Javascript must be enabled to continue!
Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual
View through CrossRef
Penyakit atau kecelaruan psikotik merupakan salah satu penyakit mental yang kerap berlaku dan mengganggu pemprosesan maklumat pada otak sehingga ia menyebabkan perubahan emosi secara tiba-tiba, kecelaruan fikiran, permasalahan tingkah laku dan penilaian serta menjejaskan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik. Memandangkan ia menjejaskan fungsi utama pesakit sehingga mereka mempamerkan kelakuan dan percakapan yang agak aneh, stigma penyakit psikotik dalam kalangan masyarakat adalah agak berleluasa. Justeru, adalah penting agar perawat dapat membezakan pesakit psikotik daripada pesakit mental lain yang boleh mempamerkan gejala psikotik agar diagnosis yang tepat dapat dilaksanakan untuk mengurangkan stigma dan kesilapan dalam melabelkan pesakit yang sebenarnya tidak menghidap penyakit psikotik. Di samping itu, penekanan kepada peranan spiritual sebagai punca kemunculan penyakit psikotik dan rawatannya juga perlu dikupas.
Justeru, buku Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual menghuraikan informasi dan gabungan data hasil penyelidikan kolaborasi para penulis dan juga data kedapatan hasil penyelidikan dari seluruh dunia secara terperinci. Ia meliputi fakta menarik berkenaan dengan penyakit psikotik dari pelbagai sudut seperti definisi penyakit psikotik dan statistiknya, punca penyebab dan faktor risiko, manifestasi gejala-gejala psikotik secara umum dan juga dalam kumpulan populasi yang berbeza, perbezaan antara penyakit psikotik dengan penyakit mental yang lain, rawatan penyakit psikotik secara perubatan moden, penyakit psikotik dari perspektif spiritual dan rawatannya, kesihatan mental penjaga dan pengurusannya serta integrasi pandangan perubatan moden dan spiritual tentang penyakit psikotik.
Matlamat utama buku ini adalah untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat tentang ciri-ciri penyakit psikotik, punca berlakunya penyakit psikotik dan keberkesanan rawatan sedia ada agar ia dapat mengurangkan stigma penyakit psikotik dalam kalangan masyarakat. Buku ini ditulis untuk mengisi kekurangan buku ilmiah fakta saintifik, klinikal dan spiritual tentang penyakit psikotik dalam pasaran tempatan. Buku ini juga sesuai sebagai bahan rujukan ilmiah untuk ahli akademik, pelajar, pakar dan pegawai perubatan, paramedik dan para ulama serta sebagai bahan bacaan umum untuk masyarakat.
Penerbit Universiti Sains Malaysia
Title: Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual
Description:
Penyakit atau kecelaruan psikotik merupakan salah satu penyakit mental yang kerap berlaku dan mengganggu pemprosesan maklumat pada otak sehingga ia menyebabkan perubahan emosi secara tiba-tiba, kecelaruan fikiran, permasalahan tingkah laku dan penilaian serta menjejaskan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik.
Memandangkan ia menjejaskan fungsi utama pesakit sehingga mereka mempamerkan kelakuan dan percakapan yang agak aneh, stigma penyakit psikotik dalam kalangan masyarakat adalah agak berleluasa.
Justeru, adalah penting agar perawat dapat membezakan pesakit psikotik daripada pesakit mental lain yang boleh mempamerkan gejala psikotik agar diagnosis yang tepat dapat dilaksanakan untuk mengurangkan stigma dan kesilapan dalam melabelkan pesakit yang sebenarnya tidak menghidap penyakit psikotik.
Di samping itu, penekanan kepada peranan spiritual sebagai punca kemunculan penyakit psikotik dan rawatannya juga perlu dikupas.
Justeru, buku Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual menghuraikan informasi dan gabungan data hasil penyelidikan kolaborasi para penulis dan juga data kedapatan hasil penyelidikan dari seluruh dunia secara terperinci.
Ia meliputi fakta menarik berkenaan dengan penyakit psikotik dari pelbagai sudut seperti definisi penyakit psikotik dan statistiknya, punca penyebab dan faktor risiko, manifestasi gejala-gejala psikotik secara umum dan juga dalam kumpulan populasi yang berbeza, perbezaan antara penyakit psikotik dengan penyakit mental yang lain, rawatan penyakit psikotik secara perubatan moden, penyakit psikotik dari perspektif spiritual dan rawatannya, kesihatan mental penjaga dan pengurusannya serta integrasi pandangan perubatan moden dan spiritual tentang penyakit psikotik.
Matlamat utama buku ini adalah untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat tentang ciri-ciri penyakit psikotik, punca berlakunya penyakit psikotik dan keberkesanan rawatan sedia ada agar ia dapat mengurangkan stigma penyakit psikotik dalam kalangan masyarakat.
Buku ini ditulis untuk mengisi kekurangan buku ilmiah fakta saintifik, klinikal dan spiritual tentang penyakit psikotik dalam pasaran tempatan.
Buku ini juga sesuai sebagai bahan rujukan ilmiah untuk ahli akademik, pelajar, pakar dan pegawai perubatan, paramedik dan para ulama serta sebagai bahan bacaan umum untuk masyarakat.
Related Results
Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia Analisis Terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan
Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia Analisis Terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan
Abstract
Mutakhir ini, pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang sejajar dengan permintaan dan perhatian masyarakat awam. Namun, masih timbul persoala...
Kesan Rawatan Krim Ekstrak Air Kacip Fatimah (Labisia pumila) terhadap Analisis Gen yang Terlibat dengan Proses Penyembuhan Luka melalui Kajian in vitro Model Kulit Manusia 3D dan in vivo Model Tikus
Kesan Rawatan Krim Ekstrak Air Kacip Fatimah (Labisia pumila) terhadap Analisis Gen yang Terlibat dengan Proses Penyembuhan Luka melalui Kajian in vitro Model Kulit Manusia 3D dan in vivo Model Tikus
Kajian ini melaporkan kesan rawatan bagi dua sediaan krim yang masing-masing mengandungi 1% ekstrak air bagi dua varieti L. pumila iaitu var. alata dan var. pumila terhadap penyemb...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
makalah penyakit menular-vania-XMIA3
makalah penyakit menular-vania-XMIA3
BAB IPENDAHULUANA. Latar Belakang Setiap manusia pernah mengalami sakit.Penyakit yang diderita oleh setiap makhluk berbeda satu dan yang lainnya.Sakit merupakan suatu keadaan diman...
A Strategy To Increase Spiritual Maturity by Practicing Spiritual Disciplines at Berean Seventh-day Adventist Church in Houston, Texas
A Strategy To Increase Spiritual Maturity by Practicing Spiritual Disciplines at Berean Seventh-day Adventist Church in Houston, Texas
Problem Berean Seventh-day Adventist Church has been a pillar in the Third Ward community of Houston since the 1900s. Berean has two distinctions. It is the only Seventh-day Adven...
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simpt...
Efektivitas Inovasi SARI CERI (Sayangi Diri, Cegah Reinfeksi) Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pasien Terhadap Penyakit Infeksi
Efektivitas Inovasi SARI CERI (Sayangi Diri, Cegah Reinfeksi) Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pasien Terhadap Penyakit Infeksi
Penyakit infeksi menular masih merupakan satu jenis penyakit yang masih menjadi tantangan di Indonesia. Penyakit ini tetap menjadi salah satu penyebab utama kematian di seluruh dun...

