Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Interaksi Mualaf India dengan Keluarga Bukan Islam Ketika Sambutan Perayaan Agama Hindu

View through CrossRef
Setiap agama dan bangsa di dunia memiliki perayaan yang tersendiri disambut pada hari dan tarikh tertentu. Perayaan masing-masing disambut penuh kemeriahan yang mengandungi pelbagai amalan adat dan ibadat untuk dilakukan oleh penganutnya. Bagi masyarakat Islam dilarang oleh syarak untuk menyerupai upacara sambutan perayaan agama lain kerana boleh membawa kepada kerosakan aqidah umat Islam. Mualaf yang sudah memeluk Islam sudah tentu berhadapan situasi yang berbeza kerana mereka mempunyai ahli keluarga bukan Islam, perbezaan agama membawa mualaf kepada perubahan amalan yang perlu dipatuhi mengikut tuntutan syarak. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menganalisis interaksi mualaf India dengan ahli keluarga bukan Islam ketika menjelang sambutan perayaan. Kajian ini berbentuk kualitatif kajian kepustakaan dan temu bual separa struktur yang dipilih secara bertujuan, terhadap 20 orang mualaf India agama asal Hindu yang mengikuti kelas pengajian di Kompleks Darul Hidayah (KDH) Kuala Lumpur. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati tiga jenis interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam menjelang sambutan perayaan Hindu ialah, pertama sebahagiannya masih lagi menyambutnya bersama ahli keluarga bukan Islam tanpa terlibat aktiviti keagamaan, keduanya terdapat juga yang hanya hadir menziarahi sahaja tanpa menyertai perayaan tersebut dan ketiganya terdapat juga mualaf India yang sudah tidak menyertai sambutan perayaan tersebut dengan cara tidak berhubungan dan tidak menziarahi ahli keluarga bukan Islam mereka. Implikasi kajian meunjukkan mualaf India di KDH memahami perkara yang dilarang oleh Islam semasa berinteraksi dengan keluarga bukan Islam, dalam sambutan hari perayaan.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Interaksi Mualaf India dengan Keluarga Bukan Islam Ketika Sambutan Perayaan Agama Hindu
Description:
Setiap agama dan bangsa di dunia memiliki perayaan yang tersendiri disambut pada hari dan tarikh tertentu.
Perayaan masing-masing disambut penuh kemeriahan yang mengandungi pelbagai amalan adat dan ibadat untuk dilakukan oleh penganutnya.
Bagi masyarakat Islam dilarang oleh syarak untuk menyerupai upacara sambutan perayaan agama lain kerana boleh membawa kepada kerosakan aqidah umat Islam.
Mualaf yang sudah memeluk Islam sudah tentu berhadapan situasi yang berbeza kerana mereka mempunyai ahli keluarga bukan Islam, perbezaan agama membawa mualaf kepada perubahan amalan yang perlu dipatuhi mengikut tuntutan syarak.
Justeru objektif kajian ini adalah untuk menganalisis interaksi mualaf India dengan ahli keluarga bukan Islam ketika menjelang sambutan perayaan.
Kajian ini berbentuk kualitatif kajian kepustakaan dan temu bual separa struktur yang dipilih secara bertujuan, terhadap 20 orang mualaf India agama asal Hindu yang mengikuti kelas pengajian di Kompleks Darul Hidayah (KDH) Kuala Lumpur.
Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik.
Hasil kajian mendapati tiga jenis interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam menjelang sambutan perayaan Hindu ialah, pertama sebahagiannya masih lagi menyambutnya bersama ahli keluarga bukan Islam tanpa terlibat aktiviti keagamaan, keduanya terdapat juga yang hanya hadir menziarahi sahaja tanpa menyertai perayaan tersebut dan ketiganya terdapat juga mualaf India yang sudah tidak menyertai sambutan perayaan tersebut dengan cara tidak berhubungan dan tidak menziarahi ahli keluarga bukan Islam mereka.
Implikasi kajian meunjukkan mualaf India di KDH memahami perkara yang dilarang oleh Islam semasa berinteraksi dengan keluarga bukan Islam, dalam sambutan hari perayaan.

Related Results

Potret Adaptasi Lima Mualaf Di Denpasar Barat
Potret Adaptasi Lima Mualaf Di Denpasar Barat
Islam menjadi agama terbesar dengan penganut terbanyak di Indonesia, tidak terkecuali di Bali. Meski Bali terkenal dengan julukan “Tanah Seribu Pura”, namun bukan berarti Bali ster...
Peran Guru Rupaka Dalam Menanamkan Ajaran Agama Hindu
Peran Guru Rupaka Dalam Menanamkan Ajaran Agama Hindu
Peranan Guru Rupaka sangat diperlukan dalam proses pembelajaran agama. Selain sebagai pendorong bagi anak dan pemuda dalam pembelajaran agama Hindu, Guru Rupaka merupakan suri tula...
PERBANDINGAN AOMORI NEBUTA MATSURI DENGAN PERAYAAN OGOH-OGOH DI BALI
PERBANDINGAN AOMORI NEBUTA MATSURI DENGAN PERAYAAN OGOH-OGOH DI BALI
Abstrak: Setiap Negara memiliki bermacam-macam kebudayaan, diantaranya Jepang dan Indonesia.  Di Jepang memiliki perayaan yang bernama Aomori Nebuta Matsuri, dan perayaan tersebut ...
SOSIALISASI AGAMA DI LINGKUNGAN KELUARGA MUSLIM
SOSIALISASI AGAMA DI LINGKUNGAN KELUARGA MUSLIM
Dalam proses pembangunan manusia Indonesia, agama memiliki kedudukan penting dan utama dalam upaya membentuk kualitas manusia dan masyarakat yang maju dan mandiri. Melalui pembangu...
ANALISIS KEBUTUHAN GURU AGAMA HINDU DI KOTA MATARAM DAN SIGNIFIKANSINYA DENGAN LULUSAN INSTITUT AGAMA HINDU NEGERI GDE PUDJA MATARAM
ANALISIS KEBUTUHAN GURU AGAMA HINDU DI KOTA MATARAM DAN SIGNIFIKANSINYA DENGAN LULUSAN INSTITUT AGAMA HINDU NEGERI GDE PUDJA MATARAM
The shortage of Hindu Religion Teachers is one of the main problems for the world of education. We hope that with the large number of Hindu religious colleges and graduates of the ...
Peran Pendidikan Agama Hindu Dalam Membentuk Kepribadian Siswa
Peran Pendidikan Agama Hindu Dalam Membentuk Kepribadian Siswa
Anak dalam pandangan agama Hindu merupakan penyelamat bagi orang tua dan para leluhur. Setiap orang tua tentu mengharapkan lahirnya seorang anak yang suputra, seorang anak yang ber...
PENGARUH TERAPI KELUARGA TERHADAP DUKUNGAN KELUARGA DALAM MERAWAT KLIEN DENGAN MASALAH PERILAKU KEKERASAN DI KOTA SURABAYA
PENGARUH TERAPI KELUARGA TERHADAP DUKUNGAN KELUARGA DALAM MERAWAT KLIEN DENGAN MASALAH PERILAKU KEKERASAN DI KOTA SURABAYA
Penelitian ini merupakan penelitian dengan desain quasy eksperimen dengan rancangan pre-post test with control group desaign yang bertujuan untuk mengetahui pengaruh terapi keluarg...

Back to Top