Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Seni Ragam Hias Ukiran Warisan Peradaban Merong Mahawangsa

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan mengutarakan beberapa objek seni yang dipercayai wujud sejak zaman kerajaan Langkasuka. Kajian ini turut mengetengahkan hasil kesenian ukiran Melayu tradisi dan kontemporari yang dipengaruhi daripada kesenian zaman Merong Mahawangsa. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah penelitian artifak dan hasil seni, penilaian teks serta sesi temubual diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Hasil kajian akan membuktikan bahawa ragam hias ukiran tradisional Melayu bercirikan flora dan fauna dipengaruhi dari motif-motif yang berhubungkait dengan Merong Mahawangsa, seperti motif Naga, bunga Lotus dan Rajawali. Penelitian juga memperlihatkan kesinambungan pengaruh seni reka motif yang dipercayai wujud pada zaman Merong Mahawangsa kepada kesenian ragam hias motif ukiran tradisional Melayu dan kontemporari. Secara tidak langsung mengetengahkan pengetahuan tentang motif-motif tersebut berhubungkait dengan faktor sosiobudaya ketika zaman pemerintahan kerajaan tersebut. Bukti kesenian tersebut banyak diperlihatkan pada ukiran kayu tradisional Melayu, terutama sekali pada senibina rumah tradisi, Masjid dan Istana. Implikasi kajian ini bakal memberi suatu pengetahuan baharu kepada khususnya penggiat seni dan sejarah dan masyarakat umum tentang susurgalur ikon senireka motif ragam hias tradisional Melayu adalah warisan dari peradaban Merong Mahawangsa.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Seni Ragam Hias Ukiran Warisan Peradaban Merong Mahawangsa
Description:
Kajian ini bertujuan mengutarakan beberapa objek seni yang dipercayai wujud sejak zaman kerajaan Langkasuka.
Kajian ini turut mengetengahkan hasil kesenian ukiran Melayu tradisi dan kontemporari yang dipengaruhi daripada kesenian zaman Merong Mahawangsa.
Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah penelitian artifak dan hasil seni, penilaian teks serta sesi temubual diaplikasikan dalam penyelidikan ini.
Hasil kajian akan membuktikan bahawa ragam hias ukiran tradisional Melayu bercirikan flora dan fauna dipengaruhi dari motif-motif yang berhubungkait dengan Merong Mahawangsa, seperti motif Naga, bunga Lotus dan Rajawali.
Penelitian juga memperlihatkan kesinambungan pengaruh seni reka motif yang dipercayai wujud pada zaman Merong Mahawangsa kepada kesenian ragam hias motif ukiran tradisional Melayu dan kontemporari.
Secara tidak langsung mengetengahkan pengetahuan tentang motif-motif tersebut berhubungkait dengan faktor sosiobudaya ketika zaman pemerintahan kerajaan tersebut.
Bukti kesenian tersebut banyak diperlihatkan pada ukiran kayu tradisional Melayu, terutama sekali pada senibina rumah tradisi, Masjid dan Istana.
Implikasi kajian ini bakal memberi suatu pengetahuan baharu kepada khususnya penggiat seni dan sejarah dan masyarakat umum tentang susurgalur ikon senireka motif ragam hias tradisional Melayu adalah warisan dari peradaban Merong Mahawangsa.

Related Results

MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
The study commented about Hikayat Merong Mahawangsa: The Salasilah Negeri Kedah Darulaman.  Hikayat Merong Mahawangsa consists of five chapters that showed the lineage of Merong Ma...
MAKNA SIMBOLIS PADA RAGAM HIAS MASJID MANTINGAN DI JEPARA
MAKNA SIMBOLIS PADA RAGAM HIAS MASJID MANTINGAN DI JEPARA
Sejarah abad pertengahan, pada abad ke 16 masehi masih menyisakan berbagai peninggalan berupa artefak maupun dalam bentuk bangunan yang memiliki nilai historikal yang luar biasa. P...
Analisa Media Komunikasi Pemasaran Pada Usaha Tanaman Hias Di Kawasan Florikulturakota Padang
Analisa Media Komunikasi Pemasaran Pada Usaha Tanaman Hias Di Kawasan Florikulturakota Padang
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan pemanfaatan media komunikasi pemasaran pada usaha tanaman hias dan menganalisis pemanfaatan media komunikasi pemasaran oleh konsumen ...
Identifikasi Motif Jepara pada Ukiran dengan Memanfaatkan Convolutional Neural Network
Identifikasi Motif Jepara pada Ukiran dengan Memanfaatkan Convolutional Neural Network
Semakin berkembang motif ukiran, semakin beragam bentuk dan variasinya. Hal ini menyulitkan dalam menentukan suatu ukiran bermotif Jepara. Pada makalah ini, metode transfer learnin...
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian...
RAGAM BAHASA MAHASISWA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA DARING DI ITB STIKOM BALI
RAGAM BAHASA MAHASISWA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA DARING DI ITB STIKOM BALI
Penelitian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui ragam bahasa  mahasiswa ITB STIKOM Bali ketika mengikuti pembelajaran bahasa Indonesia secara daring.  Pembelajaran daring merup...
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalk...
SENI UKIR KHAS PALEMBANG PROVINSI SUMATERA SELATAN
SENI UKIR KHAS PALEMBANG PROVINSI SUMATERA SELATAN
Penelitian ini berisi tentang Seni Ukir khas Palembang Provinsi Sumatera Selatan. Penulisan ini bertujuan untuk mengembangkan dan memberikan wawasan serta informasi tentang ukiran ...

Back to Top