Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Mengukur Kompetensi Keusahawanan Mahasiswa: Analisis Terhadap Kemahiran Pengurusan, Kepimpinan dan Penyelesaian Masalah

View through CrossRef
Kompetensi keusahawanan merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, adaptif, dan berkeupayaan memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin dinamik dan mencabar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada tiga kemahiran teras, iaitu kemahiran pengurusan, kepimpinan, dan penyelesaian masalah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan keratan lintang melibatkan seramai 418 orang mahasiswa di sebuah universiti awam di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa memiliki tahap kemahiran pengurusan (53.1%), kepimpinan (56%) dan penyelesaian masalah (51.9%) pada tahap sederhana hingga tinggi, mencerminkan potensi yang baik dalam pembentukan kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Implikasi kajian ini menekankan keperluan institusi pengajian tinggi untuk memperkukuh pembangunan kemahiran teras keusahawanan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman seperti pembelajaran berasaskan projek, simulasi perniagaan dan penglibatan industri. Dari aspek sumbangan, kajian ini menyediakan bukti empirikal tentang profil kompetensi keusahawanan mahasiswa yang boleh dijadikan asas rujukan dalam penambahbaikan kurikulum, perancangan intervensi keusahawanan, serta penggubalan strategi pembangunan graduan yang lebih holistik dan berorientasikan keusahawanan.
Title: Mengukur Kompetensi Keusahawanan Mahasiswa: Analisis Terhadap Kemahiran Pengurusan, Kepimpinan dan Penyelesaian Masalah
Description:
Kompetensi keusahawanan merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, adaptif, dan berkeupayaan memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin dinamik dan mencabar.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada tiga kemahiran teras, iaitu kemahiran pengurusan, kepimpinan, dan penyelesaian masalah.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan keratan lintang melibatkan seramai 418 orang mahasiswa di sebuah universiti awam di Malaysia.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa memiliki tahap kemahiran pengurusan (53.
1%), kepimpinan (56%) dan penyelesaian masalah (51.
9%) pada tahap sederhana hingga tinggi, mencerminkan potensi yang baik dalam pembentukan kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
Implikasi kajian ini menekankan keperluan institusi pengajian tinggi untuk memperkukuh pembangunan kemahiran teras keusahawanan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman seperti pembelajaran berasaskan projek, simulasi perniagaan dan penglibatan industri.
Dari aspek sumbangan, kajian ini menyediakan bukti empirikal tentang profil kompetensi keusahawanan mahasiswa yang boleh dijadikan asas rujukan dalam penambahbaikan kurikulum, perancangan intervensi keusahawanan, serta penggubalan strategi pembangunan graduan yang lebih holistik dan berorientasikan keusahawanan.

Related Results

KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Modul Minda Keusahawanan yang telah dibina melibatkan sembilan modul yang telah disampaikan kepada gelandangan bekas banduan. Tujuan pembinaan modul keusahawanan ini adalah bagi me...
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui...

Back to Top