Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keperluan Pembinaan Korpus Fiqh Nelayan Pantai Di Negeri Perak

View through CrossRef
Golongan nelayan pantai sering berdepan dengan cabaran seperti kesukaran mendirikan solat di atas bot yang tidak stabil, masalah kebersihan dan kesucian tempat solat, ketidakmampuan menunaikan solat Jumaat dan puasa Ramadan serta isu-isu taharah dan jarak perjalanan yang tidak menepati syarat jamak dan qasar. Artikel ini meneliti keperluan pembangunan sebuah korpus fiqh yang khusus dan kontekstual bagi golongan nelayan pantai di Malaysia berdasarkan latar kehidupan maritim yang unik dan sering mencetuskan permasalahan dalam pelaksanaan ibadah serta urusan muamalah. Dalam konteks ini, pembangunan korpus fiqh diperlukan sebagai suatu sumber yang mampu menyusun semula panduan hukum berdasarkan prinsip taysir, rukhsah, darurah serta memasukkan dimensi fiqh al-bi’ah dan fiqh al-dakwah  bagi menjawab isu kebersihan, pengurusan sisa laut dan tanggungjawab ekologi dalam kalangan nelayan. Kajian ini dijalankan melalui reka bentuk kualitatif berasaskan kajian kes intrinsik, melibatkan temu bual dengan nelayan dan guru agama dakwah, pemerhatian di lapangan dan analisis dokumen. Dapatan dianalisis secara manual melalui kaedah analisis tematik berasaskan pengekodan lapangan dan interpretasi berulang terhadap transkrip temu bual serta nota pemerhatian. Dapatan analisis dokumen dianalisis kandungan bagi menyokong data temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian menyenaraikan isu-isu fiqh ibadah, muamalah, fiqh jinayah, fiqh adat, fiqh halal, fiqh biah dan fiqh dakwah berkaitan nelayan pantai. Dapatan juga menyatakan bahawa terdapat jurang kefahaman fiqh dalam kalangan nelayan pantai dan menyarankan pembentukan korpus khusus bagi nelayan pantai di negeri Perak.
Title: Keperluan Pembinaan Korpus Fiqh Nelayan Pantai Di Negeri Perak
Description:
Golongan nelayan pantai sering berdepan dengan cabaran seperti kesukaran mendirikan solat di atas bot yang tidak stabil, masalah kebersihan dan kesucian tempat solat, ketidakmampuan menunaikan solat Jumaat dan puasa Ramadan serta isu-isu taharah dan jarak perjalanan yang tidak menepati syarat jamak dan qasar.
Artikel ini meneliti keperluan pembangunan sebuah korpus fiqh yang khusus dan kontekstual bagi golongan nelayan pantai di Malaysia berdasarkan latar kehidupan maritim yang unik dan sering mencetuskan permasalahan dalam pelaksanaan ibadah serta urusan muamalah.
Dalam konteks ini, pembangunan korpus fiqh diperlukan sebagai suatu sumber yang mampu menyusun semula panduan hukum berdasarkan prinsip taysir, rukhsah, darurah serta memasukkan dimensi fiqh al-bi’ah dan fiqh al-dakwah  bagi menjawab isu kebersihan, pengurusan sisa laut dan tanggungjawab ekologi dalam kalangan nelayan.
Kajian ini dijalankan melalui reka bentuk kualitatif berasaskan kajian kes intrinsik, melibatkan temu bual dengan nelayan dan guru agama dakwah, pemerhatian di lapangan dan analisis dokumen.
Dapatan dianalisis secara manual melalui kaedah analisis tematik berasaskan pengekodan lapangan dan interpretasi berulang terhadap transkrip temu bual serta nota pemerhatian.
Dapatan analisis dokumen dianalisis kandungan bagi menyokong data temu bual dan pemerhatian.
Hasil kajian menyenaraikan isu-isu fiqh ibadah, muamalah, fiqh jinayah, fiqh adat, fiqh halal, fiqh biah dan fiqh dakwah berkaitan nelayan pantai.
Dapatan juga menyatakan bahawa terdapat jurang kefahaman fiqh dalam kalangan nelayan pantai dan menyarankan pembentukan korpus khusus bagi nelayan pantai di negeri Perak.

Related Results

KARAKTERISTIK PANTAI PULAU LAUT-SEKATUNG (SALAH SATU PULAU TERLUAR NKRI)
KARAKTERISTIK PANTAI PULAU LAUT-SEKATUNG (SALAH SATU PULAU TERLUAR NKRI)
Pulau Laut-Sekatung adalah salah satu pulau terluar Negara Republik Indonesia yang berbatasan dengan perairan Malaysia Timur. Pulau ini terletak di laut Cina Selatan sebagai bagian...
STRATEGI PENGEMBANGAN BISNIS KERAJINAN PERAK DENGAN MEMASARKAN PRODUK MELALUI MEDIA ONLINE
STRATEGI PENGEMBANGAN BISNIS KERAJINAN PERAK DENGAN MEMASARKAN PRODUK MELALUI MEDIA ONLINE
Kerajinan perak adalah kerajinan barang atau seni yang berasal dari perak. Industri perak itu sendiri merupakan suatu industri kerajinan tangan (handcraft) berbahan perak yang bern...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
THE TYPOLOGY OF RUMAH LIMAS BUMBUNG PERAK (RLBP)
THE TYPOLOGY OF RUMAH LIMAS BUMBUNG PERAK (RLBP)
One of the treasured heritages of Perak is the traditional house of Rumah Limas Bumbung Perak (RLBP). With the current wave of rapid development and the other contributing factors,...
KEADAAN SOSIAL EKONOMI NELAYAN BAGAN TANCAP DI PANTAI TIMUR PERAIRAN PANGANDARAN, JAWA BARAT
KEADAAN SOSIAL EKONOMI NELAYAN BAGAN TANCAP DI PANTAI TIMUR PERAIRAN PANGANDARAN, JAWA BARAT
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui keadaan social ekonomi keluarga nelayan bagan di Pantai Timur Kabupaten Pangandaran, Jawa Barat. Penelitian ini dilaksanakan pada bulan Se...
Analisis Potensi Objek Wisata Pantai Binalatung Kota Tarakan Provinsi Kalimantan Utara
Analisis Potensi Objek Wisata Pantai Binalatung Kota Tarakan Provinsi Kalimantan Utara
Abstrak Pariwisata merupakan salah satu sektor yang bisa di andalkan dalam meningkatkan Pendapatan Asli Daerah (PAD) suatu wilayah. Kota Tarakan memiliki kondisi geografis ke...
Kajian Perubahan Garis Pantai Dengan Metode One-Line Model Pantai Tamasaju Kecamatan Galesong Utara Kabupaten Takalar
Kajian Perubahan Garis Pantai Dengan Metode One-Line Model Pantai Tamasaju Kecamatan Galesong Utara Kabupaten Takalar
Perubahan garis pantai telah banyak terjadi, salah satunya adalah wilayah pesisir Kabupaten Takalar, Kecamatan Galesong Utara. Tujuan dari penelitian ini ialah untuk mengetahui per...

Back to Top