan ciri-ciri bahasa Melayu klasik.
Bagi tujuan tersebut, kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada bentuk analisis secara deskriptif.
Dapatan kajian mendapati bahawa teknik pengguguran dan teknik pindaan lebih kerap digunakan bagi ayat yang panjang dan berulang-ulang, ayat yang banyak menggunakan kata pangkal ayat, dan ayat yang banyak mengandungi partikel pun dan lah.

Related Results

MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
The study commented about Hikayat Merong Mahawangsa: The Salasilah Negeri Kedah Darulaman.  Hikayat Merong Mahawangsa consists of five chapters that showed the lineage of Merong Ma...
MENINJAU KONSEP TERJEMAHAN SEMULA: KAJIAN KES PUTERA CILIK (2015) DAN PUTERA KECIL (2021)
MENINJAU KONSEP TERJEMAHAN SEMULA: KAJIAN KES PUTERA CILIK (2015) DAN PUTERA KECIL (2021)
Terjemahan semula (retranslation) sebagai satu produk merujuk terjemahan baharu atau terjemahan terkemudian, yang dihasilkan daripada teks sumber yang sama dan dalam bahasa sasaran...
IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR THE INDIVIDUALITY OF MALAY WOMEN IN HIKAYAT SYAMSUL ANUAR
IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR THE INDIVIDUALITY OF MALAY WOMEN IN HIKAYAT SYAMSUL ANUAR
Imej perempuan Melayu dalam sastera Melayu lama banyak dikaji dan pelbagai tafsiran ditemukan. Terdapat kajian yang membela kedudukan mereka dan ada yang sebaliknya. Kajian-kajian ...
Malay Warrior Board Game A Method of Appreciation of The Narrative of Hikayat Hang Tuah
Malay Warrior Board Game A Method of Appreciation of The Narrative of Hikayat Hang Tuah
ABSTRACT Hikayat Hang Tuah is a traditional Malay literary work that often attracts the attention of scholars both within and outside the nation. The story is always a topic of dis...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
THE ADAB OF COMMUNICATION IN CHARACTERS OF HIKAYAT KHOJA MAIMUN
THE ADAB OF COMMUNICATION IN CHARACTERS OF HIKAYAT KHOJA MAIMUN
Children and Adolescent Literature have yet to find its precise definition in the corpus of Modern Malay Literature. In this regard, the works whose characters consist of adults co...

Back to Top