Javascript must be enabled to continue!
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
View through CrossRef
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba sejak resort pertama beroperasi di Pulau Mabul pada tahun 1993 sehingga kini yang memasuki dua dekad lamanya. Permasalahannya, sejauh mana transformasi dalam tempoh berkenaan dapat memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan adakah persekitaran fizikal pulau berkenaan akan kekal terpelihara? Justeru, kajian ini meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba dalam tempoh sepuluh tahun, iaitu dari tahun 1999 sehingga tahun 2009. Untuk tahun 1999, data dikutip menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan temu bual mendalam. Data tahun 2009 pula menggunakan data temu bual tidak langsung dan pemerhatian penyelidik di pulau berkenaan. Model Butler (1980) dijadikan asas dalam meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba di Pulau Mabul dalam tempoh sepuluh tahun tersebut. Dapatan kajian menunjukkan impak pelancongan selam skuba terhadap komuniti nelayan dapat diteliti dari aspek perubahan sikap, penerimaan, transisi perubahan pola pekerjaan, penglibatan dalam sektor pelancongan selam skuba serta keusahawanan. Dari aspek persekitaran Pulau Mabul, wujud perubahan landskap perkampungan nelayan, peralihan ruang pulau menjadi hak milik resort, isu pembuangan sisa kumbahan, bekalan air serta kapasiti daya tampung. Implikasi kajian ini menekankan keperluan dan kepentingan komitmen daripada pelbagai pihak seperti kerajaan negeri, pengusaha dan agensi pelancongan, pengusaha resort dan operator selam skuba, komuniti nelayan, penyelidik, badan bukan kerajaan dan media massa dalam memainkan peranan masing-masing secara bersepadu. Langkah ini bertujuan memastikan Pulau Mabul terus unggul sebagai destinasi muck diving tersohor di dunia. Sementara, nasib komuniti nelayan tetap terbela dan alam sekitar terus kekal terpelihara.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Description:
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving.
Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba sejak resort pertama beroperasi di Pulau Mabul pada tahun 1993 sehingga kini yang memasuki dua dekad lamanya.
Permasalahannya, sejauh mana transformasi dalam tempoh berkenaan dapat memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan adakah persekitaran fizikal pulau berkenaan akan kekal terpelihara? Justeru, kajian ini meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba dalam tempoh sepuluh tahun, iaitu dari tahun 1999 sehingga tahun 2009.
Untuk tahun 1999, data dikutip menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan temu bual mendalam.
Data tahun 2009 pula menggunakan data temu bual tidak langsung dan pemerhatian penyelidik di pulau berkenaan.
Model Butler (1980) dijadikan asas dalam meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba di Pulau Mabul dalam tempoh sepuluh tahun tersebut.
Dapatan kajian menunjukkan impak pelancongan selam skuba terhadap komuniti nelayan dapat diteliti dari aspek perubahan sikap, penerimaan, transisi perubahan pola pekerjaan, penglibatan dalam sektor pelancongan selam skuba serta keusahawanan.
Dari aspek persekitaran Pulau Mabul, wujud perubahan landskap perkampungan nelayan, peralihan ruang pulau menjadi hak milik resort, isu pembuangan sisa kumbahan, bekalan air serta kapasiti daya tampung.
Implikasi kajian ini menekankan keperluan dan kepentingan komitmen daripada pelbagai pihak seperti kerajaan negeri, pengusaha dan agensi pelancongan, pengusaha resort dan operator selam skuba, komuniti nelayan, penyelidik, badan bukan kerajaan dan media massa dalam memainkan peranan masing-masing secara bersepadu.
Langkah ini bertujuan memastikan Pulau Mabul terus unggul sebagai destinasi muck diving tersohor di dunia.
Sementara, nasib komuniti nelayan tetap terbela dan alam sekitar terus kekal terpelihara.
Related Results
MODEL DINAMIK TINGKAT KERENTANAN PANTAI PULAU POTERAN DAN GILI LAWAK KABUPATEN SUMENEP MADURA
MODEL DINAMIK TINGKAT KERENTANAN PANTAI PULAU POTERAN DAN GILI LAWAK KABUPATEN SUMENEP MADURA
<div class="WordSection1"><p><em>Pulau Poteran dan Pulau Gili Lawak Kabupaten Sumenep merupakan pulau-pulau kecil yang berada di sebelah barat Pulau Madura dengan...
WISATA BAHARI
WISATA BAHARI
Kabupaten KePulauan Selayar atau secara umum disebut Selayar menjadi salah satu pusat pengembangan pariwisata di Sulawesi Selatan yang mengandalkan aspek kemaritiman dan potensi di...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
Simulasi Gerak Kapal Selam dengan Kontrol Imersif pada Monumen Kapal Selam Menggunakan Game Android
Simulasi Gerak Kapal Selam dengan Kontrol Imersif pada Monumen Kapal Selam Menggunakan Game Android
Kapal Selam merupakan sebuah kapal perang yang didesain untuk beroperasi secara efisien untuk menyelam di dalam laut untuk waktu yang lama. Dengan kehebatan tersebut, banyak anggot...
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumber manusia industri pelancongan memainkan peranan utama dalam pembangunan industri pel...
Pengembangan Layanan Bisnis Digital Selam Rekreasional dengan Pendekatan ROPO pada UMKM Penyedia Jasa Selam
Pengembangan Layanan Bisnis Digital Selam Rekreasional dengan Pendekatan ROPO pada UMKM Penyedia Jasa Selam
Dalam kondisi ekonomi yang terpuruk akibat pandemi COVID-19 ini, Usaha Mikro, Kecil, dan Menengah (UMKM) memiliki potensi yang sangat besar untuk membantu membangkitkan perekonomia...
STRATEGI TRANSFORMASI ARSITEKTUR PADA STUDIO AKANOMA DI PADALARANG, KABUPATEN BANDUNG BARAT
STRATEGI TRANSFORMASI ARSITEKTUR PADA STUDIO AKANOMA DI PADALARANG, KABUPATEN BANDUNG BARAT
Abstrak - Arsitektur Indonesia, seperti halnya arsitektur banyak negara dan kawasan di dunia, akhir-akhir ini mengalami berbagai perubahan karena fenomena globalisasi. Modernisasi ...
Strategi Pengembangan Wisata Halal di Pulau Lombok
Strategi Pengembangan Wisata Halal di Pulau Lombok
Abstract. One Thesis Title : Development of Halal Tourism Strategy on Lombok Island Lombok Island is one of the islands in West Nusa Tenggara Province which has a variety of superi...

