Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KETOKOHAN ZAKARIA GUNN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH: MEMBENAM KEJUMUDAN, MEMBANGUN SEMANGAT PENCERAHAN

View through CrossRef
Telusuran terhadap historiografi nasional menyaksikan pendokumentasian pengalaman bersifat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah lama diaplikasikan agar matlamat menghadirkan “historiografi nasional” sebagai wacana tandingan kepada “historiografi kolonial” dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, kecenderungan tersebut tidak bersifat meluas kerana budaya penulisan biografi lebih banyak dipraktikan dalam kehidupan masyarakat di Semenanjung, sekaligus mempengaruhi pemaknaan “historiografi nasional” yang lebih berorientasikan “semenanjung centrik” atau “Melayu centrik”. Perkara ini perlu “difikirulang” memandangkan “historiografi nasional” adalah mengenai idea keseluruhan bangsa Malaysia yang seharusnya tidak dibatasi oleh pemisahan wilayah, pembangunan fizikal dan juga ideologi politik. Justeru, saintis sosial dan kemanusiaan di Malaysia bukan sahaja perlu memperluaskan tema penulisan dan pengaplikasian metod pengkajian, tetapi juga wilayah penelitian agar “historiografi nasional” yang disebarluaskan kepada bangsa Malaysia adalah “demokratik” sifatnya. Atas sebab itu, penulisan “sejarah dari bawah” perlu digerakkan bagi mengimbangi pendokumentasian “sejarah dari atas” manakala pemaparan “sejarah orang-orang besar” boleh dilengkapkan dengan mengetengahkan “sejarah orang biasa”. Begitu pula dengan pemusatan kepada penggunaan sumber dokumen sebagai paksi penulisan sejarah wajib diimbangi dengan pengaplikasian metod sejarah lisan yang dilihat lebih manusiawi dan mampu berfungsi menghadirkan semangat pembebasan dalam konteks “historiografi nasional”.
Title: KETOKOHAN ZAKARIA GUNN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH: MEMBENAM KEJUMUDAN, MEMBANGUN SEMANGAT PENCERAHAN
Description:
Telusuran terhadap historiografi nasional menyaksikan pendokumentasian pengalaman bersifat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah lama diaplikasikan agar matlamat menghadirkan “historiografi nasional” sebagai wacana tandingan kepada “historiografi kolonial” dapat direalisasikan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan tersebut tidak bersifat meluas kerana budaya penulisan biografi lebih banyak dipraktikan dalam kehidupan masyarakat di Semenanjung, sekaligus mempengaruhi pemaknaan “historiografi nasional” yang lebih berorientasikan “semenanjung centrik” atau “Melayu centrik”.
Perkara ini perlu “difikirulang” memandangkan “historiografi nasional” adalah mengenai idea keseluruhan bangsa Malaysia yang seharusnya tidak dibatasi oleh pemisahan wilayah, pembangunan fizikal dan juga ideologi politik.
Justeru, saintis sosial dan kemanusiaan di Malaysia bukan sahaja perlu memperluaskan tema penulisan dan pengaplikasian metod pengkajian, tetapi juga wilayah penelitian agar “historiografi nasional” yang disebarluaskan kepada bangsa Malaysia adalah “demokratik” sifatnya.
Atas sebab itu, penulisan “sejarah dari bawah” perlu digerakkan bagi mengimbangi pendokumentasian “sejarah dari atas” manakala pemaparan “sejarah orang-orang besar” boleh dilengkapkan dengan mengetengahkan “sejarah orang biasa”.
Begitu pula dengan pemusatan kepada penggunaan sumber dokumen sebagai paksi penulisan sejarah wajib diimbangi dengan pengaplikasian metod sejarah lisan yang dilihat lebih manusiawi dan mampu berfungsi menghadirkan semangat pembebasan dalam konteks “historiografi nasional”.

Related Results

INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
PEMBANGUNAN HUKUM YANG BERKELANJUTAN: USAHA MENCAPAI PEMBANGUNAN NASIONAL YANG BERKELANJUTAN
PEMBANGUNAN HUKUM YANG BERKELANJUTAN: USAHA MENCAPAI PEMBANGUNAN NASIONAL YANG BERKELANJUTAN
Pembangunan merupakan usaha sadar dari masyarakat untuk mencapai kesejahteraannya adalah hal yang wajar dilakukan oleh masyarakat untuk mencapai kesejahteraannya sendiri. Sayangnya...
MEWUJUDKAN CITARUM HARUM MELALUI PEMBERDAYAAN MASYARAKAT SEKITAR BANTARAN SUNGAI
MEWUJUDKAN CITARUM HARUM MELALUI PEMBERDAYAAN MASYARAKAT SEKITAR BANTARAN SUNGAI
Pola pembangunan yang berorientasi pada masyarakat maka titik tekan ada pada pemberdayaan dimana pengalaman nyata masyarakat dalam melakasanakan pembangunan merupakan modal pembang...
Urobilinogen-i is a major derivative of bilirubin in bile of homozygous Gunn rats
Urobilinogen-i is a major derivative of bilirubin in bile of homozygous Gunn rats
Gunn rats lack bilirubin UDP-glycosyltransferases, but diazo-negative derivatives of bilirubin have been described in their bile. In order to investigate this alternative disposal ...
PERGERAKAN MIGRASI ORANG INDIA KE SABAH 1882-1969: PERTAMBAHAN POPULASI DAN PEMBENTUKKAN IDENTITI ORANG INDIA DI SABAH
PERGERAKAN MIGRASI ORANG INDIA KE SABAH 1882-1969: PERTAMBAHAN POPULASI DAN PEMBENTUKKAN IDENTITI ORANG INDIA DI SABAH
Migrasi merupakan salah satu pergerakan sosial manusia sejak sekian lama bermula daripada konteks pra sejarah sehingga ke hari. Memperlihatkan aktiviti sosial ini adalah sebahagian...
The Efectiveness Of Interactive Multimedia Courseware In Developing Student’s Selfenlightening Level
The Efectiveness Of Interactive Multimedia Courseware In Developing Student’s Selfenlightening Level
Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis (FSSR), UiTM Shah Alam telah ditubuhkan berdasarkan misi pendidikan holistik. Namun, permasalahan utama dalam usaha mencapai misi pendidikan holist...
Efektivitas Program Partisipatif Kelompok Perempuan dalam Meningkatkan Swadaya Masyarakat
Efektivitas Program Partisipatif Kelompok Perempuan dalam Meningkatkan Swadaya Masyarakat
Di era otonomi daerah, yang diawali dengan UU RI No. 22 Tahun 1999, yang diamandemen dengan UU RI No. 32 Tahun 2004 tentang pemerintah lokal, telah memberikan kesempatan bagi otono...
SIMBOL BUDAYA MASYARAKAT SABAH DALAM KARYA SENI ARCA “WARISAN” OLEH CHEE SING TECK
SIMBOL BUDAYA MASYARAKAT SABAH DALAM KARYA SENI ARCA “WARISAN” OLEH CHEE SING TECK
Seni arca adalah karya seni yang mempunyai fungsi sebagai objek budaya dengan mengetengahkan aktiviti kehidupan masyarakat setempat. Pelbagai media dan teknik diolah bagi membentuk...

Back to Top