Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN QUANTUM TERHADAP PENGUASAAN MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHFIZ

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan Pembelajaran Quantum terhadap penguasaan Matematik pelajar Sekolah Menengah Agama Tahfiz serta meneliti implikasinya terhadap aspek motivasi dan kefahaman konseptual pelajar. Pelaksanaan kajian ini didorong oleh kebimbangan terhadap prestasi Matematik pelajar Malaysia yang masih berada di bawah penanda aras antarabangsa, di samping cabaran khusus pelajar tahfiz yang perlu mengimbangi tuntutan akademik dan hafazan al-Quran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan pasca yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan tidak setara. Seramai 100 orang pelajar Tingkatan Dua dari dua buah Sekolah Menengah Agama Tahfiz di negeri Kedah terlibat sebagai responden. Kumpulan rawatan mengikuti pengajaran berasaskan Pembelajaran Quantum selama lapan minggu, manakala kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Data kuantitatif dianalisis menggunakan Analisis Kovarians (ANCOVA) selepas memenuhi andaian normaliti dan homogeniti, manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan Matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan saiz kesan yang besar. Analisis kualitatif pula mendapati bahawa penggunaan strategi multisensori, kolaboratif dan kontekstual meningkatkan motivasi, keyakinan serta kefahaman konsep Matematik pelajar. Secara keseluruhan, Pembelajaran Quantum didapati berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam konteks sekolah agama tahfiz sebagai pendekatan pedagogi yang holistik dan bermakna.
Title: KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN QUANTUM TERHADAP PENGUASAAN MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHFIZ
Description:
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan Pembelajaran Quantum terhadap penguasaan Matematik pelajar Sekolah Menengah Agama Tahfiz serta meneliti implikasinya terhadap aspek motivasi dan kefahaman konseptual pelajar.
Pelaksanaan kajian ini didorong oleh kebimbangan terhadap prestasi Matematik pelajar Malaysia yang masih berada di bawah penanda aras antarabangsa, di samping cabaran khusus pelajar tahfiz yang perlu mengimbangi tuntutan akademik dan hafazan al-Quran.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan pasca yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan tidak setara.
Seramai 100 orang pelajar Tingkatan Dua dari dua buah Sekolah Menengah Agama Tahfiz di negeri Kedah terlibat sebagai responden.
Kumpulan rawatan mengikuti pengajaran berasaskan Pembelajaran Quantum selama lapan minggu, manakala kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran konvensional.
Data kuantitatif dianalisis menggunakan Analisis Kovarians (ANCOVA) selepas memenuhi andaian normaliti dan homogeniti, manakala data kualitatif dianalisis secara tematik.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan Matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan saiz kesan yang besar.
Analisis kualitatif pula mendapati bahawa penggunaan strategi multisensori, kolaboratif dan kontekstual meningkatkan motivasi, keyakinan serta kefahaman konsep Matematik pelajar.
Secara keseluruhan, Pembelajaran Quantum didapati berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam konteks sekolah agama tahfiz sebagai pendekatan pedagogi yang holistik dan bermakna.

Related Results

PROGRAM TAHFIZ HADIS DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERI BANJARBARU
PROGRAM TAHFIZ HADIS DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERI BANJARBARU
Abstract: The Tahfiz Hadis program is one of the extracurricular programs carried out at the Al Falah Puteri Islamic Boarding School Banjarbaru. This program was formed because of ...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
The Effectiveness of Collaborative Learning In The Teaching of Form Four Mathematical Reasoning
The Effectiveness of Collaborative Learning In The Teaching of Form Four Mathematical Reasoning
Pembelajaran kolaboratif merujuk kepada organisasi bilik darjah di mana pelajar bekerjasama dalam kumpulan yang kecil melakukan aktiviti yang dikongsikan tetapi mempunyai matlamat ...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
ABSTRAK Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini. Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang tela...
PENGELOLAAN MODEL PEMBINAAN TAHFIZ ALQURAN
PENGELOLAAN MODEL PEMBINAAN TAHFIZ ALQURAN
Penelitian ini bertujuan untuk memperoleh data tentang proses pembinaan tahfiz Al-Quran dan evaluasi pembinaan tahfiz Al-Quran yang diterapkan di Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran B...
Advanced frameworks for fraud detection leveraging quantum machine learning and data science in fintech ecosystems
Advanced frameworks for fraud detection leveraging quantum machine learning and data science in fintech ecosystems
The rapid expansion of the fintech sector has brought with it an increasing demand for robust and sophisticated fraud detection systems capable of managing large volumes of financi...
TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
Dalam era digital abad ke-21, integrasi platform pembelajaran digital amat diperlukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar Pendidikan Islam di tengah cabaran adaptasi teknologi yan...

Back to Top