Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Inovasi dalam Penyelidikan Dialektologi

View through CrossRef
Bahasa berevolusi, dan ilmu linguistik tidak terkecuali. Dengan tersebarnya revolusi industri 4.0, peranan teknologi menjadi semakin ketara. Ilmu linguistik seharusnya bergerak sederap dengan kemajuan teknologi ini. Sewajarnya, linguistik boleh bersifat multidisiplin dan melangkah ke depan secara alami. Dialektologi adalah contoh terbaik. Geolinguistik merupakan gabungan kajian dialek dengan geografi. Dengan perisian aplikasi ArcGis, kajian multidisiplin ini mampu mengangkat ilmu dialek lebih terkehadapan dengan maklumat isoglos dan taburan dialek terakam dalam lakaran peta dialek digital yang saintifik menggantikan peta manual. Penyelidikan dialek melibatkan kerja lapangan yang melibatkan golongan tua, dewasa dan remaja dengan menjawab soal selidik, temuramah serta terlibat dengan rakaman. Kemudian, data ditranskripsi dan diimpot ke perisian Arc Gis bagi dapatan peta yang sahih. Hasil kajian membuktikan bahawa banyak maklumat selain varian fonologi dapat dihasilkan, malah maklumat merentas bidang seperti leksikografi, ruang, migrasi dan sejarah ditemui sekali. Topografi yang mempunyai ruang yang luas atau sempit mampu mempengaruhi penghasilan leksikal yang berbeza seperti terakam dalam leksikografi. Sebagai tambahan, topografi dan migrasi juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan fonologi. Malah, faktor sempadan membuktikan difusi dialek boleh mempengaruhi kawasan berjiranan. Huraian linguistik beserta huraian bukan linguistik telah menjadikan kajian linguistik ini lebih menarik dan sentiasa segar. Kajian yang bersifat multidisplin ini membolehkan kajian dialek menjadi lebih dinamik dan menawarkan maklumat yang berintergrasi untuk dialektologi.
Title: Inovasi dalam Penyelidikan Dialektologi
Description:
Bahasa berevolusi, dan ilmu linguistik tidak terkecuali.
Dengan tersebarnya revolusi industri 4.
0, peranan teknologi menjadi semakin ketara.
Ilmu linguistik seharusnya bergerak sederap dengan kemajuan teknologi ini.
Sewajarnya, linguistik boleh bersifat multidisiplin dan melangkah ke depan secara alami.
Dialektologi adalah contoh terbaik.
Geolinguistik merupakan gabungan kajian dialek dengan geografi.
Dengan perisian aplikasi ArcGis, kajian multidisiplin ini mampu mengangkat ilmu dialek lebih terkehadapan dengan maklumat isoglos dan taburan dialek terakam dalam lakaran peta dialek digital yang saintifik menggantikan peta manual.
Penyelidikan dialek melibatkan kerja lapangan yang melibatkan golongan tua, dewasa dan remaja dengan menjawab soal selidik, temuramah serta terlibat dengan rakaman.
Kemudian, data ditranskripsi dan diimpot ke perisian Arc Gis bagi dapatan peta yang sahih.
Hasil kajian membuktikan bahawa banyak maklumat selain varian fonologi dapat dihasilkan, malah maklumat merentas bidang seperti leksikografi, ruang, migrasi dan sejarah ditemui sekali.
Topografi yang mempunyai ruang yang luas atau sempit mampu mempengaruhi penghasilan leksikal yang berbeza seperti terakam dalam leksikografi.
Sebagai tambahan, topografi dan migrasi juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan fonologi.
Malah, faktor sempadan membuktikan difusi dialek boleh mempengaruhi kawasan berjiranan.
Huraian linguistik beserta huraian bukan linguistik telah menjadikan kajian linguistik ini lebih menarik dan sentiasa segar.
Kajian yang bersifat multidisplin ini membolehkan kajian dialek menjadi lebih dinamik dan menawarkan maklumat yang berintergrasi untuk dialektologi.

Related Results

Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Through the introduction of value-free research concept in the 19th century by Western scholars, researchers both in the field of natural sciences and social sciences generally foc...
Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), UIS telah menambahbaik Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS) selaras dengan keperluan perancangan strategik UIS. Dalam artikel ini,...
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment. Hal i...
Analisa Hukum Penetapan Tersangka Yang Didasarkan Alat Bukti Hasil Penyelidikan Oleh KPK
Analisa Hukum Penetapan Tersangka Yang Didasarkan Alat Bukti Hasil Penyelidikan Oleh KPK
This research is motivated by the practice carried out by the Corruption Eradicating Commission (KPK) in determining someone as a suspect along with the issuance of an Investigatio...
Inovasi Evaluasi Pembelajaran dalam Bidang Ilmu Komputer
Inovasi Evaluasi Pembelajaran dalam Bidang Ilmu Komputer
Evaluasi Pembelajaran merupakan usaha untuk mengukur sejauh mana pemahaman siswa dan mengetahui keefektifan metode pengajaran yang digunakan, serta memberi manfaat bagi guru dalam ...
PENYELIDIKAN TANAH BUKIT KAPUR, KUTA SELATAN, BADUNG, BALI
PENYELIDIKAN TANAH BUKIT KAPUR, KUTA SELATAN, BADUNG, BALI
Daerah Kuta selatan meliputi enam desa yaitu Benoa, Jimbaran, Kutuh, Pecatu, Tanjung Benoa, Ungasan. Daerah kecamatan kuta selatan, badung ini secara umum merupakan bukit kap...
Strategi Diseminasi Inovasi Pertanian dalam Mendukung Pembangunan Pertanian
Strategi Diseminasi Inovasi Pertanian dalam Mendukung Pembangunan Pertanian
<p>Dissemination of innovation of research results/agricultural assessment is an important communication activity in the process. Problems of dissemination agricultural innov...
PROPOSAL PENGEMBANGAN INOVASI KEPERAWATAN MEDIKAL BEDAH : COVID-19
PROPOSAL PENGEMBANGAN INOVASI KEPERAWATAN MEDIKAL BEDAH : COVID-19
Wabah covid-19 adalah krisis kesehatan masyarakat global. UNESCO berkomitmen penuh untuk mendukung pemerintah dalam pembelajaran jarak jauh, ilmu pengetahuan terbuka, dan berbagi b...

Back to Top