Javascript must be enabled to continue!
FANA’ DALAM PANDANGAN ULAMA SUFI: TINJAUAN TERHADAP PEMIKIRAN SUFI SHEIKH HAMZAH FANSURI
View through CrossRef
Abstrak
Fana’ menurut disiplin Ilmu Tasawuf ialah lenyap dari sifat manusiawi yang terbelenggu dengan berbagai tuntutan syahwat dan hawa nafsu, hal keadaan tumpuan ingatan hati hanya tenggelam dalam menghayati sifat kesempurnaan dan keagungan Allah SWT. Hal demikian adalah karena fana’ merupakan kesadaran tingkat tinggi dan tumpuan ingatan yang jitu yang hanya tertuju kepada Allah SWT hingga ingatan dan perasaan terhadap perkara lain menjadi tumpul seolah-olah lenyap dari ingatan. Walaupun begitu, dalam wacana pemikiran akidah, banyak ditimbulkan isu-isu yang berkaitan dengan kesalahfahaman dan penyelewengan terhadap institusi tarekat khususnya yang berkaitan dengan konsep fana’. Dengan demikian, artikel ini mencoba mengetengahkan konsep fana’ menurut Sheikh Hamzah Fansuri (w. 1630M) melalui karya beliau untuk meneliti sejauh mana konsep fana yang telah dikemukakan oleh beliau sejalan dengan tokoh sufi Nusantara yang lain dan tokoh-tokoh sufi yang muktabar. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dengan melihat karya sufi Sheikh Hamzah Fansuri yang berjudul “Asrar al-‘Arifin”. Kajian mendapati bahwa istilah fana’ yang dikemukakan oleh Sheikh Hamzah Fansuri sejalan dengan makna fana’ yang telah dikemukakan oleh tokoh sufi Nusantara seperti Sayyid Abdul Rahman (w. 1917M), Sheikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1788M) dan tokoh sufi lain yang muktabar. Walau bagaimanapun, penggunaan istilahnya agak berbeda dalam memberikan penjelasan tentang pengertian fana’. Di samping itu, Sheikh Hamzah Fansuri dalam karya beliau lebih banyak menekankan perbincangan terhadap aspek eksistensi yang diistilahkan oleh beliau sebagai martabat tujuh. Kajian menyimpulkan bahawa konsep fana’ yang dikemukakan beliau merupakan suatu asas yang penting dalam memahami konsep fana’ yang digunakan oleh penganut tarekat kesufian dalam kalangan masyarakat kini.
Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Teungku Dirundeng Meulaboh
Title: FANA’ DALAM PANDANGAN ULAMA SUFI: TINJAUAN TERHADAP PEMIKIRAN SUFI SHEIKH HAMZAH FANSURI
Description:
Abstrak
Fana’ menurut disiplin Ilmu Tasawuf ialah lenyap dari sifat manusiawi yang terbelenggu dengan berbagai tuntutan syahwat dan hawa nafsu, hal keadaan tumpuan ingatan hati hanya tenggelam dalam menghayati sifat kesempurnaan dan keagungan Allah SWT.
Hal demikian adalah karena fana’ merupakan kesadaran tingkat tinggi dan tumpuan ingatan yang jitu yang hanya tertuju kepada Allah SWT hingga ingatan dan perasaan terhadap perkara lain menjadi tumpul seolah-olah lenyap dari ingatan.
Walaupun begitu, dalam wacana pemikiran akidah, banyak ditimbulkan isu-isu yang berkaitan dengan kesalahfahaman dan penyelewengan terhadap institusi tarekat khususnya yang berkaitan dengan konsep fana’.
Dengan demikian, artikel ini mencoba mengetengahkan konsep fana’ menurut Sheikh Hamzah Fansuri (w.
1630M) melalui karya beliau untuk meneliti sejauh mana konsep fana yang telah dikemukakan oleh beliau sejalan dengan tokoh sufi Nusantara yang lain dan tokoh-tokoh sufi yang muktabar.
Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dengan melihat karya sufi Sheikh Hamzah Fansuri yang berjudul “Asrar al-‘Arifin”.
Kajian mendapati bahwa istilah fana’ yang dikemukakan oleh Sheikh Hamzah Fansuri sejalan dengan makna fana’ yang telah dikemukakan oleh tokoh sufi Nusantara seperti Sayyid Abdul Rahman (w.
1917M), Sheikh Abdul Samad al-Falimbani (w.
1788M) dan tokoh sufi lain yang muktabar.
Walau bagaimanapun, penggunaan istilahnya agak berbeda dalam memberikan penjelasan tentang pengertian fana’.
Di samping itu, Sheikh Hamzah Fansuri dalam karya beliau lebih banyak menekankan perbincangan terhadap aspek eksistensi yang diistilahkan oleh beliau sebagai martabat tujuh.
Kajian menyimpulkan bahawa konsep fana’ yang dikemukakan beliau merupakan suatu asas yang penting dalam memahami konsep fana’ yang digunakan oleh penganut tarekat kesufian dalam kalangan masyarakat kini.
.
Related Results
Pemikiran Islam Hamzah Al-Fansuri
Pemikiran Islam Hamzah Al-Fansuri
Hamzah al-Fansuri merupakan salah satu tokoh sufi Nusantara yang berperan penting dalam perkembangan pemikiran Islam pada abad ke-16 di wilayah Aceh. Melalui karya-karya berbentuk ...
DARI WUJUDIYAH KE MA’RIFAH: GENEOLOGI TASAWUF HAMZAH FANSURI
DARI WUJUDIYAH KE MA’RIFAH: GENEOLOGI TASAWUF HAMZAH FANSURI
Secara umum, ajaran tasawuf Hamzah Fansuri disebut sebagai ajaran Wujǔdiyah. Secara geneologi, kata wujǔdiyah tidak ditemukan dalam karya-karya Hamzah Fansuri. Kata tersebut justru...
Al-Alaqatu Al-Ilmiyati Baina Al-Ulamai Al-Jawina Wa Al-Faulati Al-Usminiyyina Fi Al-Qarni Al-Sadisa Asyara Al-Miladi Ila Qarni Al-Tamina Asyara Al-Miladi
Al-Alaqatu Al-Ilmiyati Baina Al-Ulamai Al-Jawina Wa Al-Faulati Al-Usminiyyina Fi Al-Qarni Al-Sadisa Asyara Al-Miladi Ila Qarni Al-Tamina Asyara Al-Miladi
Abstract
For approximately five centuries, starting from 1571 and actually ending in 1924, the Ottoman Empire controlled the scientific centers in the Hejaz City. During that time...
Wahdatul Wujud dalam Perspektif Hamzah Al Fansuri dan Syeikh Siti Jennar
Wahdatul Wujud dalam Perspektif Hamzah Al Fansuri dan Syeikh Siti Jennar
Abstract: Wahdatul Wujud in the Perspective of Hamzah Al Fansur and Sheikh Siti Jennar. One of the early figures who spread Sufism in the archipelago was Shaykh Siti Jenar, who was...
Dialektika Filsafat Islam Sufistik Wujuddiyah Di Indonesia
Dialektika Filsafat Islam Sufistik Wujuddiyah Di Indonesia
The first Islamic philosophy that emerged in Indonesia was the Islamic philosophy that had been linked to Sufism, or Sufistic Islamic philosophy, namely Islamic philosophy in Sufis...
Hamzah Fanshuri tentang Konsep Wujud
Hamzah Fanshuri tentang Konsep Wujud
The purpose of this research is to explain about Sufism formulated by Sheikh Hamzah Fanshuri. He is quite famous in the 16th century AD Although the concept of Sufism Hamzah Fansur...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
Produk Pemikiran Hukum Islam di Indonesia
Produk Pemikiran Hukum Islam di Indonesia
Produk pemikiran hukum Islam di Indonesia terdiri dari produk pemikiran fikih, produk pemikiran fatwa ulama, produk pemikiran keputusan pengadilan (yurisprudensi), produk pemikiran...

