Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Munakahat Issues Among People with Hearing Disability

View through CrossRef
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi meneruskan kelangsungan manusia di muka bumi ini. Setiap manusia mempunyai fitrah untuk hidup berpasangan tidak kira sama ada manusia normal mahupun kekurangan dari segi fizikal atau mental. Terdapat beberapa isu berkaitan perkahwinan yang dihadapi oleh orang kurang upaya (OKU) pendengaran seperti isu akad nikah, taklik, cerai, rujuk dan sebagainya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu munakahat dalam kalangan OKU pendengaran. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang hukum dan penyelesaian bagi masalah tersebut. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah perpustakaan, dokumentasi dan temubual bagi mendapatkan data berkaitan kajian. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat lima isu berkaitan akad nikah, taklik, cerai dan rujuk yang mempunyai hukum yang tersendiri berdasarkan situasi OKU pendengaran. Setiap isu mempunyai kesan-kesan yang besar terhadap golongan OKU pendengaran sekiranya tidak dijelaskan dengan baik. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurang perbincangan berkaitan golongan OKU pendengaran terutamanya dalam munakahat. Kajian lanjutan tentang isu-isu dalam kalangan OKU pendengaran dari aspek muamalat, ibadat dan jenayah perlu dijalankan bagi membantu golongan ini memahami dengan lebih baik dan mendalam tentang isu-isu tersebut.
Title: Munakahat Issues Among People with Hearing Disability
Description:
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi meneruskan kelangsungan manusia di muka bumi ini.
Setiap manusia mempunyai fitrah untuk hidup berpasangan tidak kira sama ada manusia normal mahupun kekurangan dari segi fizikal atau mental.
Terdapat beberapa isu berkaitan perkahwinan yang dihadapi oleh orang kurang upaya (OKU) pendengaran seperti isu akad nikah, taklik, cerai, rujuk dan sebagainya.
Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu munakahat dalam kalangan OKU pendengaran.
Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang hukum dan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah perpustakaan, dokumentasi dan temubual bagi mendapatkan data berkaitan kajian.
Hasil dapatan kajian mendapati terdapat lima isu berkaitan akad nikah, taklik, cerai dan rujuk yang mempunyai hukum yang tersendiri berdasarkan situasi OKU pendengaran.
Setiap isu mempunyai kesan-kesan yang besar terhadap golongan OKU pendengaran sekiranya tidak dijelaskan dengan baik.
Hal ini terjadi disebabkan oleh kurang perbincangan berkaitan golongan OKU pendengaran terutamanya dalam munakahat.
Kajian lanjutan tentang isu-isu dalam kalangan OKU pendengaran dari aspek muamalat, ibadat dan jenayah perlu dijalankan bagi membantu golongan ini memahami dengan lebih baik dan mendalam tentang isu-isu tersebut.

Related Results

Disability Studies
Disability Studies
This article brings together key texts and theorists from disability studies, which is a growing and vibrant inter/multidisciplinary field. It is an area of inquiry that has been e...
Power in Silence: Captions, Deafness, and the Final Girl
Power in Silence: Captions, Deafness, and the Final Girl
IntroductionThe horror film Hush (2016) has attracted attention since its release due to the uniqueness of its central character—a deaf–mute author who lives in a world of silence....
Unveiling the Disability A Study of Social Discrimination in Contemporary American Memoires
Unveiling the Disability A Study of Social Discrimination in Contemporary American Memoires
The study aims to explore social discrimination as experienced by disabled persons and depicted in contemporary American memoirs by the disabled person. It investigates the effects...
Introduction To Hearing And Speech Rehabilitation
Introduction To Hearing And Speech Rehabilitation
Rehabilitation of hearing and speech represents a theory that needs to be confirmed, and also the practice, also a process which is in continuous progress. It is simultaneously a s...
Pattern of hearing loss among patients visiting ENT OPD at Janaki Medical College: A cross sectional study
Pattern of hearing loss among patients visiting ENT OPD at Janaki Medical College: A cross sectional study
Background and Objectives: To study the pattern of hearing loss among patients visiting ENT OPD in Janaki medical college teaching hospital.Material and Methods: The study was cond...
Hearing Loss in Stroke Cases: A Literature Review
Hearing Loss in Stroke Cases: A Literature Review
Stroke is the most common cause of neurological disability (MacDonald, Cockerell, Sander, & Shorvon, 2000) and about 1 in 3 stroke life survivors are functionally reliant on it...
Third Party Disability among Spouses of People with Hearing Loss
Third Party Disability among Spouses of People with Hearing Loss
Introduction With increasing life expectancy globally, hearing loss has become a major issue of concern. In addition to the negative implications on the people with hearing l...

Back to Top