Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Bahasa Melayu Lingua Franca UKM?  Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia

View through CrossRef
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya. Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentukan jenis lakuan pertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969). Kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan. Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969). Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedah transkripsi. Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur. Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur. Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton, sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas. Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur. Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.   This study investigates the frequency of Malay language usage among multi-racial students at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in interpersonal and public communications. A quantitative survey of 284 undergraduate students was conducted, utilizing a five-point Likert scale questionnaire to assess Malay language proficiency and usage. The findings reveal a disparity in Malay language usage across different social contexts. While Malay is frequently employed among peers, its prevalence diminishes in interactions with strangers and in public settings such as shopping malls and healthcare facilities. Moreover, the study underscoresthe continued dominance of English in certain aspects of respondents' communication and daily affairs at UKM. These results highlight a need for targeted initiatives to promote Malay language usage among UKM students, particularly in domains where its prevalence is lower. Such interventions could contribute to strengthening linguistic diversity and fostering national unity within the Malaysian community.
Title: Bahasa Melayu Lingua Franca UKM?  Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Description:
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan.
Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya.
Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentukan jenis lakuan pertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969).
Kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan.
Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969).
Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedah transkripsi.
Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK.
Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur.
Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur.
Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton, sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas.
Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur.
Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik.
Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.
  This study investigates the frequency of Malay language usage among multi-racial students at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in interpersonal and public communications.
A quantitative survey of 284 undergraduate students was conducted, utilizing a five-point Likert scale questionnaire to assess Malay language proficiency and usage.
The findings reveal a disparity in Malay language usage across different social contexts.
While Malay is frequently employed among peers, its prevalence diminishes in interactions with strangers and in public settings such as shopping malls and healthcare facilities.
Moreover, the study underscoresthe continued dominance of English in certain aspects of respondents' communication and daily affairs at UKM.
These results highlight a need for targeted initiatives to promote Malay language usage among UKM students, particularly in domains where its prevalence is lower.
Such interventions could contribute to strengthening linguistic diversity and fostering national unity within the Malaysian community.

Related Results

Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Abstrak Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak la...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah
Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah
Kebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan. Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat ...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...

Back to Top