Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): PENGLIBATAN INSTITUSI PERBANKAN BERASASKAN ISLAM TERPILIH DI MALAYSIA DALAM INDUSTRI WAKAF

View through CrossRef
Wakaf merupakan satu institusi yang wujud sejak zaman awal Islam lagi. Ia berfungsi ke arah mewujudkan sosio-ekonomi yang seimbang dalam masyarakat. Di Malaysia terdapat banyak institusi, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang cuba melibatkan diri dalam industri wakaf. Antaranya ialah institusi perbankan. Jika sebelum ini kita mengenali institusi perbankan hanya bermatlamatkan pelaburan dan keuntungan. Namun sekarang bank melangkah maju ke hadapan dengan memperkenalkan produk dan kegiatan berunsur kebajikan sosial. Maka kajian ini akan menfokuskan kepada pencapaian pembangunan wakaf dalam bank-bank terpilih di Malaysia. Bagi memenuhi matlamat ini, penulis telah melakukan kajian dengan mengumpulkan data-data primer dan sekunder yang diambil daripada pihak bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Malayan Banking Berhad (MAYBANK) dan beberapa institusi-institusi yang lain, serta membuat analisis terhadap data-data tersebut menggunakan kaedah kualitatif. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa institusi perbankan di Malaysia khususnya telah memainkan peranan yang sebaiknya ke arah membangunkan ekonomi ummah secara efisien dan holistik berdasarkan hukum syarak. Kata Kunci: Perbankan Islam, Malaysia, Wakaf, Dana, Pembangunan Ekonomi
Title: TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): PENGLIBATAN INSTITUSI PERBANKAN BERASASKAN ISLAM TERPILIH DI MALAYSIA DALAM INDUSTRI WAKAF
Description:
Wakaf merupakan satu institusi yang wujud sejak zaman awal Islam lagi.
Ia berfungsi ke arah mewujudkan sosio-ekonomi yang seimbang dalam masyarakat.
Di Malaysia terdapat banyak institusi, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang cuba melibatkan diri dalam industri wakaf.
Antaranya ialah institusi perbankan.
Jika sebelum ini kita mengenali institusi perbankan hanya bermatlamatkan pelaburan dan keuntungan.
Namun sekarang bank melangkah maju ke hadapan dengan memperkenalkan produk dan kegiatan berunsur kebajikan sosial.
Maka kajian ini akan menfokuskan kepada pencapaian pembangunan wakaf dalam bank-bank terpilih di Malaysia.
Bagi memenuhi matlamat ini, penulis telah melakukan kajian dengan mengumpulkan data-data primer dan sekunder yang diambil daripada pihak bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Malayan Banking Berhad (MAYBANK) dan beberapa institusi-institusi yang lain, serta membuat analisis terhadap data-data tersebut menggunakan kaedah kualitatif.
Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa institusi perbankan di Malaysia khususnya telah memainkan peranan yang sebaiknya ke arah membangunkan ekonomi ummah secara efisien dan holistik berdasarkan hukum syarak.
Kata Kunci: Perbankan Islam, Malaysia, Wakaf, Dana, Pembangunan Ekonomi.

Related Results

Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Permasalahan yang diteliti dalam penulisan ini adalah Apa hakikat wakaf terhadap Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 Tentang Wakaf, dan apa yang menjadi urgensi pembaharuan pengelola...
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate governance is a set of structural process that includes the actions of directing and controlling by the authorized board of directors. In Malaysia, corporate governance i...
Bioethics-CSR Divide
Bioethics-CSR Divide
Photo by Sean Pollock on Unsplash ABSTRACT Bioethics and Corporate Social Responsibility (CSR) were born out of similar concerns, such as the reaction to scandal and the restraint ...
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
 Waqf is a part of the field in Islamic jurisprudence related to economic affairs of Muslims. It is derived from hadith of Ibn Umar that Prophet Muhammad (pbuh) ordered to invest t...
PEMBARUAN REGULASI SEKTOR JASA KEUANGAN DALAM PEMBENTUKAN BANK WAKAF DI INDONESIA
PEMBARUAN REGULASI SEKTOR JASA KEUANGAN DALAM PEMBENTUKAN BANK WAKAF DI INDONESIA
ABSTRAKBank wakaf dapat didefinisikan sebagai Lembaga Keuangan Syariah yang menjalankan aktivitas wakaf uang termasuk dalam proses penghimpunan, pendayagunaan, dan pendistribusiann...
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Kajian ini membahas mengenai tinjauan normatif dan yuridis terhadap pelaksanaan wakaf uang secara online pada lembaga Wakaf Salman ITB. Dewasa ini semakin banyak lembaga yang menye...
Tinjauan Hukum Islam dan UU Wakaf terhadap Tanah Wakaf yang Belum Bersertifikat di Mesjid Baitul Musthofa Kota Bandung
Tinjauan Hukum Islam dan UU Wakaf terhadap Tanah Wakaf yang Belum Bersertifikat di Mesjid Baitul Musthofa Kota Bandung
Abstract. Implementation of waqf from the perspective of Islamic law and legislation in Indonesia, especially related to the issue of uncertified waqf land at the Baitul Musthofa M...
Peranan Badan Wakaf Indonesia Dalam Menangani Sengketa Wakaf Di Indonesia
Peranan Badan Wakaf Indonesia Dalam Menangani Sengketa Wakaf Di Indonesia
Wakaf merupakan satu sistem Islam yang erat kaitannya dengan kesejahteraan umat dan melembaga sejak lama. Wakaf di masyarakat tidak hanya dalam pelaksanaan wakaf, tetapi juga menge...

Back to Top