Javascript must be enabled to continue!
Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah
View through CrossRef
Kebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan. Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat menguasai bahasa lain yang lebih dominan. Kajian ini dilakukan untuk menyelidik penggunaan bahasa dalam kalangan etnik Melanau di Mukah, Sarawak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain keagamaan dan domain pendidikan, serta mengkaji trend penggunaan bahasa dalam generasi tua, dewasa dan muda masyarakat sasaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan menggunakan analisis domain oleh Fishman (1972) untuk menganalisis data. Responden terdiri daripada 120 orang Melanau multilingual yang menetap di Mukah. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melanau Mukah masih pilihan utama masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan. Peningkatan tahap kerasmian dalam domain keagamaan dan domain pendidikan menyebabkan peningkatan penggunaan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu, seterusnya meminggirkan bahasa Melanau Mukah. Walaupun kedudukan bahasa Melanau Mukah masih kukuh dalam masyarakat Melanau Mukah, keadaan ini mungkin berubah dalam beberapa generasi akan datang berikutan penggunaan dialek Melayu Sarawak yang makin meluas dalam kalangan responden. Penggunaan bahasa Melanau Mukah di rumah harus diteruskan untuk mengelakkan bahasa Melanau Mukah menjadi bahasa terancam. Kajian pada masa akan datang perlu mengaitkan penggunaan bahasa Melanau Mukah dengan sikap penutur, selain meneliti tahap kefasihan bahasa Melanau Mukah dalam kalangan golongan muda masyarakat Melanau Mukah.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Title: Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah
Description:
Kebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan.
Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat menguasai bahasa lain yang lebih dominan.
Kajian ini dilakukan untuk menyelidik penggunaan bahasa dalam kalangan etnik Melanau di Mukah, Sarawak.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain keagamaan dan domain pendidikan, serta mengkaji trend penggunaan bahasa dalam generasi tua, dewasa dan muda masyarakat sasaran.
Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan menggunakan analisis domain oleh Fishman (1972) untuk menganalisis data.
Responden terdiri daripada 120 orang Melanau multilingual yang menetap di Mukah.
Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melanau Mukah masih pilihan utama masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan.
Peningkatan tahap kerasmian dalam domain keagamaan dan domain pendidikan menyebabkan peningkatan penggunaan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu, seterusnya meminggirkan bahasa Melanau Mukah.
Walaupun kedudukan bahasa Melanau Mukah masih kukuh dalam masyarakat Melanau Mukah, keadaan ini mungkin berubah dalam beberapa generasi akan datang berikutan penggunaan dialek Melayu Sarawak yang makin meluas dalam kalangan responden.
Penggunaan bahasa Melanau Mukah di rumah harus diteruskan untuk mengelakkan bahasa Melanau Mukah menjadi bahasa terancam.
Kajian pada masa akan datang perlu mengaitkan penggunaan bahasa Melanau Mukah dengan sikap penutur, selain meneliti tahap kefasihan bahasa Melanau Mukah dalam kalangan golongan muda masyarakat Melanau Mukah.
Related Results
Changes in Cultural Practices of the Melanau Community in the Kaul Festival in Mukah, Sarawak
Changes in Cultural Practices of the Melanau Community in the Kaul Festival in Mukah, Sarawak
This paper work is about the Kaul Festival, which is a festival that combines elements of religion, belief and customs of the Melanau community in Mukah, Sarawak. In the past, this...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
Lanskap Linguistik ( LL) merujuk pada objek penggunaan bahasa di ruang publik. Menurut Landry and Bourhis (1997) yang termasuk dalam LL adalah bahasa di ruang-ruang publik seperti ...
Penggunaan Bahasa Sunda Pada Pembelajaran Bahasa Inggris
Penggunaan Bahasa Sunda Pada Pembelajaran Bahasa Inggris
ABSTRAK Bahasa Sunda merupakan bahasa pertama masyarakat Jawa Barat dan tidak sedikit orang yang menggunakan bahasa sunda diberbagai aspek kehidupan, salah satunya dalam pendidikan...
Pengaruh Penggunaan Bahasa Dalam Pergaulan di Kalangan Remaja
Pengaruh Penggunaan Bahasa Dalam Pergaulan di Kalangan Remaja
Bahasa sebagai alat komunikasi bersifat efektif, mutlak dan diperlukan setiap bangsa. Dalam perkembangannya bahasa telah dipengaruhi oleh berbagai hal. Media sosial memiliki perana...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...
KAJIAN LANSKAP LINGUISTIK PAPAN PENANDA TEBET ECOPARK
KAJIAN LANSKAP LINGUISTIK PAPAN PENANDA TEBET ECOPARK
Tebet Ecopark adalah taman yang diresmikan oleh Gubernur DKI Jakarta pada tahun 2022 dan dikelola oleh Suku Dinas Lingkungan Hidup Pemerintah Provinsi DKI Jakarta. Dari kedudukan b...

