Javascript must be enabled to continue!
Hubungan antara Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dengan Kemahiran Memahami Kronologi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
View through CrossRef
Pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah sering menekankan penghafalan fakta serta menggunakan pendekatan berpusatkan guru menyebabkan murid tidak menghayati nilai yang ingin disampaikan. Seharusnya guru mengaplikasikan pelbagai kaedah yang berpusatkan murid seterusnya meningkatkan rasa ingin tahu mereka untuk menyiasat kronologi sesuatu peristiwa sejarah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pembelajaran berasaskan inkuiri dengan kemahiran memahami kronologi dalam mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Reka bentuk kajian ialah kuasi-eksperimental dan kajian korelasi menggunakan instrumen ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Seterusnya, data yang terkumpul dianalisis menggunakan ujian Wilcoxon dan ujian korelasi Spearman melalui perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 26. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Gombak, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif antara pembelajaran berasaskan inkuiri dengan kemahiran memahami kronologi. Berdasarkan dapatan tersebut, dicadangkan agar pihak bertanggungjawab menggalakkan kursus dan pendedahan tentang pembelajaran berasaskan inkuiri dalam kalangan guru agar dapat membudayakan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.
Title: Hubungan antara Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dengan Kemahiran Memahami Kronologi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Description:
Pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah sering menekankan penghafalan fakta serta menggunakan pendekatan berpusatkan guru menyebabkan murid tidak menghayati nilai yang ingin disampaikan.
Seharusnya guru mengaplikasikan pelbagai kaedah yang berpusatkan murid seterusnya meningkatkan rasa ingin tahu mereka untuk menyiasat kronologi sesuatu peristiwa sejarah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pembelajaran berasaskan inkuiri dengan kemahiran memahami kronologi dalam mata pelajaran sejarah sekolah rendah.
Reka bentuk kajian ialah kuasi-eksperimental dan kajian korelasi menggunakan instrumen ujian pra, ujian pos dan soal selidik.
Seterusnya, data yang terkumpul dianalisis menggunakan ujian Wilcoxon dan ujian korelasi Spearman melalui perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 26.
Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Gombak, Selangor.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif antara pembelajaran berasaskan inkuiri dengan kemahiran memahami kronologi.
Berdasarkan dapatan tersebut, dicadangkan agar pihak bertanggungjawab menggalakkan kursus dan pendedahan tentang pembelajaran berasaskan inkuiri dalam kalangan guru agar dapat membudayakan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.
Related Results
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalama...
Penggunaan e-Komik terhadap Peningkatan Kemahiran Membaca Mekanis
Penggunaan e-Komik terhadap Peningkatan Kemahiran Membaca Mekanis
Kemahiran membaca belum dikuasai ramai murid sekolah rendah dengan baik manakala kemahiran membaca khususnya mekanis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai seawal sekolah ren...
Penerapan Metode Inkuiri pada Pembelajaran Menulis Puisi
Penerapan Metode Inkuiri pada Pembelajaran Menulis Puisi
Penelitian berjenis kuantitatif ini bertujuan menggambarkan hasil belajar pada pembelajaran menulis puisi dengan menggunakan metode pembelajaran konvensional, menggambarkan hasil b...
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembang...
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Covid 19 merupakan virus baharu yang mula menjadi wabak di awal tahun 2020 telah memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Justeru, kajian ini dij...

