Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah

View through CrossRef
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran teras di sekolah. Walau bagaimanapun subjek matematik sering dianggap sukar dan rumit. Hal ini, mungkin disebabkan oleh gaya pembelajaran seseorang pelajar. Gaya pembelajaran yang berkesan boleh membantu pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang. Kajian lepas menunjukkan terdapat banyak kelebihan dalam penerapan kaedah bimbingan rakan sebaya dalam pembelajaran matematik. Justeru itu, penulisan kertas konsep ini membincangkan tentang cabaran dalam pelaksanaan bimbingan rakan sebaya dalam mata pelajaran matematik serta keberkesanan bimbingan rakan sebaya dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar di sekolah menengah. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan bimbingan rakan sebaya terhadap pencapaian matematik pelajar dan strategi bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan rakan sebaya juga akan dibincangkan dalam penulisan ini. Rumusan penulisan ini menunjukkan bahawa bimbingan rakan sebaya merupakan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar. Penulisan ini juga akan menjadi panduan kepada pendidik dalam membantu pelajar yang memerlukan bantuan dalam matematik dan seterusnya membantu pendidik merancang strategi pengajaran matematik yang efektif di sekolah menengah.
Asian Scholars Network
Title: Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Description:
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap.
Matematik merupakan mata pelajaran teras di sekolah.
Walau bagaimanapun subjek matematik sering dianggap sukar dan rumit.
Hal ini, mungkin disebabkan oleh gaya pembelajaran seseorang pelajar.
Gaya pembelajaran yang berkesan boleh membantu pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang.
Kajian lepas menunjukkan terdapat banyak kelebihan dalam penerapan kaedah bimbingan rakan sebaya dalam pembelajaran matematik.
Justeru itu, penulisan kertas konsep ini membincangkan tentang cabaran dalam pelaksanaan bimbingan rakan sebaya dalam mata pelajaran matematik serta keberkesanan bimbingan rakan sebaya dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar di sekolah menengah.
Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan bimbingan rakan sebaya terhadap pencapaian matematik pelajar dan strategi bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan rakan sebaya juga akan dibincangkan dalam penulisan ini.
Rumusan penulisan ini menunjukkan bahawa bimbingan rakan sebaya merupakan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar.
Penulisan ini juga akan menjadi panduan kepada pendidik dalam membantu pelajar yang memerlukan bantuan dalam matematik dan seterusnya membantu pendidik merancang strategi pengajaran matematik yang efektif di sekolah menengah.

Related Results

Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi. Tahap motivasi yang baik dapat memberi ransangan secara dalaman kepada para pelajar ...
Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah
Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah d...
Keberkesanan kaedah PBL via Facebook dalam kalangan pelajar Pra-Universiti
Keberkesanan kaedah PBL via Facebook dalam kalangan pelajar Pra-Universiti
Pengaruh media sosial seperti Facebook dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi. Objektif utama kajian adalah mengkaji kesan interaksi pendekatan...
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
Penggunaan koswer multimedia dalam pembelajaran diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Kimia ke arah pembe...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Optimalisasi Bimbingan Pra- Nikah di Kantor Urusan Agama
Optimalisasi Bimbingan Pra- Nikah di Kantor Urusan Agama
Pre Marriage Marriage Guidance comes because of the need, with the increasing number of divorce cases that occur in the community of Ujung Berung Subdistrict, it also indicates tha...
MATEMATİK ÖĞRETMEN KİMLİĞİ: ÖLÇEK UYARLAMA VE ÖĞRETMEN ADAYLARININ MATEMATİK ÖĞRETMEN KİMLİKLERİNİ BELİRLEME ÇALIŞMASI
MATEMATİK ÖĞRETMEN KİMLİĞİ: ÖLÇEK UYARLAMA VE ÖĞRETMEN ADAYLARININ MATEMATİK ÖĞRETMEN KİMLİKLERİNİ BELİRLEME ÇALIŞMASI
Bu çalışmada, matematik eğitimi alan yazındaki Teacher of Mathematics Identity Scale (ToMI) Türkçeye Matematik Öğretmen Kimliği Ölçeği (MÖKÖ) ismi ile uyarlanmış, Türkçe versiyonu ...

Back to Top