Javascript must be enabled to continue!
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
View through CrossRef
Abstrak Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak lagi memberatkan Bahasa kebangsaan, malahan mempamer kemahiran penggunaan bahasa kebangsaan yang lemah. Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan penggunaan bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian oleh pelajar berbangsa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, daripada aspek komunikasi tidak rasmi bersama keluarga dan masyarakat sekeliling serta komunikasi untuk urusan di lokasi tertentu. Kajian tinjauan berbentuk campuran ini melibatkan seramai 261 orang pelajar prasiswazah Melayu di UKM dari pelbagai fakulti serta disiplin ilmu. Kutipan data dilakukan melalui borang soal selidik dalam talian iaitu Google Form serta temu bual separa berstruktur. Data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif secara peratusan manakala data kualitatif dianalisis melalui kaedah analisis tematik dan kandungan. Skala likert lima mata bagi nilai kekerapan tersebut ditandai sebagai ‘Setiap Masa’, ‘Kerap’, ‘Kadang-Kadang’, ‘Jarang’ dan ‘Tidak Pernah’. Hasil analisis menunjukkan catatan peratusan di bawah 70% bagi skala penggunaan bahasa kebangsaan pada setiap masa untuk situasi bersama kawan-kawan (63.6%), ketika berjumpa orang baharu atau tidak dikenali (54.4%), Ketika urusan membeli-belah di pusat beli-belah (57.9%) dan ketika berbual bersama rakan-rakan sekuliah (65.9%). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa alternatif yang menjadi kecenderungan untuk digunakan sama ada dalam situasi bersama orang sekeliling mahupun berurusan di lokasi tertentu. Hasil kajian ini diharap berupaya untuk menyumbang kepada perancangan program, kursus dan langkah bersesuaian dalam menyemai serta menyemarakkan penggunaan dan rasa cinta kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar di Malaysia. Selain pelajar Melayu, kajian serupa yang difokuskan kepada pelajar bukan Melayu merupakan satu perancangan kajian akan datang untuk melihat skop ini dari perspektif yang berbeza. Kata kunci: Bahasa Kebangsaan; Pelajar Melayu; Komunikasi Harian; Sosiolinguistik; Penggunaan Bahasa Abstract Various social media and excessive exposure to foreign languages and cultures have caused many Malay students in Malaysia to dismiss the National Language, affecting their language skills. Hence, this study aims to analyse the frequency of the usage of the Malay language in daily communication among Malay students at the National University of Malaysia (UKM), from informal communication between family members and the community to public affairs. The study utilised a Google Forms survey of 261 respondents comprising multidiscipline undergraduate students at UKM and partially structured interviews. Quantitative data retrieved was analysed using a percentage-based descriptive statistical analysis, whereas the qualitative ones were examined through thematic and content analysis. The survey used a five-point Likert Scale with values marked ‘Every Time’, ‘Frequent’, ‘Sometimes’, ‘Occasionally’ and ‘Never’. Results showed the frequency of usage of the National Language at below 70 per cent in different circumstances for ‘Everytime’: among friends at 63.6 per cent, meeting new people at 55.4 per cent, shopping in malls at 57.9 per cent and chatting with classmates at 65.9 per cent. It was also found that English was the preferred language alternative when speaking to people around and at specific locations. Overall, the findings are expected to contribute to planning programmes, courses and appropriate measures to inculcate the use of the national language among Malaysian students. Besides Malay students, similar studies may be done on non-Malays to garner fresh perspectives. Keywords: Malay language; national language; Malay; communication; language use
Title: Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Description:
Abstrak Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak lagi memberatkan Bahasa kebangsaan, malahan mempamer kemahiran penggunaan bahasa kebangsaan yang lemah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan penggunaan bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian oleh pelajar berbangsa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, daripada aspek komunikasi tidak rasmi bersama keluarga dan masyarakat sekeliling serta komunikasi untuk urusan di lokasi tertentu.
Kajian tinjauan berbentuk campuran ini melibatkan seramai 261 orang pelajar prasiswazah Melayu di UKM dari pelbagai fakulti serta disiplin ilmu.
Kutipan data dilakukan melalui borang soal selidik dalam talian iaitu Google Form serta temu bual separa berstruktur.
Data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif secara peratusan manakala data kualitatif dianalisis melalui kaedah analisis tematik dan kandungan.
Skala likert lima mata bagi nilai kekerapan tersebut ditandai sebagai ‘Setiap Masa’, ‘Kerap’, ‘Kadang-Kadang’, ‘Jarang’ dan ‘Tidak Pernah’.
Hasil analisis menunjukkan catatan peratusan di bawah 70% bagi skala penggunaan bahasa kebangsaan pada setiap masa untuk situasi bersama kawan-kawan (63.
6%), ketika berjumpa orang baharu atau tidak dikenali (54.
4%), Ketika urusan membeli-belah di pusat beli-belah (57.
9%) dan ketika berbual bersama rakan-rakan sekuliah (65.
9%).
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa alternatif yang menjadi kecenderungan untuk digunakan sama ada dalam situasi bersama orang sekeliling mahupun berurusan di lokasi tertentu.
Hasil kajian ini diharap berupaya untuk menyumbang kepada perancangan program, kursus dan langkah bersesuaian dalam menyemai serta menyemarakkan penggunaan dan rasa cinta kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar di Malaysia.
Selain pelajar Melayu, kajian serupa yang difokuskan kepada pelajar bukan Melayu merupakan satu perancangan kajian akan datang untuk melihat skop ini dari perspektif yang berbeza.
Kata kunci: Bahasa Kebangsaan; Pelajar Melayu; Komunikasi Harian; Sosiolinguistik; Penggunaan Bahasa Abstract Various social media and excessive exposure to foreign languages and cultures have caused many Malay students in Malaysia to dismiss the National Language, affecting their language skills.
Hence, this study aims to analyse the frequency of the usage of the Malay language in daily communication among Malay students at the National University of Malaysia (UKM), from informal communication between family members and the community to public affairs.
The study utilised a Google Forms survey of 261 respondents comprising multidiscipline undergraduate students at UKM and partially structured interviews.
Quantitative data retrieved was analysed using a percentage-based descriptive statistical analysis, whereas the qualitative ones were examined through thematic and content analysis.
The survey used a five-point Likert Scale with values marked ‘Every Time’, ‘Frequent’, ‘Sometimes’, ‘Occasionally’ and ‘Never’.
Results showed the frequency of usage of the National Language at below 70 per cent in different circumstances for ‘Everytime’: among friends at 63.
6 per cent, meeting new people at 55.
4 per cent, shopping in malls at 57.
9 per cent and chatting with classmates at 65.
9 per cent.
It was also found that English was the preferred language alternative when speaking to people around and at specific locations.
Overall, the findings are expected to contribute to planning programmes, courses and appropriate measures to inculcate the use of the national language among Malaysian students.
Besides Malay students, similar studies may be done on non-Malays to garner fresh perspectives.
Keywords: Malay language; national language; Malay; communication; language use.
Related Results
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
Abstract This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient ele...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...


