Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu

View through CrossRef
Kata dasar bahasa Melayu standard mempunyai satu grafem h yang sama tetapi membawa nilai bunyi yang berbeza menurut lingkungan fonetik, seperti konsonan aspirasi/ h /: [ h ] pada akhir suku kata fonologi dalam kata ubah /ubah/: [ubahh] dan konsonan geseran /h/: [h] ~ [] pada awal suku kata fonologi dalam usaha /usaha/: [usaha] ~ [usaa]. Namun, kedua-dua golongan bunyi ini tidak dibezakan oleh sesetengah pengkaji fonetik bahasa Melayu. Di samping itu, terdapat ejaan gandaan *hh dalam kata terbitan yang berakhiran –an {-an} atau –i {-i}, seperti *pilihhan dan *dikasihhi. Berdasarkan data bertulis yang diperoleh, kata terbitan yang demikian terbentuk daripada kata dasar yang berakhir dengan bunyi aspirasi h [ h ] bersama-sama akhiran yang berkenaan. Walaupun ejaan gandaan *hh ini salah dari segi aturan ejaan rasmi bahasa Melayu, tetapi ejaan yang salah ini mencerminkan satu fakta sebutan bahasa Melayu secara teliti. Penulis menganalisis nilai bunyi grafem h yang hadir di sempadan antara kata dasar dengan akhiran –an {-an} atau –i {-i} dalam kata terbitan, dengan menggunakan kaedah fonetik akustik berkomputer. Hasil daripada analisis ini didapati bahawa nilai bunyi grafem h dalam sesetengah data rakaman memperlihatkan geminasi konsonan aspirasi yang diikuti oleh konsonan geseran dalam bentuk [hh] ~ [h] dalam lingkungan fonetik yang berkenaan. Fenomena geminasi konsonan ini melahirkan ejaan gandaan (yang salah) *hh [hh] ~ [h] dalam kalangan sesetengah penutur bahasa Melayu. Berdasarkan penemuan ini, dikemukakan satu hipotesis tentang proses geminasi konsonan h[hh] ~ [h]dalam kata terbitan yang berkenaan, iaitu pergerakan pita suara yang menyebabkan buka-tutup glotis dalam proses artikulasi bunyi aspirasi yang diikuti oleh bunyi geseran
Title: Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu
Description:
Kata dasar bahasa Melayu standard mempunyai satu grafem h yang sama tetapi membawa nilai bunyi yang berbeza menurut lingkungan fonetik, seperti konsonan aspirasi/ h /: [ h ] pada akhir suku kata fonologi dalam kata ubah /ubah/: [ubahh] dan konsonan geseran /h/: [h] ~ [] pada awal suku kata fonologi dalam usaha /usaha/: [usaha] ~ [usaa].
Namun, kedua-dua golongan bunyi ini tidak dibezakan oleh sesetengah pengkaji fonetik bahasa Melayu.
Di samping itu, terdapat ejaan gandaan *hh dalam kata terbitan yang berakhiran –an {-an} atau –i {-i}, seperti *pilihhan dan *dikasihhi.
Berdasarkan data bertulis yang diperoleh, kata terbitan yang demikian terbentuk daripada kata dasar yang berakhir dengan bunyi aspirasi h [ h ] bersama-sama akhiran yang berkenaan.
Walaupun ejaan gandaan *hh ini salah dari segi aturan ejaan rasmi bahasa Melayu, tetapi ejaan yang salah ini mencerminkan satu fakta sebutan bahasa Melayu secara teliti.
Penulis menganalisis nilai bunyi grafem h yang hadir di sempadan antara kata dasar dengan akhiran –an {-an} atau –i {-i} dalam kata terbitan, dengan menggunakan kaedah fonetik akustik berkomputer.
Hasil daripada analisis ini didapati bahawa nilai bunyi grafem h dalam sesetengah data rakaman memperlihatkan geminasi konsonan aspirasi yang diikuti oleh konsonan geseran dalam bentuk [hh] ~ [h] dalam lingkungan fonetik yang berkenaan.
Fenomena geminasi konsonan ini melahirkan ejaan gandaan (yang salah) *hh [hh] ~ [h] dalam kalangan sesetengah penutur bahasa Melayu.
Berdasarkan penemuan ini, dikemukakan satu hipotesis tentang proses geminasi konsonan h[hh] ~ [h]dalam kata terbitan yang berkenaan, iaitu pergerakan pita suara yang menyebabkan buka-tutup glotis dalam proses artikulasi bunyi aspirasi yang diikuti oleh bunyi geseran.

Related Results

Rekontruksi Internal Bahasa Bugis dan Bahasa Makassar: Linguistik Komparatif
Rekontruksi Internal Bahasa Bugis dan Bahasa Makassar: Linguistik Komparatif
AbstrakBerdasarkan dari hasil pendeksripsian rekontruksi internal pada bahasa bugis dan bahasa Makassar dalam penggunaan kata keterangan waktu, kata penegasan serta suffiks pronomi...
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
Understanding phonology is the pivotal thing in learning foreign language. By understanding the target language phonology, learners will be easier to learn foreign language pronunc...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PENGGUNAAN PAPAN MAGNETIK DALAMPEMBELAJARAAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN SISWA TUNAGRAHITA RINGAN KELAS III SLB NEGERI 1 RANAH PESISIR
PENGGUNAAN PAPAN MAGNETIK DALAMPEMBELAJARAAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN SISWA TUNAGRAHITA RINGAN KELAS III SLB NEGERI 1 RANAH PESISIR
Pembelajaran huruf vokal dan konsnan, khususnya dalam membaca permulaan pada siswa tunagrahita ringan, pendidik harus kreatif dalam memilih atau menentukan media yang digunakan kar...
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
This study aims to identify and describe qualitatively the phonological system of Tae Rongkong dialect in North Luwu Regency, South Sulawesi. The analysis was carried out on 200 Sw...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
DERET VOKAL DAN DERET KONSONAN DALAM BAHASA TUNJUNG (TONYOOI)
DERET VOKAL DAN DERET KONSONAN DALAM BAHASA TUNJUNG (TONYOOI)
AbstrakPenelitian ini menelaah struktur fonotaktik fonem di dalam deret vokal dan deret konsonan bahasa Tunjung (Tonyooi). Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode ...

Back to Top