Javascript must be enabled to continue!
Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)
View through CrossRef
Pantun peribahasa ini tercipta hasil penelitian penulis terhadap peribahasa Melayu terpilih dan dikenal pasti dapat menghasilkan pantun empat kerat.Peribahasa pula kalau diteliti maknanya merujuk kepada frasa, ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mempunyai makna tertentu (Kamus Dewan, 2005, hal. 1185).Abdullah Hussain (1982, hal. v) menyatakan bahawa peribahasa adalah sastera atau jenis puisi Melayu lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Selain itu, peribahasa merupakan karya sastera yang mencerminkan dan memancarkan jiwa peribadi bangsa Melayu.Pantun peribahasa ini asalnya saya terbitkan di blog azmirahman.esasterawan.net, di jurnal sastera siber esastera.com dan ada yang saya simpan sebagai catatan peribadi.Apabila pantun-pantun ini mahu diterbitkan, saya menyemak dan memurnikan semula setiap pantun supaya nampak menjadi dan bermakna.Penerbitan buku ini, selain menambah khazanah genre puisi Melayu tradisional dapat juga membantu para peminat, pengkaji dan pelajar memahami dan mendekati genre pantun peribahasa. Selain itu, buku ini ini diharap dapat dimanfaatkan oleh khalayak semasa dan akan datang.
Title: Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)
Description:
Pantun peribahasa ini tercipta hasil penelitian penulis terhadap peribahasa Melayu terpilih dan dikenal pasti dapat menghasilkan pantun empat kerat.
Peribahasa pula kalau diteliti maknanya merujuk kepada frasa, ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mempunyai makna tertentu (Kamus Dewan, 2005, hal.
1185).
Abdullah Hussain (1982, hal.
v) menyatakan bahawa peribahasa adalah sastera atau jenis puisi Melayu lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas.
Selain itu, peribahasa merupakan karya sastera yang mencerminkan dan memancarkan jiwa peribadi bangsa Melayu.
Pantun peribahasa ini asalnya saya terbitkan di blog azmirahman.
esasterawan.
net, di jurnal sastera siber esastera.
com dan ada yang saya simpan sebagai catatan peribadi.
Apabila pantun-pantun ini mahu diterbitkan, saya menyemak dan memurnikan semula setiap pantun supaya nampak menjadi dan bermakna.
Penerbitan buku ini, selain menambah khazanah genre puisi Melayu tradisional dapat juga membantu para peminat, pengkaji dan pelajar memahami dan mendekati genre pantun peribahasa.
Selain itu, buku ini ini diharap dapat dimanfaatkan oleh khalayak semasa dan akan datang.
Related Results
Horizon Pancaindera (Pantun Rencaman Tema)
Horizon Pancaindera (Pantun Rencaman Tema)
Buku Horizon Pancaindera (Pantun Rencaman Tema) ini merupakan pantun-pantun yang saya hasilkan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan persepsi saya sebagai insan seni terhadap pel...
Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu
Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu
Usaha memperbanyak buku ilmiah dalam bidang kritikan sastera khasnya kesusasteraan Melayu giat diteruskan. Justeru, buku Pancaran Makna dalam Kesusasteraan Melayu mengungkapkan dan...
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara t...
Pendekatan psikoanalitik dan adlerian dalam kaunseling kelompok
Pendekatan psikoanalitik dan adlerian dalam kaunseling kelompok
Dalam pendekatan kaunseling kelompok, teori dan teknik merupakan asas yang penting dalam memantapkan dan memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam keadaan yan...
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan fal...
Hala tuju dan cabaran pembangunan sektoral dan sumber manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Hala tuju dan cabaran pembangunan sektoral dan sumber manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Buku Hala Tuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan siri kedua daripada koleksi artikel yang membincangkan cabaran dala...
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema ya...
Psikologi pengurusan sekolah
Psikologi pengurusan sekolah
Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan.Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini.Kefah...

