Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penguatkuasaan Undang-undang Status Halal Premis Makanan di Malaysia

View through CrossRef
Operasi pemantauan dan penguatkuasaan pasca pensijilan halal diperuntukkan dalam prosedur perundangan sebagai memastikan tahap pematuhan berhubung skim pensijilan halal di Malaysia. Pelaksanaan penguatkuasaan turut dipergiatkan ekoran daripada isu penggunaan dan penipuan terhadap perbahasan halal sering kali didedahkan dalam media hari ini. Perkara sedemikian mendapat perhatian ramai pihak terutamanya para pengguna yang peka dan sangat menitikberatkan soal halal dan haram mahupun syubhah dalam setiap aspek kehidupan termasuk makanan dan pemakanan yang menjadi darah daging mereka. Lebih-lebih lagi, perilaku ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan dikenal pasti berlaku di premis makanan yang menjadi tumpuan masyarakat menikmati hidangan. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan analisis sorotan literatur berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang terhadap isu yang berkaitan dengan kepenggunaan halal ekoran daripada kes yang tidak berpenghujung demi menjaga pengurusan dan kredibiliti di syarikat dan premis makanan berstatus halal. Pendekatan analisis kandungan secara deduktif telah digunakan dalam menghubungkaitkan sumber literatur yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran awal yang dikenal pasti dalam mengendalikan pemantauan dan penguatkuasaan status halal oleh pihak berautoriti daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis makanan.   
Title: Penguatkuasaan Undang-undang Status Halal Premis Makanan di Malaysia
Description:
Operasi pemantauan dan penguatkuasaan pasca pensijilan halal diperuntukkan dalam prosedur perundangan sebagai memastikan tahap pematuhan berhubung skim pensijilan halal di Malaysia.
Pelaksanaan penguatkuasaan turut dipergiatkan ekoran daripada isu penggunaan dan penipuan terhadap perbahasan halal sering kali didedahkan dalam media hari ini.
Perkara sedemikian mendapat perhatian ramai pihak terutamanya para pengguna yang peka dan sangat menitikberatkan soal halal dan haram mahupun syubhah dalam setiap aspek kehidupan termasuk makanan dan pemakanan yang menjadi darah daging mereka.
Lebih-lebih lagi, perilaku ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan dikenal pasti berlaku di premis makanan yang menjadi tumpuan masyarakat menikmati hidangan.
Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan analisis sorotan literatur berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang terhadap isu yang berkaitan dengan kepenggunaan halal ekoran daripada kes yang tidak berpenghujung demi menjaga pengurusan dan kredibiliti di syarikat dan premis makanan berstatus halal.
Pendekatan analisis kandungan secara deduktif telah digunakan dalam menghubungkaitkan sumber literatur yang diperolehi.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran awal yang dikenal pasti dalam mengendalikan pemantauan dan penguatkuasaan status halal oleh pihak berautoriti daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis makanan.
   .

Related Results

PERAN MASYARAKAT DALAM PENYELENGGARAAN JAMINAN PRODUK HALAL DI INDONESIA
PERAN MASYARAKAT DALAM PENYELENGGARAAN JAMINAN PRODUK HALAL DI INDONESIA
<p>Negara menerbitkan Undang-Undang Nomor 33 Tahun 2014 tentang Jaminan Produk Halal. Pasal 4 Undang-Undang Jaminan Produk Halal (UUJPH) jo Pasal 2 Peraturan Pemerintah Nomor...
Halal Studies
Halal Studies
Halal studies can be defined as the study and description of halal-related issues in the everyday life of Muslims. Halal studies take halal seriously both as subject and as object ...
CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA
CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA
Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia sering menimbulkan komen negatif dan polemik di kalangan masyarakat Islam. Masyarakat sering mempersoalkan seja...
Halal Meets Biotech: Exploring Integration Opportunities and Challenges in Malaysian Universities
Halal Meets Biotech: Exploring Integration Opportunities and Challenges in Malaysian Universities
Abstract: The increasing demand for professionals with expertise in halal authentication within the biotechnology industry emphasizes the importance of integrating this field into ...
Implementing air cargo halal warehouse: insight from Malaysia
Implementing air cargo halal warehouse: insight from Malaysia
Purpose This study aims to discuss the challenges in implementing halal warehouse in the air cargo context along with the standard handling process for the storage of halal product...
Politisasi Sertifikat Halal
Politisasi Sertifikat Halal
Indonesia is a country that has a Muslim majority population, so there are many rules that are intended and specifically for Muslims, one of which is related to rules in food matte...
SERTIFIKASI HALAL MELALUI SELF DECLARE OLEH UMKM UNTUK MENDUKUNG INDUSTRI WISATA HALAL
SERTIFIKASI HALAL MELALUI SELF DECLARE OLEH UMKM UNTUK MENDUKUNG INDUSTRI WISATA HALAL
Undang-Undang No. 33 Tahun 2014 tentang Jaminan Produk Halal mulai diberlakukan sejak tahun 2019 setelah disahkan pada tahun 2014. Undang-undang ini adalah salah satu upaya dari ne...

Back to Top