Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma

View through CrossRef
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktrem. Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan elemen-elemen amalan zikir yang telah dibangunkan dalam Garis Panduan Guru terhadap kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang bermasalah tingkah laku agresif di sebuah TADIKA berkonsep Islam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dua fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah Fasa analisis keperluan dan pembangunan garis panduan guru (Fasa I) dan Fasa penilaian garis panduan guru (Fasa II). Kajian berbentuk kajian kes ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif dan 12 orang responden yang terdiri daripada enam orang guru dan enam orang ibu terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, senarai semak kanak-kanak agresif dan set soalan temu bual. Hasil temu bual bersama responden dalam Fasa I telah dapat membangunkan Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Kanak-kanak serta Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Guru (Surah-surah) dan (Asmaul Husna). Hasil temu bual dalam Fasa II menunjukkan responden telah dapat melaksanakan amalan-amalan zikir yang terdiri daripada bacaan surah-surah seperti al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Insyirah dan selawat nabi serta beberapa kalimah Asmaul husna bagi mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang dibimbing guru untuk melakukan amalan-amalan zikir seperti bertahmid, bertakbir, bertahlil, berselawat, beristighfar dan bertasbih telah dapat mengawal tingkah laku beremosi untuk menjadi lebih terkawal. Kesimpulannya, Garis Panduan Guru ini membantu mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak di TADIKA ini supaya menjadi lebih terkawal. Implikasi kajian ini adalah kerjasama yang lebih erat diperlukan oleh guru dan ibu bapa bagi melaksanakan amalan zikir ini di TADIKA serta rumah supaya tingkah laku agresif kanak-kanak dapat dikawal.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Description:
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktrem.
Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan elemen-elemen amalan zikir yang telah dibangunkan dalam Garis Panduan Guru terhadap kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang bermasalah tingkah laku agresif di sebuah TADIKA berkonsep Islam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Dua fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah Fasa analisis keperluan dan pembangunan garis panduan guru (Fasa I) dan Fasa penilaian garis panduan guru (Fasa II).
Kajian berbentuk kajian kes ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif dan 12 orang responden yang terdiri daripada enam orang guru dan enam orang ibu terlibat dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, senarai semak kanak-kanak agresif dan set soalan temu bual.
Hasil temu bual bersama responden dalam Fasa I telah dapat membangunkan Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Kanak-kanak serta Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Guru (Surah-surah) dan (Asmaul Husna).
Hasil temu bual dalam Fasa II menunjukkan responden telah dapat melaksanakan amalan-amalan zikir yang terdiri daripada bacaan surah-surah seperti al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Insyirah dan selawat nabi serta beberapa kalimah Asmaul husna bagi mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak.
Manakala kanak-kanak yang dibimbing guru untuk melakukan amalan-amalan zikir seperti bertahmid, bertakbir, bertahlil, berselawat, beristighfar dan bertasbih telah dapat mengawal tingkah laku beremosi untuk menjadi lebih terkawal.
Kesimpulannya, Garis Panduan Guru ini membantu mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak di TADIKA ini supaya menjadi lebih terkawal.
Implikasi kajian ini adalah kerjasama yang lebih erat diperlukan oleh guru dan ibu bapa bagi melaksanakan amalan zikir ini di TADIKA serta rumah supaya tingkah laku agresif kanak-kanak dapat dikawal.

Related Results

Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Barakah dalam Konteks Negara Zikir ke Arah Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafur
Barakah dalam Konteks Negara Zikir ke Arah Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafur
The Zikir state is an image and a clear reflection of a nation that upholds the teachings of Islam as a reference to al-Quran and al-Sunnah and adheres to the faith of Sunnah Wal J...
Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Kajian membincangkan bidang seni visual semakin berkembang pada bidang penyelidikan kanak-kanak merujuk kepada hasil lukisan kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak tersebut menghas...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
<p>Berbah adalah kecamatan Sleman, Yogyakarta, yang memiliki 21 sekolah taman kanak-kanak sebagai pendidikan formal untuk anak-anak. Dua taman kanak-kanak telah mendapatkan a...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...

Back to Top