Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR THE INDIVIDUALITY OF MALAY WOMEN IN HIKAYAT SYAMSUL ANUAR

View through CrossRef
Imej perempuan Melayu dalam sastera Melayu lama banyak dikaji dan pelbagai tafsiran ditemukan. Terdapat kajian yang membela kedudukan mereka dan ada yang sebaliknya. Kajian-kajian lain pula mendapati perempuan dijadikan sebagai hadiah dan pemuas nafsu dalam kerajaan Melayu lama. Kesan imej seperti ini dibesar-besarkan sehingga menyingkir kebolehan perempuan yang lain. Tanggapan seperti ini banyak dikritik feminis dunia ketiga kerana bercitrakan orientalis. Wacana sebelumnya mengatakan perempuan Melayu itu antaranya tidak mampu membela nasibnya, lemah dan tidak berkuasa tetapi beberapa himpunan hikayat yang dikaji di sini mampu menunjukkan kemampuan perempuan yang menentukan hidup mereka sendiri. Justeru, kajian ini ingin melihat perubahan yang berlaku pada imej perempuan pada pinggir abad ke-19 melalui Hikayat Syamsul Anuar yang ditulis oleh pengarang wanita yang membezakannya dengan hikayat Melayu lama terdahulu, iaitu imej individualitinya. Imej ini tentulah menarik untuk dibahaskan terutamanya dalam banyak wacana yang membicarakan wanita dan kolektivisme. Hanya beberapa hikayat sahaja dipilih sebagai bandingan kerana keterbatasan individu dari segi masa dan tenaga. Peranan perempuan sering diketepikan bukan sahaja dalam konteks sejarah, tetapi juga dalam teks. Dapatan menunjukkan perempuan Melayu telah lama mempunyai identiti dan individualiti dengan wacana dan wahananya sendiri dalam menentukan nasib diri dan juga bangsa. Walaupun salah satu ciri sastera Melayu lama tidak terkecuali daripada mitos, namun hal ini tidak akan mengurangi nilai-nilai sejarah yang terkandung di dalamnya. Kajian ini diharap dapat menjadi perintis kajian lanjutan dengan menggunakan kekayaan manuskrip lama yang lain.
Title: IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR THE INDIVIDUALITY OF MALAY WOMEN IN HIKAYAT SYAMSUL ANUAR
Description:
Imej perempuan Melayu dalam sastera Melayu lama banyak dikaji dan pelbagai tafsiran ditemukan.
Terdapat kajian yang membela kedudukan mereka dan ada yang sebaliknya.
Kajian-kajian lain pula mendapati perempuan dijadikan sebagai hadiah dan pemuas nafsu dalam kerajaan Melayu lama.
Kesan imej seperti ini dibesar-besarkan sehingga menyingkir kebolehan perempuan yang lain.
Tanggapan seperti ini banyak dikritik feminis dunia ketiga kerana bercitrakan orientalis.
Wacana sebelumnya mengatakan perempuan Melayu itu antaranya tidak mampu membela nasibnya, lemah dan tidak berkuasa tetapi beberapa himpunan hikayat yang dikaji di sini mampu menunjukkan kemampuan perempuan yang menentukan hidup mereka sendiri.
Justeru, kajian ini ingin melihat perubahan yang berlaku pada imej perempuan pada pinggir abad ke-19 melalui Hikayat Syamsul Anuar yang ditulis oleh pengarang wanita yang membezakannya dengan hikayat Melayu lama terdahulu, iaitu imej individualitinya.
Imej ini tentulah menarik untuk dibahaskan terutamanya dalam banyak wacana yang membicarakan wanita dan kolektivisme.
Hanya beberapa hikayat sahaja dipilih sebagai bandingan kerana keterbatasan individu dari segi masa dan tenaga.
Peranan perempuan sering diketepikan bukan sahaja dalam konteks sejarah, tetapi juga dalam teks.
Dapatan menunjukkan perempuan Melayu telah lama mempunyai identiti dan individualiti dengan wacana dan wahananya sendiri dalam menentukan nasib diri dan juga bangsa.
Walaupun salah satu ciri sastera Melayu lama tidak terkecuali daripada mitos, namun hal ini tidak akan mengurangi nilai-nilai sejarah yang terkandung di dalamnya.
Kajian ini diharap dapat menjadi perintis kajian lanjutan dengan menggunakan kekayaan manuskrip lama yang lain.

Related Results

MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
The study commented about Hikayat Merong Mahawangsa: The Salasilah Negeri Kedah Darulaman.  Hikayat Merong Mahawangsa consists of five chapters that showed the lineage of Merong Ma...
Cosmopolitan Musical Expressions Of Malay Indigeneity In Singapore
Cosmopolitan Musical Expressions Of Malay Indigeneity In Singapore
<p><strong>Over the past ten years, the activities of Malay composers with backgrounds in traditional music has been steadily increasing within the Malay traditional mu...
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
Abstract This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient ele...
Malay Warrior Board Game A Method of Appreciation of The Narrative of Hikayat Hang Tuah
Malay Warrior Board Game A Method of Appreciation of The Narrative of Hikayat Hang Tuah
ABSTRACT Hikayat Hang Tuah is a traditional Malay literary work that often attracts the attention of scholars both within and outside the nation. The story is always a topic of dis...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam mem...

Back to Top