Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL: SATU PENDEKATAN MINIMALIS

View through CrossRef
Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tidak dianggap sebagai bahasa standard dalam bahasa. Slanga juga mempunyai perbendaharaan kosa kata yang tersendiri dan dikategorikan sebagai kosa kata tidak formal. Namun kajian ini ialah mengenai penggunaan slanga yang digunakan dalam media sosial yang bertujuan untuk interaksi sosial. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ayat selapis slanga dalam whatsapp dan instagram menggunakan kerangka minimalis dan menjelaskan pembentukan jenis ayat yang dianggap sebagai tidak formal. Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji hanya menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ ayat yang dikaji dengan mengumpul dan menjalankan analisis kandungan ke atas 25 ayat slanga daripada media sosial iaitu Instagram dan Whatsapp sebagai instrumen pemerhatian. Hasil kajian yang telah diperoleh daripada penggunaan bahasa slanga dalam media sosial seperti Whatsapp dan Instagram didapati mempunyai hubungan dengan kata ganti nama diri, kata kerja dan pengaruh bahasa asing. Slanga ini terdiri daripada empat bentuk perkataan slanga iaitu kata slang a yang merujuk kepada kata ganti nama (KGN) diri, kata slanga merujuk ekspresi, kata slanga merujuk kata kerja (KK) dan juga kata slanga yang dipengaruhi oleh bahasa asing. Kajian ini berjaya menunjukkan bahawa penggunaan slanga yang sedang berleluasa akibat media sosial mempunyai impak yang negatif terhadap bahasa Melayu jika tidak dibendung dengan sempurna.
Title: SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL: SATU PENDEKATAN MINIMALIS
Description:
Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tidak dianggap sebagai bahasa standard dalam bahasa.
Slanga juga mempunyai perbendaharaan kosa kata yang tersendiri dan dikategorikan sebagai kosa kata tidak formal.
Namun kajian ini ialah mengenai penggunaan slanga yang digunakan dalam media sosial yang bertujuan untuk interaksi sosial.
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ayat selapis slanga dalam whatsapp dan instagram menggunakan kerangka minimalis dan menjelaskan pembentukan jenis ayat yang dianggap sebagai tidak formal.
Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji hanya menggunakan kaedah kualitatif.
Kaedah ini bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ ayat yang dikaji dengan mengumpul dan menjalankan analisis kandungan ke atas 25 ayat slanga daripada media sosial iaitu Instagram dan Whatsapp sebagai instrumen pemerhatian.
Hasil kajian yang telah diperoleh daripada penggunaan bahasa slanga dalam media sosial seperti Whatsapp dan Instagram didapati mempunyai hubungan dengan kata ganti nama diri, kata kerja dan pengaruh bahasa asing.
Slanga ini terdiri daripada empat bentuk perkataan slanga iaitu kata slang a yang merujuk kepada kata ganti nama (KGN) diri, kata slanga merujuk ekspresi, kata slanga merujuk kata kerja (KK) dan juga kata slanga yang dipengaruhi oleh bahasa asing.
Kajian ini berjaya menunjukkan bahawa penggunaan slanga yang sedang berleluasa akibat media sosial mempunyai impak yang negatif terhadap bahasa Melayu jika tidak dibendung dengan sempurna.

Related Results

Makna Denotatif dan Konotatif dalam Slanga Pelacur
Makna Denotatif dan Konotatif dalam Slanga Pelacur
Abstrak. Persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap komuniti pelacur di mana-mana di dunia ini membuatkan kajian terhadap dunia pelacuran agak terhad, misalnya kajian baha...
Makna Denotatif dan Konotatif dalam Slanga Pelacur
Makna Denotatif dan Konotatif dalam Slanga Pelacur
Negative perception towards prostitutes globally disabling the study on prostitution goes nowhere further, for example when it comes to the usage of prostitutes’ slangs. This is be...
Semantik dan Makna Konotasi dalam Slanga Pelacur
Semantik dan Makna Konotasi dalam Slanga Pelacur
AbstrakPerspektif negatif dalam kalangan masyarakat terhadap komuniti pelacur di mana-mana di dunia ini membuatkan kajian terhadap dunia pelacuran agak terhad, misalnya kajian meng...
Semantik dan Makna Konotasi dalam Slanga Pelacur
Semantik dan Makna Konotasi dalam Slanga Pelacur
AbstrakPerspektif negatif dalam kalangan masyarakat terhadap komuniti pelacur di mana- mana di dunia ini membuatkan kajian terhadap dunia pelacuran agak terhad, misalnya kajian men...
Penerapan Konsep Desain Minimalis pada Perumahan Kelas Menengah di Kota Bandung
Penerapan Konsep Desain Minimalis pada Perumahan Kelas Menengah di Kota Bandung
Istilah ‘minimalis’ saat ini seringkali dibicarakan dan banyak mempengaruhi sebagaian besar pola pikir masyarakat tentang desain minimalis. Salah satunya adalah desain fasade (bagi...
Pemanfaatan Media Sosial Terhadap Kompetensi Penyuluh Pertanian Di Kecamatan Ingin Jaya Kabupaten Aceh Besar
Pemanfaatan Media Sosial Terhadap Kompetensi Penyuluh Pertanian Di Kecamatan Ingin Jaya Kabupaten Aceh Besar
Abstrak . Pesannya pengguna media sosial saat ini berpotensi untuk dimanfaatkan oleh semua profesi termasuk penyuluh sebagai sumber belajar dan media informasi pertanian. Melalui p...
“Giler” Atau “Gile”: Slanga Kata Penguat
“Giler” Atau “Gile”: Slanga Kata Penguat
Abstrak Makalah ini bertujuan meninjau pemilihan ejaan “giler” ataupun “gile” yang kerap digunakan dalam slanga yang dijadikan sebagai kata penguat. Tinjauan dibuat untuk menentuka...
“Giler” Atau “Gile”: Slanga Kata Penguat
“Giler” Atau “Gile”: Slanga Kata Penguat
Abstrak Makalah ini bertujuan meninjau pemilihan ejaan “giler” ataupun “gile” yang kerap digunakan dalam slanga yang dijadikan sebagai kata penguat. Tinjauan dibuat untuk menentuka...

Back to Top