Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas

View through CrossRef
Malaysia mendahului negara lain memperkenalkan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan Islam di negara ini.Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) telah diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menyelaras beberapa akta dengan menambah baik beberapa peruntukan, termasuk Akta Takaful.Antara garis panduan yang telah diperkenalkan atau ditingkatkan oleh pihak berkuasa Malaysia yang memberi kesan secara langsung kepada takaful ialah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Pengendali Takaful (Risk-based Framework for Takaful Operators), Garis Panduan Rangka Kerja Operasi Takaful (Guidelines on Takaful Operational Framework) dan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan Islam (Syariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions).Industri takaful dijangka meneruskan momentum pertumbuhan pada masa akan datang dengan kemunculan pasaran baharu di negara-negara tertentu. Buku ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan utama yang sering diketengahkan mengenai perniagaan takaful berdasarkan amalan pasaran semasa dan sebagai sumber rujukan pantas bagi sesiapa sahaja yang berminat.Perbincangan dalam buku ini berkisar persoalan yang pernah diajukan oleh masyarakat awam dan juga individu secara langsung atau tidak langsung ketika berurusan dengan Takaful.Penulis cuba menjawab persoalan tersebut dalam gaya dan bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak.
Title: Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas
Description:
Malaysia mendahului negara lain memperkenalkan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan Islam di negara ini.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) telah diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menyelaras beberapa akta dengan menambah baik beberapa peruntukan, termasuk Akta Takaful.
Antara garis panduan yang telah diperkenalkan atau ditingkatkan oleh pihak berkuasa Malaysia yang memberi kesan secara langsung kepada takaful ialah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Pengendali Takaful (Risk-based Framework for Takaful Operators), Garis Panduan Rangka Kerja Operasi Takaful (Guidelines on Takaful Operational Framework) dan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan Islam (Syariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions).
Industri takaful dijangka meneruskan momentum pertumbuhan pada masa akan datang dengan kemunculan pasaran baharu di negara-negara tertentu.
Buku ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan utama yang sering diketengahkan mengenai perniagaan takaful berdasarkan amalan pasaran semasa dan sebagai sumber rujukan pantas bagi sesiapa sahaja yang berminat.
Perbincangan dalam buku ini berkisar persoalan yang pernah diajukan oleh masyarakat awam dan juga individu secara langsung atau tidak langsung ketika berurusan dengan Takaful.
Penulis cuba menjawab persoalan tersebut dalam gaya dan bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak.

Related Results

Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Buku ini merupakan rujukan berbahasa Melayu yang mengambil kira perubahan bagi peringkat pencukaian lanjutan dan terkhusus. Sebanyak 17 bab buku ini merangkumi topik-topik yang per...
Pengenalan kepada sistem pencukaian di Malaysia
Pengenalan kepada sistem pencukaian di Malaysia
Buku ini mengupas asas-asas utama dan konsep-konsep sistem percukaian di Malaysia.Huraian ringkas tetapi jelas diharap dapat memenuhi keperluan pengetahuan asas bagi seseorang indi...
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara t...
Soal jawab kewangan Islam
Soal jawab kewangan Islam
Buku ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat tentang isu kewangan Islam. Buku ini menampilkan himpunan soal jawab yang mudah untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tidak ...
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema ya...
Psikologi pengurusan sekolah
Psikologi pengurusan sekolah
Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan.Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini.Kefah...
Statistik gunaan
Statistik gunaan
Buku ini memperkenalkan konsep dan teknik dalam statistik inferen kepada para pelajar yang ingin menggunakan kaedah statistik sebagai sebahagian daripada keperluan program pengajia...
Transformasi sumber manusia dalam sektor awam
Transformasi sumber manusia dalam sektor awam
Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusa...

Back to Top