Javascript must be enabled to continue!
ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH
View through CrossRef
Novel Amāma al-‘Arsh karya Naguib Mahfouz merupakan sebuah novel sejarah yang menampilkan watak-watak pemimpin Mesir dari pelbagai era dalam satu ruang naratif imaginatif. Namun, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada watak Anwar Sadat serta bagaimana Mahfouz menggarap pemerintahan beliau dalam naratif novel. Novel ini mengetengahkan pelbagai peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Sadat, termasuk dasar ekonomi terbuka (infitah), Perjanjian Camp David, serta konflik politik dalaman yang membawa kepada pembunuhan beliau pada tahun 1981. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana elemen sejarah berkaitan pemerintahan Anwar Sadat digarap dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah tersebut boleh dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sebagai kaedah utama dalam analisis teks. Novel Amāma al-‘Arsh dijadikan teks utama, manakala kajian berkaitan Anwar Sadat dari sudut sejarah digunakan sebagai bahan sokongan. Pendekatan sejarah diterapkan bagi menilai hubungan antara fakta dan fiksyen dalam novel, khususnya dalam menggambarkan dasar politik, keputusan kepimpinan, serta dinamika sosial pada era pemerintahan Sadat. Hasil kajian mendapati bahawa Mahfouz mengolah peristiwa-peristiwa sejarah berkaitan Anwar Sadat dengan memanfaatkan elemen fiksyen tanpa mengabaikan ketepatan fakta sejarah. Watak Sadat dalam novel ini bukan sahaja mencerminkan realiti pemerintahan beliau, tetapi juga menjadi medium kritikan terhadap ideologi dan transformasi politik yang berlaku di Mesir.
Penerbit Universiti Islam Selangor
Title: ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH
Description:
Novel Amāma al-‘Arsh karya Naguib Mahfouz merupakan sebuah novel sejarah yang menampilkan watak-watak pemimpin Mesir dari pelbagai era dalam satu ruang naratif imaginatif.
Namun, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada watak Anwar Sadat serta bagaimana Mahfouz menggarap pemerintahan beliau dalam naratif novel.
Novel ini mengetengahkan pelbagai peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Sadat, termasuk dasar ekonomi terbuka (infitah), Perjanjian Camp David, serta konflik politik dalaman yang membawa kepada pembunuhan beliau pada tahun 1981.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana elemen sejarah berkaitan pemerintahan Anwar Sadat digarap dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah tersebut boleh dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah.
Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sebagai kaedah utama dalam analisis teks.
Novel Amāma al-‘Arsh dijadikan teks utama, manakala kajian berkaitan Anwar Sadat dari sudut sejarah digunakan sebagai bahan sokongan.
Pendekatan sejarah diterapkan bagi menilai hubungan antara fakta dan fiksyen dalam novel, khususnya dalam menggambarkan dasar politik, keputusan kepimpinan, serta dinamika sosial pada era pemerintahan Sadat.
Hasil kajian mendapati bahawa Mahfouz mengolah peristiwa-peristiwa sejarah berkaitan Anwar Sadat dengan memanfaatkan elemen fiksyen tanpa mengabaikan ketepatan fakta sejarah.
Watak Sadat dalam novel ini bukan sahaja mencerminkan realiti pemerintahan beliau, tetapi juga menjadi medium kritikan terhadap ideologi dan transformasi politik yang berlaku di Mesir.
Related Results
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
Perkembangan disiplin ilmu sejarah buat sekian lama memusatkan perbahasannya kepada falsafah “tiada dokumen, tiada sejarah” sebagai wadah merealisasikan matlamat sejarawan untuk me...
Sejarah Toponim Prabumulih sebagai Sumber Pembelajaran Sejarah
Sejarah Toponim Prabumulih sebagai Sumber Pembelajaran Sejarah
Sejarah toponim Prabumulih adalah sumber masa lalu dari asal-usul nama tempat menjadi identitas bagi masyarakat yang bertempat tinggal di Prabumulih, yang merupakan hasil kebudayaa...
Dakwah dalam perspektif sirah nabi
Dakwah dalam perspektif sirah nabi
Sejarah adalah produk intelektual manusia. Ia adalah hasil kreasi yang tidak sepi dari kepentingan, motif ideologis dan pilihan-pilihan penulisnya yang merefleksikan afiliasi nasio...
Dakwah dalam perspektif sirah nabi saw
Dakwah dalam perspektif sirah nabi saw
Sejarah adalah produk intelektual manusia. Ia adalah hasil kreasi yang tidak sepi dari kepentingan, motif ideologis dan pilihan-pilihan penulisnya yang merefleksikan afiliasi nasio...
Bagaimana Sejarah Seharusnya Diajarkan?
Bagaimana Sejarah Seharusnya Diajarkan?
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh semakin kompleksnya permasalahan dalam pembelajaransejarah yang tak kunjung menemukan cara yang tepat untuk menyelesaikannya. Salah satunyaadal...
TELAAH KONSEPTUAL PENDEKATAN KUANTITATIF DALAM SEJARAH
TELAAH KONSEPTUAL PENDEKATAN KUANTITATIF DALAM SEJARAH
Pendekatan sejarah menjelaskan dari segi mana kajian sejarah hendak dilakukan, dimensi mana yang diperhatikan, unsur-unsur mana yang diungkapkannya, dan lain sebagainya. Deskripsi ...
The Dekonstruksi Bangsa dan Identiti Budaya dalam Novel Sejarah Cinta Natrah: Analisis Pascakolonial terhadap Sejarah dan Memori Kolektif
The Dekonstruksi Bangsa dan Identiti Budaya dalam Novel Sejarah Cinta Natrah: Analisis Pascakolonial terhadap Sejarah dan Memori Kolektif
Kajian ini menganalisis dekonstruksi bangsa dan pembinaan identiti budaya dalam novel sejarah Cinta Natrah karya Nazri Hussein menerusi kerangka teori pascakolonial. Objektif utama...

