Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kitab Turjuman Al-Mustafid: Kajian Terhadap Ilmu Bilangan Ayat.

View through CrossRef
Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri dan karyanya Turjuman al-Mustafid adalah tidak asing lagi dalam kalangan pengkaji-pengkaji Nusantara. Turjuman al-Mustafid merupakan sumbangan terbesar Syeikh Abdul Rauf kepada tamadun Melayu khususnya dalam bidang al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Ia merupakan terjemahan lengkap al-Quran dalam Bahasa Melayu yang pertama dihasilkan. Namun begitu, Turjuman al-Mustafid bukan semata-mata terjemahan al-Quran, karya ini turut dilengkapkan dengan beberapa bidang ulum al-Quran yang lain seperti ilmu al-Qira’at dan ilmu al-Fawasil atau ilmu berkaitan bilangan ayat-ayat al-Quran bagi setiap surah. Walaupun karya ini telah banyak mendapat penelitian oleh ahli akademik, namun setakat yang diketahui belum terdapat kajian yang menyentuh topik ilmu al-Fawasil di dalam karya ini. Maka objektif kajian ini adalah untuk menonjolkan sumbangan Abdul Rauf al-Fansuri dalam bidang tersebut. Dalam menghasilkan kertas kerja ini kaedah perbandingan antara fakta dalam karya ini dengan riwayat-riwayat ulama bilangan ayat akan digunakan. Setelah itu, segala maklumat yang terkumpul akan dianalisis untuk mendapat satu rumusan keseluruhan. Kajian ini mendapati bahawa Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri telah menyentuh bilangan-bilangan ayat bagi setiap surah. Pada sebahagian surah beliau menyatakan perbezaan tentang bilangan ayat dalam surah tersebut. Maka fakta ini menunjukkan bahawa beliau adalah antara ulama Melayu pertama yang menyentuh tentang bilangan ayat al-Quran atau ilmu al-Fawasil.
Title: Kitab Turjuman Al-Mustafid: Kajian Terhadap Ilmu Bilangan Ayat.
Description:
Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri dan karyanya Turjuman al-Mustafid adalah tidak asing lagi dalam kalangan pengkaji-pengkaji Nusantara.
Turjuman al-Mustafid merupakan sumbangan terbesar Syeikh Abdul Rauf kepada tamadun Melayu khususnya dalam bidang al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Ia merupakan terjemahan lengkap al-Quran dalam Bahasa Melayu yang pertama dihasilkan.
Namun begitu, Turjuman al-Mustafid bukan semata-mata terjemahan al-Quran, karya ini turut dilengkapkan dengan beberapa bidang ulum al-Quran yang lain seperti ilmu al-Qira’at dan ilmu al-Fawasil atau ilmu berkaitan bilangan ayat-ayat al-Quran bagi setiap surah.
Walaupun karya ini telah banyak mendapat penelitian oleh ahli akademik, namun setakat yang diketahui belum terdapat kajian yang menyentuh topik ilmu al-Fawasil di dalam karya ini.
Maka objektif kajian ini adalah untuk menonjolkan sumbangan Abdul Rauf al-Fansuri dalam bidang tersebut.
Dalam menghasilkan kertas kerja ini kaedah perbandingan antara fakta dalam karya ini dengan riwayat-riwayat ulama bilangan ayat akan digunakan.
Setelah itu, segala maklumat yang terkumpul akan dianalisis untuk mendapat satu rumusan keseluruhan.
Kajian ini mendapati bahawa Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri telah menyentuh bilangan-bilangan ayat bagi setiap surah.
Pada sebahagian surah beliau menyatakan perbezaan tentang bilangan ayat dalam surah tersebut.
Maka fakta ini menunjukkan bahawa beliau adalah antara ulama Melayu pertama yang menyentuh tentang bilangan ayat al-Quran atau ilmu al-Fawasil.
.

Related Results

ANALISA ASPEK MUNĀSABAH DALAM AL-QUR’AN: STUDI TERHADAP KITAB ȘAFWAH TAFĀSĪR KARYA MUḤAMMAD ‘ĀLĪ AL-ȘĀBŪNĪ (1930-2021 M)
ANALISA ASPEK MUNĀSABAH DALAM AL-QUR’AN: STUDI TERHADAP KITAB ȘAFWAH TAFĀSĪR KARYA MUḤAMMAD ‘ĀLĪ AL-ȘĀBŪNĪ (1930-2021 M)
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui secara mendalam dan komperhensif konsep munāsabahterkait dengan pola dan pendekatan munāsabah antar ayat dalam satu surat yang digunakanMu...
KEEFEKTIFAN MEDIA KOIN BILANGAN DAN GARIS BILANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN MATEMATIKA REALISTIK
KEEFEKTIFAN MEDIA KOIN BILANGAN DAN GARIS BILANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN MATEMATIKA REALISTIK
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan: 1) keefektifan pembelajaran menggunakan media koin bilangan dengan pendekatan PMRI; 2) keefektifan pembelajaran menggunakan media ga...
Perbandingan Penggunaan Bilangan Prima Aman Dan Tidak Aman Pada Proses Pembentukan Kunci
Perbandingan Penggunaan Bilangan Prima Aman Dan Tidak Aman Pada Proses Pembentukan Kunci
Algoritma ElGamal merupakan algoritma dalam kriptografi yang termasuk dalam kategori algoritma asimetris. Keamanan algoritma ElGamal terletak pada kesulitan penghitungan logaritma ...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Mengenal Konsep Lambang Bilangan Melalui Media Puzzle Lambang Bilangan Pada Anak
Upaya Meningkatkan Kemampuan Mengenal Konsep Lambang Bilangan Melalui Media Puzzle Lambang Bilangan Pada Anak
Penelitian Tindakan Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan mengenal konsep lambang bilangan melalui media puzzle lambang bilangan pada anak-anak kelompok A3 TK Model Kabu...
ANALISIS KITAB RUJUKAN HADIS YANG DIGUNAKAN DALAM KITAB TA’LIM AL-MUTA’ALLIM OLEH SHAYKH AL-ZARNUJI
ANALISIS KITAB RUJUKAN HADIS YANG DIGUNAKAN DALAM KITAB TA’LIM AL-MUTA’ALLIM OLEH SHAYKH AL-ZARNUJI
<p class="06IsiAbstrak">Kitab <em>Ta’lim al-Muta’alim</em> yang dikarang oleh shaykh al-Zarnuji merupakan kitab klasik yang berisikan adab atau etika belajar dan ...
HISTORIOGRAFI DALAM TAFSIR AL-QUR’AN
HISTORIOGRAFI DALAM TAFSIR AL-QUR’AN
Tulisan ini bertujuan untuk meneliti kajian historigrafi dalam tafsir Al-Qur’an yang dilakukan oleh mufasir dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an. Penelitian ini menggunakan metode...
Tafsir Al-Bahrul Madid Karangan Ibn A’jibah
Tafsir Al-Bahrul Madid Karangan Ibn A’jibah
Salah satu kitab Turath warisan Islam adalah Tafsir Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah. Kitab ini adalah adalah salah satu kitab tafsir yang menggunakan pendekatan tafsir Sufi Is...

Back to Top