Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kesahan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi Bagi Mata Pelajaran RBT Tingkatan 3

View through CrossRef
Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesahan terhadap Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3 daripada aspek bahasa dan kandungan modul. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi telah dibangunkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation). Modul yang dibangunkan ditentusahkan oleh 7 orang panel pakar yang mempunyai latar belakang berkaitan mata pelajaran RBT ataupun Kemahiran Hidup Bersepadu dan 3 orang panel pakar yang mempunyai latar belakang berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil penilaian pakar menunjukkan bahawa, nilai kesahan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi menunjukkan darjah persetujuan yang tinggi iaitu 92% bagi kesahan bahasa modul dan 95% bagi kesahan kandungan modul. Modul yang dibangunkan juga memenuhi aspek yang digariskan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan sedikit penambahbaikan berdasarkan ulasan yang dinyatakan oleh panel pakar. Secara keseluruhannya, penilaian kesahan pakar terhadap modul menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan sesuai untuk digunakan oleh guru dan murid Tingkatan 3 bagi mata pelajaran RBT di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, modul yang dibangunkan diharapkan dapat menjadi sumber pengajaran yang berguna dan berkesan dalam mata pelajaran RBT khususnya bagi topik Aplikasi Teknologi.
Title: Kesahan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi Bagi Mata Pelajaran RBT Tingkatan 3
Description:
Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesahan terhadap Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3 daripada aspek bahasa dan kandungan modul.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi telah dibangunkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation).
Modul yang dibangunkan ditentusahkan oleh 7 orang panel pakar yang mempunyai latar belakang berkaitan mata pelajaran RBT ataupun Kemahiran Hidup Bersepadu dan 3 orang panel pakar yang mempunyai latar belakang berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil penilaian pakar menunjukkan bahawa, nilai kesahan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Topik Aplikasi Teknologi menunjukkan darjah persetujuan yang tinggi iaitu 92% bagi kesahan bahasa modul dan 95% bagi kesahan kandungan modul.
Modul yang dibangunkan juga memenuhi aspek yang digariskan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan sedikit penambahbaikan berdasarkan ulasan yang dinyatakan oleh panel pakar.
Secara keseluruhannya, penilaian kesahan pakar terhadap modul menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan sesuai untuk digunakan oleh guru dan murid Tingkatan 3 bagi mata pelajaran RBT di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, modul yang dibangunkan diharapkan dapat menjadi sumber pengajaran yang berguna dan berkesan dalam mata pelajaran RBT khususnya bagi topik Aplikasi Teknologi.

Related Results

Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui tingkat performa fisik pemain bulu tangkis remaja di klub PB. Sam Mobil, Kabupaten Sumenep. Metode yang digunakan dalam penelitian ini ada...
Perspektif Guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap Elemen Multimedia Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen
Perspektif Guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap Elemen Multimedia Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen
Bahan bantu mengajar boleh didatangkan dalam bentuk modul m-pembelajaran bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcara berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Modul m-pembelaj...
SISTEM INFORMASI SEBAGAI KEILMUAN YANG MULTIDISIPLINER
SISTEM INFORMASI SEBAGAI KEILMUAN YANG MULTIDISIPLINER
Saat ini, dibandingkan dengan negara sekitar, di manakah posisi Indonesia? Tepat sesaat sebelum pandemi, World bank mengkategorikan Indonesia pada posisi upper middle income dan PB...
SIFAT-SIFAT MODUL SOFT
SIFAT-SIFAT MODUL SOFT
Suatu himpunan tak kosong disebut modul atas suatu ring dengan elemen satuan jika himpunan tersebut merupakan grup komutatif yang tertutup terhadap perkalian skalar yang memenuhi b...
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) banyak mempen...
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menja...
Analisis Kesulitan Belajar Siswa Sekolah Dasar Pada Mata Pelajaran Matematika
Analisis Kesulitan Belajar Siswa Sekolah Dasar Pada Mata Pelajaran Matematika
Salah satu mata pelajaran yang banyak mengalami kendala bagi siswa adalah mata pelajaran matematika. Adapun kebanyakan siswa berpikir bahwa pelajaran yang berhubungan dengan perhit...
PENGEMBANGAN E-MODUL BERBASIS WEB DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MOODLE PADA MATA KULIAH PENGELOLAAN PERPUSTAKAAN
PENGEMBANGAN E-MODUL BERBASIS WEB DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MOODLE PADA MATA KULIAH PENGELOLAAN PERPUSTAKAAN
Development e-modul web based of management library course was done as efforts learning resources supplementation for college student as a learning material that suitable with advi...

Back to Top