Javascript must be enabled to continue!
Penelitian terhadap penglibatan sarjana barat dalam perkembangan Bahasa Melayu menerusi penyusunan kamus Melayu-Inggeris
View through CrossRef
Makalah ini membincangkan latar belakang seorang pengkaji bahasa Melayu dalam kalangan sarjana dari Barat iaitu William Marsden (1754 -1836 M) yang dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Di samping itu, makalah ini turut membahas tentang penglibatan beliau yang paling ketara dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Bagi tujuan yang pertama, penelitian telah dilakukan dengan memetik secara langsung maklumat dari sumber-sumber kepustakaan manakala bagi tujuan kedua pula, penelitian telah dibuat terhadap kamus susunan beliau iaitu A Dictionary of the Malayan Language (1812). Hasil penelitian telah menemukan beberapa maklumat mengenai latar belakang sarjana ini yang boleh dikaitkan dengan dorongan kepada penglibatan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu. Di samping itu, penelitian terhadap kamus tersebut jelas memperlihatkan penglibatan langsung beliau khususnya dalam usaha menggunakan bahasa Melayu secara tidak formal dan mempromosi bahasa Melayu kepada orang-orang Barat. Maklumat daripada penelitian ini dapat dijadikan panduan berhubung strategi memperkembangkan bahasa dan keperluan menghasilkan rujukan sokongan yang sistematik untuk pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam kalangan penutur bukan natif.
Title: Penelitian terhadap penglibatan sarjana barat dalam perkembangan Bahasa Melayu menerusi penyusunan kamus Melayu-Inggeris
Description:
Makalah ini membincangkan latar belakang seorang pengkaji bahasa Melayu dalam kalangan sarjana dari Barat iaitu William Marsden (1754 -1836 M) yang dikumpul menerusi kajian kepustakaan.
Di samping itu, makalah ini turut membahas tentang penglibatan beliau yang paling ketara dalam memperkembangkan bahasa Melayu.
Bagi tujuan yang pertama, penelitian telah dilakukan dengan memetik secara langsung maklumat dari sumber-sumber kepustakaan manakala bagi tujuan kedua pula, penelitian telah dibuat terhadap kamus susunan beliau iaitu A Dictionary of the Malayan Language (1812).
Hasil penelitian telah menemukan beberapa maklumat mengenai latar belakang sarjana ini yang boleh dikaitkan dengan dorongan kepada penglibatan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu.
Di samping itu, penelitian terhadap kamus tersebut jelas memperlihatkan penglibatan langsung beliau khususnya dalam usaha menggunakan bahasa Melayu secara tidak formal dan mempromosi bahasa Melayu kepada orang-orang Barat.
Maklumat daripada penelitian ini dapat dijadikan panduan berhubung strategi memperkembangkan bahasa dan keperluan menghasilkan rujukan sokongan yang sistematik untuk pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam kalangan penutur bukan natif.
Related Results
Analisis Komponen Kamus Arab-Indonesia Karya Mahmud Yunus Perspektif Ali Al-Qasimy / Analysis of the Components of Kamus Arab-Indonesia by Mahmud Yunus Based on Ali Al-Qasimy's Perspective
Analisis Komponen Kamus Arab-Indonesia Karya Mahmud Yunus Perspektif Ali Al-Qasimy / Analysis of the Components of Kamus Arab-Indonesia by Mahmud Yunus Based on Ali Al-Qasimy's Perspective
Dictionaries serve as a reference for individuals to understand word meanings, expand vocabulary, preserve languages, and support the ever-evolving global transmission of knowledge...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Kamus Thomas Bowrey dan Sosiobudaya Melayu Abad Ke-17
Kamus Thomas Bowrey dan Sosiobudaya Melayu Abad Ke-17
Thomas Bowrey merupakan pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17 dan telah menghasilkan sebuah kamus Inggeris-Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 17...
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
Abstract This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient ele...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
Pendidikan Dwibahasa di Malaysia: Upaya Bahasa Melayu
Pendidikan Dwibahasa di Malaysia: Upaya Bahasa Melayu
Keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah terbukti sejak sekian lama dan tidak perlu diragui lagi. Makalah ini meneliti peranan dan kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pen...

