Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pendekatan Pengajaran Guru STEM Dalam Subjek Matematik: Sorotan Literatur Sistematik

View through CrossRef
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis, sistematik dan logik, pengajaran menerusi pendekatan pengajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) didapati sangat sesuai. Isu pencapaian murid yang rendah dalam pentaksiran antarabangsa PISA (Pro-gramme for International Student Assessment) dan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) menjadi faktor tercetusnya idea pendekatan pengajaran STEM ini. Selain itu, faktor kurangnya minat dalam proses pengajaran dan pengajaran (PdP) menerusi kaedah konvensional juga turut menjadi faktor tahap pencapaian murid yang rendah dalam subjek Matematik dan Sains. Penulisan ini adalah bertujuan untuk menganalisis dan meneroka pendekatan guru dalam mengajar subjek STEM yang kerap digunakan berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Selain itu, penulisan ini turut bertujuan untuk membangunkan kerangka konseptual beradasarkan analisis -analisis yang dijalankan. Dalam kajian ini, pencarian literatur untuk kajian berkaitan dilakukan melalui pangkalan data atas talian, Pusat Informasi Sumber subjek (Education Resources Information Center - ERIC) dari tahun 2018 hingga 2022 menggunakan kata kunci seperti STEM, subjek Matematik dan pengukuran. Jurnal atau artikel yang memenuhi kriteria yang diperlukan dipilih untuk kajian dengan penemuan dari penyedia perkhidmatan berasaskan web, termasuk Sage Journals, Springer, Google Scholar, Science Direct, Academia dan Research Gate. Teknik analisis dokumen digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Prosedur sorotan literatur bersistematik adalah merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi artikel yang diperolehi. Antara kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan artikel adalah seperti tahun penerbitan dan bidang kajian. Sorotan literatur sistematik ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran STEM dapat dinilai dengan menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif bergantung kepada skop dan dimensi penyelidikan. Sorotan literatur sistematik ini menunjukkan bahawa kajian berkaitan pendekatan pengajaran STEM dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif bergantung kepada skop dan dimensi penyelidikan.
Asian Scholars Network
Title: Pendekatan Pengajaran Guru STEM Dalam Subjek Matematik: Sorotan Literatur Sistematik
Description:
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis, sistematik dan logik, pengajaran menerusi pendekatan pengajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) didapati sangat sesuai.
Isu pencapaian murid yang rendah dalam pentaksiran antarabangsa PISA (Pro-gramme for International Student Assessment) dan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) menjadi faktor tercetusnya idea pendekatan pengajaran STEM ini.
Selain itu, faktor kurangnya minat dalam proses pengajaran dan pengajaran (PdP) menerusi kaedah konvensional juga turut menjadi faktor tahap pencapaian murid yang rendah dalam subjek Matematik dan Sains.
Penulisan ini adalah bertujuan untuk menganalisis dan meneroka pendekatan guru dalam mengajar subjek STEM yang kerap digunakan berdasarkan kajian-kajian terdahulu.
Selain itu, penulisan ini turut bertujuan untuk membangunkan kerangka konseptual beradasarkan analisis -analisis yang dijalankan.
Dalam kajian ini, pencarian literatur untuk kajian berkaitan dilakukan melalui pangkalan data atas talian, Pusat Informasi Sumber subjek (Education Resources Information Center - ERIC) dari tahun 2018 hingga 2022 menggunakan kata kunci seperti STEM, subjek Matematik dan pengukuran.
Jurnal atau artikel yang memenuhi kriteria yang diperlukan dipilih untuk kajian dengan penemuan dari penyedia perkhidmatan berasaskan web, termasuk Sage Journals, Springer, Google Scholar, Science Direct, Academia dan Research Gate.
Teknik analisis dokumen digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian.
Prosedur sorotan literatur bersistematik adalah merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi artikel yang diperolehi.
Antara kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan artikel adalah seperti tahun penerbitan dan bidang kajian.
Sorotan literatur sistematik ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran STEM dapat dinilai dengan menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif bergantung kepada skop dan dimensi penyelidikan.
Sorotan literatur sistematik ini menunjukkan bahawa kajian berkaitan pendekatan pengajaran STEM dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif bergantung kepada skop dan dimensi penyelidikan.

Related Results

Stem cells
Stem cells
What is a stem cell? The term is a combination of ‘cell’ and ‘stem’. A cell is a major category of living thing, while a stem is a site of growth and support for something else. In...
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik
Kajian ini secara umumnya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK dalam kalangan guru matematik. TPACK adalah singkata...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
GÖÇMEN ÖĞRENCİLERİN MATEMATİK EĞİTİMİNDE ETNOMATEMATİK YAKLAŞIMININ KULLANILMASI
GÖÇMEN ÖĞRENCİLERİN MATEMATİK EĞİTİMİNDE ETNOMATEMATİK YAKLAŞIMININ KULLANILMASI
Matematiğin birinden farklı ayrıştırılmış parçalar ve kısımlardan ziyade bir bütün olarak algılanması ve gerçek yaşamla matematiğin entegrasyonunun sağlanması matematiksel düşünme ...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan aliran mata pelajaran dan hubungan gaya pengajaran guru  dengan...
Editorial - Humanising STEM Education
Editorial - Humanising STEM Education
No matter what scale, institution to national to international, STEM education has increasingly focused on humanising the learning experience, making STEM disciplines more relatabl...

Back to Top