Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pelaksanaan Pendidikan STEM: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, Sikap, Kemahiran Pedagogi dan Penilaian guru

View through CrossRef
Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) , sikap guru dan kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru sains sekolah menengah dalam melaksanakan pendidikan STEM. Selain itu, kajian juga ingin menentukan sikap guru , tahap kemahiran pedagogi dan penilaian dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 31 orang guru sains sekolah menengah yang telah menghadiri program Pembelajaran Sains secara Inkuiri di Pusat STEM Negara melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan STEM berada pada tahap yang tinggi manakala sikap guru menunjukkan hasil yang positif. Di samping itu, tahap kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains berada pada tinggi untuk memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan baik.Implikasinya, latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu dipertingkatkan agar dapat melaksanakan pendidikan STEM dengan jayanya memandangkan guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan PPIK. Selain itu, Pusat STEM perlu terus merancang lebih banyak intervensi dan strategi pemantauan yang berkaitan untuk para guru sains sekolah menengah. Setiap aktiviti dan program yang dirancang perlu sentiasa disemak dan ditambah baik untuk pemantapan dalam pendidikan STEM.
Title: Pelaksanaan Pendidikan STEM: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, Sikap, Kemahiran Pedagogi dan Penilaian guru
Description:
Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) , sikap guru dan kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru sains sekolah menengah dalam melaksanakan pendidikan STEM.
Selain itu, kajian juga ingin menentukan sikap guru , tahap kemahiran pedagogi dan penilaian dalam melaksanakan pendidikan STEM.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 31 orang guru sains sekolah menengah yang telah menghadiri program Pembelajaran Sains secara Inkuiri di Pusat STEM Negara melalui kaedah persampelan rawak mudah.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan STEM berada pada tahap yang tinggi manakala sikap guru menunjukkan hasil yang positif.
Di samping itu, tahap kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains berada pada tinggi untuk memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan baik.
Implikasinya, latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu dipertingkatkan agar dapat melaksanakan pendidikan STEM dengan jayanya memandangkan guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan PPIK.
Selain itu, Pusat STEM perlu terus merancang lebih banyak intervensi dan strategi pemantauan yang berkaitan untuk para guru sains sekolah menengah.
Setiap aktiviti dan program yang dirancang perlu sentiasa disemak dan ditambah baik untuk pemantapan dalam pendidikan STEM.

Related Results

Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
ANALISIS KEMAMPUAN GURU KELAS MELAKSANAKAN PENILAIAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN
ANALISIS KEMAMPUAN GURU KELAS MELAKSANAKAN PENILAIAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN
Penilaian yang dilaksanakan oleh guru masih didominasi oleh penilaian yang digunakan mengukur aspek kognitif yang bisa diterapkan dalam penilaian kurikulum. Atas dasar tersebut pen...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...

Back to Top