Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan

View through CrossRef
Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati bahawa terdapat sebilangan pengkaji-pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran sedangkan bacaan awal pengkaji sendiri mendapati sememangnya pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya dengan menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil, serta pengarang menafikan sebahagian teks yang dirujuk daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi itu. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Beliau berhasil mengukuhkan tafsirannya jika teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya. Tetapi, sebaliknya jika teks rujukan itu tidak selari atau bercanggah maka tujuan pengarang untuk menguatkan tafsiran dalam karyanya itu tidak berhasil.
Title: Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan
Description:
Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam.
Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan tafsir al-Quran.
Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar.
Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran.
Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati bahawa terdapat sebilangan pengkaji-pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran sedangkan bacaan awal pengkaji sendiri mendapati sememangnya pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk.
Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan.
Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya dengan menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman.
Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi didedahkan.
Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil, serta pengarang menafikan sebahagian teks yang dirujuk daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi itu.
Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya.
Beliau berhasil mengukuhkan tafsirannya jika teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya.
Tetapi, sebaliknya jika teks rujukan itu tidak selari atau bercanggah maka tujuan pengarang untuk menguatkan tafsiran dalam karyanya itu tidak berhasil.

Related Results

Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
STUDI KRITIS TAFSIR AL-MANAR KARYA MUHAMMAD ABBDUH DAN RASYID RIDLA
STUDI KRITIS TAFSIR AL-MANAR KARYA MUHAMMAD ABBDUH DAN RASYID RIDLA
Al-Qur’an, dalam tradisi pemikiran Islam, telah melahirkan sederetan teks turunan yang demikian luas dan mengagumkan yang disebut Tafsir. Tafsir al-Qur’an adalah penjelasan tentang...
SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR
SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR
AbstrakKegiatan tafsir Al-Qu’ran telah dimulai sejak masa Nabi Muhammad Saw dan terus mengalami perkembangan dari masa ke masa, yaitu periode Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya, peri...
Perkembangan dan Resepsi Tafsir Hukmi di Kalangan Ulama
Perkembangan dan Resepsi Tafsir Hukmi di Kalangan Ulama
Tafsir hukmi merupakan pendekatan interpretasi Al-Qur'an yang fokus pada aspek-aspek hukum dan normatif dalam teks suci Islam. Penelitian ini menganalisis dari latar belakang kemun...
The Epistemology of Malay Qur’anic Exegesis: A Study of Muhammad Said Umar’s Nur Al-Ihsan
The Epistemology of Malay Qur’anic Exegesis: A Study of Muhammad Said Umar’s Nur Al-Ihsan
This article examines the epistemological structure of Tafsir Nur Al-Ihsan by Muhammad Said bin Umar. The epistemology of tafsir is an academic discipline aimed at uncovering funda...
The Spirit of Purification in Indonesian Tafsir: T.M. Hasbi As-Siddieqy and His Interpretation of Verses on Tawasul in Tafsir An-Nur
The Spirit of Purification in Indonesian Tafsir: T.M. Hasbi As-Siddieqy and His Interpretation of Verses on Tawasul in Tafsir An-Nur
The Tafsir An-Nur by T.M. Hasbi As-Siddieqy (d. 1975) is one of the popular tafsir works in Indonesia. When interpreting the meaning of "wasilah" in Q.S. Al-Maidah [5]: 35, Hasbi t...

Back to Top