Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengetahuan dan Amalan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Terbeza

View through CrossRef
Pengajaran terbeza merupakan satu pendekatan pengajaran yang digunakan untuk membantu guru menangani kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam bilik darjah yang sama. Artikel ini membincangkan tahap pengetahuan dan amalan guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran terbeza yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya dapat membantu guru merancang dan memilih kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Populasi kajian adalah guru Pendidikan Islam sekolah rendah kategori luar bandar di Daerah Kota Kinabalu. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 101 orang responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 29.0. Hasil kajian mendapati kedua-dua konstruk yang diukur iaitu pengetahuan dan amalan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran terbeza berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Islam kepada murid seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara optimum.
Title: Pengetahuan dan Amalan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Terbeza
Description:
Pengajaran terbeza merupakan satu pendekatan pengajaran yang digunakan untuk membantu guru menangani kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam bilik darjah yang sama.
Artikel ini membincangkan tahap pengetahuan dan amalan guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran terbeza yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seterusnya dapat membantu guru merancang dan memilih kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif.
Populasi kajian adalah guru Pendidikan Islam sekolah rendah kategori luar bandar di Daerah Kota Kinabalu.
Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 101 orang responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 29.
Hasil kajian mendapati kedua-dua konstruk yang diukur iaitu pengetahuan dan amalan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran terbeza berada pada tahap tinggi.
Implikasi kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Islam kepada murid seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara optimum.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Pendidikan Islam merupakan antara bidang yang sangat lazim dengan institusi pengajian tempatan dan luar negara. Pendidikan Islam juga merupakan suatu mata pelajaran kurikulum bilik...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Penghujahan Saintifik: Memahami Perlaksanaannya dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia
Penghujahan Saintifik: Memahami Perlaksanaannya dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia
Penghujahan saintifik merupakan amalan utama dalam pendidikan sains yang amat kritikal untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains bagi membekalkan pengalaman serta ...

Back to Top