Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan

View through CrossRef
Kaum Punan merupakan etnik minoriti mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan hulu sungai Rejang di Belaga Sarawak. Berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh Punan National Association (PNA) pada tahun 2019, terdapat 4790 populasi Punan di Sarawak. Menurut Asmah (2017) dan Ethnologue (2021), status bahasa Punan dikategorikan dalam bahasa yang terancam (threatened/unsafe). Setakat ini kajian linguistik yang mendalam terhadap bahasa Punan amat perlu dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini bermatlamat untuk membincangkan sistem fonem vokal bahasa Punan sebagai langkah pertama untuk melestarikan bahasa ini. Smith (2017) menyatakan bahawa fonem vokal bahasa Punan mempunyai ciri tersendiri iaitu kewujudan bunyi triftong. Justeru ciri tersebut tidak wujud dalam bahasa-bahasa Austronesia lain di Borneo. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan linguistik deskriptif dengan penerapan fonologi fonemik dalam menganalisis bahasa tersebut. Data kajian ini diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temuramah berdasarkan 200 daftar kata dan menggunakan kaedah asosiasi idea berdasarkan domain keluarga, tubuh badan, kata arah, flora dan fauna. Fonem vokal bahasa Punan dianalisis menggunakan perisian PRAAT bagi mendapatkan ciri bunyi yang lebih tepat. Berdasarkan hasil kajian, terdapat 7 fonem vokal, 4 diftong, 2 triftong dalam sistem bahasa Punan. Selain itu, wujud ciri supragemental fonem vokal dalam bahasa Punan iaitu nasalisasi, labialisasi dan pemanjangan vokal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ciri pemanjangan vokal sangat produktif dan hadir secara konsisten iaitu pada posisi suku kata akhir dan di depan bunyi nasal . Hasil kajian ini secara keseluruhannya akan memberi sumbangan empirikal dari segi data leksikostatik dalam kajian bahasa sukuan di Sarawak.
Title: Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan
Description:
Kaum Punan merupakan etnik minoriti mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan hulu sungai Rejang di Belaga Sarawak.
Berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh Punan National Association (PNA) pada tahun 2019, terdapat 4790 populasi Punan di Sarawak.
Menurut Asmah (2017) dan Ethnologue (2021), status bahasa Punan dikategorikan dalam bahasa yang terancam (threatened/unsafe).
Setakat ini kajian linguistik yang mendalam terhadap bahasa Punan amat perlu dijalankan.
Oleh yang demikian, kajian ini bermatlamat untuk membincangkan sistem fonem vokal bahasa Punan sebagai langkah pertama untuk melestarikan bahasa ini.
Smith (2017) menyatakan bahawa fonem vokal bahasa Punan mempunyai ciri tersendiri iaitu kewujudan bunyi triftong.
Justeru ciri tersebut tidak wujud dalam bahasa-bahasa Austronesia lain di Borneo.
Kajian ini mengaplikasikan pendekatan linguistik deskriptif dengan penerapan fonologi fonemik dalam menganalisis bahasa tersebut.
Data kajian ini diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temuramah berdasarkan 200 daftar kata dan menggunakan kaedah asosiasi idea berdasarkan domain keluarga, tubuh badan, kata arah, flora dan fauna.
Fonem vokal bahasa Punan dianalisis menggunakan perisian PRAAT bagi mendapatkan ciri bunyi yang lebih tepat.
Berdasarkan hasil kajian, terdapat 7 fonem vokal, 4 diftong, 2 triftong dalam sistem bahasa Punan.
Selain itu, wujud ciri supragemental fonem vokal dalam bahasa Punan iaitu nasalisasi, labialisasi dan pemanjangan vokal.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ciri pemanjangan vokal sangat produktif dan hadir secara konsisten iaitu pada posisi suku kata akhir dan di depan bunyi nasal .
Hasil kajian ini secara keseluruhannya akan memberi sumbangan empirikal dari segi data leksikostatik dalam kajian bahasa sukuan di Sarawak.

Related Results

FONOLOGI BAHASA PRANCIS
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
Understanding phonology is the pivotal thing in learning foreign language. By understanding the target language phonology, learners will be easier to learn foreign language pronunc...
Analisis Bahasa Muna di Sulawesi Tenggara
Analisis Bahasa Muna di Sulawesi Tenggara
Bahasa Muna merupakan salah satu bahasa daerah yang dituturkan oleh Masyarakat suku Muna yang ada di Sulawesi Tenggara. Bahasa Muna tergolong sebagai Bahasa vokalis karena setiap k...
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
This study aims to identify and describe qualitatively the phonological system of Tae Rongkong dialect in North Luwu Regency, South Sulawesi. The analysis was carried out on 200 Sw...
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
Lanskap Linguistik ( LL) merujuk pada objek penggunaan bahasa di ruang publik. Menurut Landry and Bourhis (1997) yang termasuk dalam LL adalah bahasa di ruang-ruang publik seperti ...
HUBUNGAN KEKERABATAN BAHASA JAWA DAN MADURA
HUBUNGAN KEKERABATAN BAHASA JAWA DAN MADURA
Di Jawa Timur berkembang dua bahasa besar yaitu bahasa Jawa dan bahasa Madura. Walaupun sebagai dua bahasa yang berbeda, namun kedua bahasa tersebut memiliki hubungan kekerabatan. ...
Penggunaan Bahasa Sunda Pada Pembelajaran Bahasa Inggris
Penggunaan Bahasa Sunda Pada Pembelajaran Bahasa Inggris
ABSTRAK Bahasa Sunda merupakan bahasa pertama masyarakat Jawa Barat dan tidak sedikit orang yang menggunakan bahasa sunda diberbagai aspek kehidupan, salah satunya dalam pendidikan...
DERET VOKAL DAN DERET KONSONAN DALAM BAHASA TUNJUNG (TONYOOI)
DERET VOKAL DAN DERET KONSONAN DALAM BAHASA TUNJUNG (TONYOOI)
AbstrakPenelitian ini menelaah struktur fonotaktik fonem di dalam deret vokal dan deret konsonan bahasa Tunjung (Tonyooi). Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode ...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...

Back to Top