Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari

View through CrossRef
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis diaplikasi dalam merekacorak untuk menghasilkan seramik kontemporari berasaskan Mendakan Tapak Pelupusan Habu. Kaedah kualitatif dengan ujikaji berdasarkan studio praktis untuk menguji kadar keplastikan dan kebolehkerjaan mendakan Tapak Pelupusan Habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari yang diperolehi dari Tapak Pelupusan Habu di Cameron Highlands. Sampel dikodkan dan dibahagikan kepada 2 kategori pengkelasan, iaitu H1 tidak diproses dan H2 diproses. Bagi pemprosesan sampel dan pengkodan sampel Tapak Pelupusan Habu 1 (H1) dan MTLS Tapak Pelupusan Habu 2 (H2). Selain itu, teknik press moulddiaplikasikan dalam penghasilan seramik kontemporari untuk mendapatkan nilai estetika yang menarik. Hasil dapatan kajian menunjukkan sampel mendakan di Tapak Pelupusan Habu mempunyai sifat keliatan tanah yang kurang memuaskan dengan kadar keplastikan yang kurang memuaskan, namun kebolehkerjaan yang tinggi berdasarkan rekacorak yang dikenakan. Selain itu, sampel H1 & H2 boleh dijadikan refleksi kreatif seni seramik kontemporari serta dapat mengadaptasikan teknik asas seramik berserta ciri-ciri estetika yang unik dari segi rekacorak, fungsi dan warna seramik kontemporari. Kesimpulannya, kaedah dan prosedur baru mendakan Tapak Pelupusan Habu ini boleh dikomersilkan dengan mengembangkan dan memperluaskan lagi aplikasi kreatif seni seramik kontemporari ini. Akhir sekali, ianya dapat menyelesaikan masalah longgokan mendakan lumpur sungai di Tapak Pelupusan Habu dengan menyumbang kepada kaedah penggunaan semula bahan baru secara maksimum dalam industri seramik di Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Description:
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari.
Kaedah ekspirementasi secara studio praktis diaplikasi dalam merekacorak untuk menghasilkan seramik kontemporari berasaskan Mendakan Tapak Pelupusan Habu.
Kaedah kualitatif dengan ujikaji berdasarkan studio praktis untuk menguji kadar keplastikan dan kebolehkerjaan mendakan Tapak Pelupusan Habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari yang diperolehi dari Tapak Pelupusan Habu di Cameron Highlands.
Sampel dikodkan dan dibahagikan kepada 2 kategori pengkelasan, iaitu H1 tidak diproses dan H2 diproses.
Bagi pemprosesan sampel dan pengkodan sampel Tapak Pelupusan Habu 1 (H1) dan MTLS Tapak Pelupusan Habu 2 (H2).
Selain itu, teknik press moulddiaplikasikan dalam penghasilan seramik kontemporari untuk mendapatkan nilai estetika yang menarik.
Hasil dapatan kajian menunjukkan sampel mendakan di Tapak Pelupusan Habu mempunyai sifat keliatan tanah yang kurang memuaskan dengan kadar keplastikan yang kurang memuaskan, namun kebolehkerjaan yang tinggi berdasarkan rekacorak yang dikenakan.
Selain itu, sampel H1 & H2 boleh dijadikan refleksi kreatif seni seramik kontemporari serta dapat mengadaptasikan teknik asas seramik berserta ciri-ciri estetika yang unik dari segi rekacorak, fungsi dan warna seramik kontemporari.
Kesimpulannya, kaedah dan prosedur baru mendakan Tapak Pelupusan Habu ini boleh dikomersilkan dengan mengembangkan dan memperluaskan lagi aplikasi kreatif seni seramik kontemporari ini.
Akhir sekali, ianya dapat menyelesaikan masalah longgokan mendakan lumpur sungai di Tapak Pelupusan Habu dengan menyumbang kepada kaedah penggunaan semula bahan baru secara maksimum dalam industri seramik di Malaysia.

Related Results

Nilai Estetika dalam Penghasilan Rekaan Seramik Kontemporari Berinspirasikan Motif Etnik Borneo
Nilai Estetika dalam Penghasilan Rekaan Seramik Kontemporari Berinspirasikan Motif Etnik Borneo
Karya seni seramik adalah manifestasi perasaan dan fikiran yang terhasil melalui beberapa teknik dan bentuk penghasilannya. Nilai estetika dalam seni seramik atau tembikar dikaitka...
ÇAĞDAŞ SERAMİK SANATINDA FARKLI MALZEME KULLANIMI
ÇAĞDAŞ SERAMİK SANATINDA FARKLI MALZEME KULLANIMI
Tarih öncesi çağlardan beri süregelen seramik üretiminde ortalama 20. yüzyıldan itibaren çağdaş yönelimler başlamış, önceleri yeme-içme-saklama kapları ve birtakım dinsel seramikle...
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan keberkesanan model praktis studio seramik (MPSS) terhadap pelajar seni MSK 3042 di Universiti Pendidikan Sultan Idris berasaskan konsep rupa...
Nur Puspita Sari
Nur Puspita Sari
Limbah masker yang sulit didaur ulang secara alami menjadikan masalah bagi lingkungan. Masker memiliki sifat terluar menolak air, bagian tengah bersifat menahan virus, dan paling d...
Kajian Teoritis Pengelolaan Bank Tanah Dalam Rangka Perwujudan Reforma Agraria
Kajian Teoritis Pengelolaan Bank Tanah Dalam Rangka Perwujudan Reforma Agraria
Latar belakang pembentukan Bank Tanah adalah untuk memberikan jaminan penyediaan tanah untuk kepentingan ekonomi berkeadilan, yang salah satunya adalah Reforma Agraria. Tujuan dari...
Pengelolaan Aset Bank Tanah untuk Mewujudkan Ekonomi Berkeadilan
Pengelolaan Aset Bank Tanah untuk Mewujudkan Ekonomi Berkeadilan
ABSTRACT The goal of establishing a land bank in Indonesia has been initiated with the issuance of Government Regulation Number 64 of 2021 concerning Land Bank Agency. Based on thi...
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian...
POTENSI INDIKATIF CADANGAN AIR TANAH DI KABUPATEN BANGLI
POTENSI INDIKATIF CADANGAN AIR TANAH DI KABUPATEN BANGLI
Wilayah pada Kabupaten Bangli merupakan kawasan kabupaten yang tanpa memiliki kawasan pantai serta sebagian besar wilayahnya berada pada daratan tinggi dan hanya sebagian kecil wil...

Back to Top