Javascript must be enabled to continue!
Kerangka Model Fiqh Pengurusan Jenazah Masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu kerangka model fiqh pengurusan jenazah yang bersesuaian dengan konteks masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia. Pembentukan model ini memerlukan analisis awal terhadap isu-isu fiqh yang timbul dalam pelaksanaan pengurusan jenazah dalam komuniti ini. Pengurusan jenazah merupakan salah satu aspek penting dalam pelaksanaan hukum syarak namun pelaksanaannya dalam kalangan masyarakat Orang Asli sering berdepan dengan cabaran seperti pengaruh adat setempat, kekangan lokasi dan tahap kefahaman agama yang masih rendah. Faktor-faktor ini telah menyebabkan berlakunya amalan yang bercampur antara adat dan tuntutan syariah dalam pelaksanaan pengurusan jenazah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam separa berstruktur bersama lima orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) sebagai informan utama. Dapatan kajian mengenal pasti lima isu utama fiqh dalam pengurusan jenazah iaitu: (1) pemandi jenazah dan niat mandi; (2) pakaian kafan jenazah; (3) pengebumian harta bersama jenazah; (4) pengebumian di tanah perkuburan pelbagai agama; dan (5) struktur fizikal kubur. Kajian turut mendapati bahawa unsur adat tempatan masih kuat mempengaruhi pelaksanaan pengurusan jenazah dalam komuniti ini sehingga berlaku percampuran antara adat dan tuntutan syarak. Berdasarkan dapatan ini, satu kerangka model fiqh pengurusan jenazah yang lebih inklusif dan praktikal telah dibentuk berasaskan prinsip fiqh al-taysir bagi memperkukuh pelaksanaan amalan pengurusan jenazah yang patuh syariah dan bersesuaian dengan realiti masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia.
Title: Kerangka Model Fiqh Pengurusan Jenazah Masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia
Description:
Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu kerangka model fiqh pengurusan jenazah yang bersesuaian dengan konteks masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia.
Pembentukan model ini memerlukan analisis awal terhadap isu-isu fiqh yang timbul dalam pelaksanaan pengurusan jenazah dalam komuniti ini.
Pengurusan jenazah merupakan salah satu aspek penting dalam pelaksanaan hukum syarak namun pelaksanaannya dalam kalangan masyarakat Orang Asli sering berdepan dengan cabaran seperti pengaruh adat setempat, kekangan lokasi dan tahap kefahaman agama yang masih rendah.
Faktor-faktor ini telah menyebabkan berlakunya amalan yang bercampur antara adat dan tuntutan syariah dalam pelaksanaan pengurusan jenazah.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam separa berstruktur bersama lima orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) sebagai informan utama.
Dapatan kajian mengenal pasti lima isu utama fiqh dalam pengurusan jenazah iaitu: (1) pemandi jenazah dan niat mandi; (2) pakaian kafan jenazah; (3) pengebumian harta bersama jenazah; (4) pengebumian di tanah perkuburan pelbagai agama; dan (5) struktur fizikal kubur.
Kajian turut mendapati bahawa unsur adat tempatan masih kuat mempengaruhi pelaksanaan pengurusan jenazah dalam komuniti ini sehingga berlaku percampuran antara adat dan tuntutan syarak.
Berdasarkan dapatan ini, satu kerangka model fiqh pengurusan jenazah yang lebih inklusif dan praktikal telah dibentuk berasaskan prinsip fiqh al-taysir bagi memperkukuh pelaksanaan amalan pengurusan jenazah yang patuh syariah dan bersesuaian dengan realiti masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia.
Related Results
Daftar Isi Lobo 7(s6)
Daftar Isi Lobo 7(s6)
1. Kematian adalah sesuatu yang tidak wajar. 2. Tanda-tanda Kematian. Penampakan seekor burung. 3. Penampakan tikus. 4. Kodok sebagai penampakan. 5. Berbagai tanda yang meramalkan ...
Media Pembelajaran Aplikasi Tata Cara Pengurusan Jenazah Berbasis Multimedia
Media Pembelajaran Aplikasi Tata Cara Pengurusan Jenazah Berbasis Multimedia
Agama Islam mengajarkan ilmu fiqih dimana dalam kajian tersebut salah satunya membahasan tentang pengurusan jenazah. Namun, masyarakat masih membutuhkan pemahaman tentang bagaimana...
Meningkatkan Kemampuan Perawatan Jenazah Sesuai Tarjih Muhammadiyah Melalui Media Video
Meningkatkan Kemampuan Perawatan Jenazah Sesuai Tarjih Muhammadiyah Melalui Media Video
Background: Merawat jenazah adalah fardu kifayah, artinya jika dilakukan oleh satu orang maka kewajibannya menjadi tanggungan semua orang. Di beberapa daerah, perawatan jenazah han...
GAMBARAN TINGKAT PENGETAHUAN MASYARAKAT KELURAHAN
CIPAGERAN KECAMATAN CIMAHI UTARA KOTA CIMAHI TENTANG
PROTOKOL TATA LAKSANA JENAZAH PASIEN COVID-19
GAMBARAN TINGKAT PENGETAHUAN MASYARAKAT KELURAHAN
CIPAGERAN KECAMATAN CIMAHI UTARA KOTA CIMAHI TENTANG
PROTOKOL TATA LAKSANA JENAZAH PASIEN COVID-19
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) ditetapkan oleh World Health Organization (WHO)
sebagai pandemi global. Jumlah kasus dan jumlah kematian akibat COVID-19 terus meningkat dan
m...
Keperluan Pembinaan Korpus Fiqh Nelayan Pantai Di Negeri Perak
Keperluan Pembinaan Korpus Fiqh Nelayan Pantai Di Negeri Perak
Golongan nelayan pantai sering berdepan dengan cabaran seperti kesukaran mendirikan solat di atas bot yang tidak stabil, masalah kebersihan dan kesucian tempat solat, ketidakmampua...
Amalan Beragama Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia: Kajian Analisis Bibliometrik
Amalan Beragama Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia: Kajian Analisis Bibliometrik
Amalan beragama masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia banyak dilihat kepada pengamalan agama dan kepercayaan asal mereka. Namun, kajian dalam pengamalan agama ...
Tanah Komunal Alternatif Memiliki Tanah dalam Komuniti Orang Asli
Tanah Komunal Alternatif Memiliki Tanah dalam Komuniti Orang Asli
Tanah sebagai satu sumber terpenting memberi kesejahteraan komuniti orang Asli dalam kehidupan seharian. Sejauhmana tanah masyarakat orang Asli boleh dilindungi? Kajian ini mengena...

