Javascript must be enabled to continue!
USAHAWAN WANITA MUSLIM BERJAYA: AMALAN GAYA HIDUP ISLAM
View through CrossRef
Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar. Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya. Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka. Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka. Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan. Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa. Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim. Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya. Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: USAHAWAN WANITA MUSLIM BERJAYA: AMALAN GAYA HIDUP ISLAM
Description:
Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar.
Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya.
Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya.
Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka.
Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka.
Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan.
Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa.
Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim.
Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya.
Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia.
Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.
Related Results
Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Penglibatan wanita dalam bidang perniagaan semakin bertambah dan berkembang. Hal ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Malah, kejayaan wanita telah membuka mata banyak p...
melkias gaya hidup para rasul sebagai refleksi gaya hidup egois hamba Tuhan zaman milenial
melkias gaya hidup para rasul sebagai refleksi gaya hidup egois hamba Tuhan zaman milenial
Seiring berjalannya waktu hingga memasuki zaman milenial ini, kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan melahirkan sejumlah model gaya hidup (Life Style) baik yang bersifat postif ma...
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan denga...
SAYYIDATINA SITI KHADIJAH R.A INSPIRASI WANITA KELANTAN: MENYINGKAP CIRI-CIRI KEPERIBADIAN USAHAWAN WANITA KELANTAN YANG BERJAYA
SAYYIDATINA SITI KHADIJAH R.A INSPIRASI WANITA KELANTAN: MENYINGKAP CIRI-CIRI KEPERIBADIAN USAHAWAN WANITA KELANTAN YANG BERJAYA
Usahawan wanita Kelantan sinonim dengan alam perniagaan dan seringkali mempamerkan kejayaan yang memberangsangkan hasil daripada perlaksanaan aktiviti keusahawanan. Aktiviti pernia...
melkiasmodelgayahidup
melkiasmodelgayahidup
Seiring berjalannya waktu hingga memasuki zaman milenial ini, kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan melahirkan sejumlah model gaya hidup (Life Style) baik yang bersifat postif ma...
Hadis Daif: Analisis Terhadap Amalan-Amalan Kerohanian Terpilih Masyarakat Melayu
Hadis Daif: Analisis Terhadap Amalan-Amalan Kerohanian Terpilih Masyarakat Melayu
Islam has reached the shore of Malaya circa hundreds of years ago and has been readily and warmly embraced by the Malay community of its teaching; by which the the Quran and Hadith...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
Penelitian ini membahas tentang analisis gaya bahasa dalam cerita rakyat Aceh Besar. Rumusan masalah penelitian ini adalah apa saja jenis-jenis gaya bahasa yang terdapat dalam ceri...

