Javascript must be enabled to continue!
Aplikasi Model Kaunseling Tazkiyah Al-Nafs Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling
View through CrossRef
Kaunseling Islam kini dilihat sebagai satu pendekatan alternatif yang semakin mendapat perhatian dalam sistem pendidikan moden, khususnya dalam menangani cabaran emosi dan spiritual pelajar. Namun, masih wujud kekaburan dari segi keberkesanan serta penerapan model-model Islamik secara sistematik dalam amalan kaunseling sekolah. Kajian ini menganalisis aplikasi model kaunseling tazkiyah al-nafs dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes pelbagai lokasi, kajian ini menilai sejauh mana model tazkiyah al-nafs al-Ghazali diterapkan dalam amalan kaunseling, khususnya dalam menangani isu psiko spiritual pelajar. Kaedah temu bual separa berstruktur dengan 19 orang kaunselor Muslim digunakan bagi memperoleh data empirikal, yang dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 12. Hasil kajian menunjukkan empat tema terhasil: (1) sesi dimulakan dengan niat, zikir, dan penetapan matlamat, (2) identifikasi punca masalah melalui aspek ibadah dan hati, (3) rawatan spiritual berasaskan peningkatan ibadah dan refleksi kendiri, serta (4) penilaian kesan terapi melalui perubahan tingkah laku dan komitmen terhadap ibadah. Dapatan kajian membuktikan bahawa kaunseling Islam tunggal berdasarkan model al-Ghazali dapat memberikan pendekatan menyeluruh yang merangkumi aspek emosi, kognitif, dan spiritual bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi pelajar. Implikasi kajian menekankan keperluan latihan intensif bagi kaunselor dalam menguasai teknik penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) serta keperluan manual prosedur standard bagi memperkasa pelaksanaan kaunseling Islam di sekolah. Kajian ini menyumbang kepada literatur kaunseling berteraskan nilai Islam dan menawarkan alternatif model intervensi psiko spiritual dalam pendidikan moden.
Islamic counselling is increasingly recognized as a viable alternative within modern educational systems, particularly in addressing students’ emotional and spiritual challenges. However, ambiguities remain concerning its effectiveness and the systematic integration of Islamic models in school counselling practice. This study examines the application of the tazkiyah al-nafs counselling model among Muslim School Counsellors (Guru Bimbingan dan Kaunseling, GBK) in Malaysia. Employing a multi-site case study design, the research evaluates the extent to which al-Ghazālī’s tazkiyah al-nafs framework is operationalized in counselling practice, specifically in addressing students’ psychosocial and spiritual issues. Data were collected through semi-structured interviews with 19 Muslim counsellors and analysed thematically using NVivo 12 software. Four key themes emerged: (1) initiation of sessions through intention-setting, dhikr, and goal formulation; (2) identification of root problems through assessments of religious observance and inner states; (3) spiritual treatment based on enhanced religious practices and reflective self-purification; and (4) therapeutic outcome evaluation via behavioural change and commitment to worship. The findings affirm that an Islamic counselling model grounded in al-Ghazālī’s philosophy provides a holistic intervention approach that integrates emotional, cognitive, and spiritual dimensions to enhance students’ psychological well-being. The study underscores the need for intensive training in the practice of tazkiyah al-nafs and the development of standardized procedural manuals to strengthen the implementation of Islamic counselling in schools. This research contributes to the expanding literature on value-based Islamic counselling and proposes a viable psycho-spiritual intervention model within contemporary educational settings.
Universiti Sultan Zainal Abidin
Title: Aplikasi Model Kaunseling Tazkiyah Al-Nafs Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Description:
Kaunseling Islam kini dilihat sebagai satu pendekatan alternatif yang semakin mendapat perhatian dalam sistem pendidikan moden, khususnya dalam menangani cabaran emosi dan spiritual pelajar.
Namun, masih wujud kekaburan dari segi keberkesanan serta penerapan model-model Islamik secara sistematik dalam amalan kaunseling sekolah.
Kajian ini menganalisis aplikasi model kaunseling tazkiyah al-nafs dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di Malaysia.
Dengan menggunakan pendekatan kajian kes pelbagai lokasi, kajian ini menilai sejauh mana model tazkiyah al-nafs al-Ghazali diterapkan dalam amalan kaunseling, khususnya dalam menangani isu psiko spiritual pelajar.
Kaedah temu bual separa berstruktur dengan 19 orang kaunselor Muslim digunakan bagi memperoleh data empirikal, yang dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 12.
Hasil kajian menunjukkan empat tema terhasil: (1) sesi dimulakan dengan niat, zikir, dan penetapan matlamat, (2) identifikasi punca masalah melalui aspek ibadah dan hati, (3) rawatan spiritual berasaskan peningkatan ibadah dan refleksi kendiri, serta (4) penilaian kesan terapi melalui perubahan tingkah laku dan komitmen terhadap ibadah.
Dapatan kajian membuktikan bahawa kaunseling Islam tunggal berdasarkan model al-Ghazali dapat memberikan pendekatan menyeluruh yang merangkumi aspek emosi, kognitif, dan spiritual bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi pelajar.
Implikasi kajian menekankan keperluan latihan intensif bagi kaunselor dalam menguasai teknik penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) serta keperluan manual prosedur standard bagi memperkasa pelaksanaan kaunseling Islam di sekolah.
Kajian ini menyumbang kepada literatur kaunseling berteraskan nilai Islam dan menawarkan alternatif model intervensi psiko spiritual dalam pendidikan moden.
Islamic counselling is increasingly recognized as a viable alternative within modern educational systems, particularly in addressing students’ emotional and spiritual challenges.
However, ambiguities remain concerning its effectiveness and the systematic integration of Islamic models in school counselling practice.
This study examines the application of the tazkiyah al-nafs counselling model among Muslim School Counsellors (Guru Bimbingan dan Kaunseling, GBK) in Malaysia.
Employing a multi-site case study design, the research evaluates the extent to which al-Ghazālī’s tazkiyah al-nafs framework is operationalized in counselling practice, specifically in addressing students’ psychosocial and spiritual issues.
Data were collected through semi-structured interviews with 19 Muslim counsellors and analysed thematically using NVivo 12 software.
Four key themes emerged: (1) initiation of sessions through intention-setting, dhikr, and goal formulation; (2) identification of root problems through assessments of religious observance and inner states; (3) spiritual treatment based on enhanced religious practices and reflective self-purification; and (4) therapeutic outcome evaluation via behavioural change and commitment to worship.
The findings affirm that an Islamic counselling model grounded in al-Ghazālī’s philosophy provides a holistic intervention approach that integrates emotional, cognitive, and spiritual dimensions to enhance students’ psychological well-being.
The study underscores the need for intensive training in the practice of tazkiyah al-nafs and the development of standardized procedural manuals to strengthen the implementation of Islamic counselling in schools.
This research contributes to the expanding literature on value-based Islamic counselling and proposes a viable psycho-spiritual intervention model within contemporary educational settings.
Related Results
KONSEP AL-NAFS DALAM KAJIAN TASAWUF AL-GHAZᾹLĪ
KONSEP AL-NAFS DALAM KAJIAN TASAWUF AL-GHAZᾹLĪ
Abstract: This article will elaborate on al-nafs (soul) which is an essential part of human nature. The Sufis divide understanding al-nafs in three senses. First, al-nafs is a subs...
NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES
NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES
Dalam era digital yang pesat berkembang penggunaan teknologi dalam penyebaran ilmu menjadi semakin penting. Ilmu psikologi dan kaunseling tidak terkecuali kerana ianya merupakan ‘p...
Implementasi Tazkiyah Al-Nafs Sebagai Sarana Pembentukan Karakter Religius Di MA. Ihyaul Ulum Dukun Gresik Tahun 2020
Implementasi Tazkiyah Al-Nafs Sebagai Sarana Pembentukan Karakter Religius Di MA. Ihyaul Ulum Dukun Gresik Tahun 2020
Sekolah, sebagai salah satu lembaga formal yang diharapkan mampu mencetak karakter peserta didik yang berbudi luhur sehingga mampu memberikan sumbangsih dalam membangun peradaban b...
Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang
Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang
Salah satu aspek keagamaan yang dapat membentuk keperibadian Muslim adalah dengan membangunkan spiritual menerusi konsep tazkiyah al-Nafs. Proses pembangunan jiwa dengan penyucian ...
Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang
Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang
Salah satu aspek keagamaan yang dapat membentuk keperibadian Muslim adalah dengan membangunkan spiritual menerusi konsep tazkiyah al-Nafs. Proses pembangunan jiwa dengan penyucian ...
Strategi Dakwah Majelis At-tazkiyah Dalam Meningkatkan Pemahaman Keagamaan Pemuda
Strategi Dakwah Majelis At-tazkiyah Dalam Meningkatkan Pemahaman Keagamaan Pemuda
Abstract. Majelis Ta’lim serves as a learning forum with the purpose of studying and teaching religious knowledge, particularly in Islam. It is generally attended by individuals...
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
AbstractAnalysis of Poetry Themed Guru Sekumpul by Guru Abdul Hakim and Guru Akhmad Syairazi: Heuristics and Hermeneutics. This research aims to describe the results of heuristic a...
Integrasi elemen al-tazkiyah dalam pendidikan: implimentasi Muhammad Diraz menerusi al-naba’ al-‘azim
Integrasi elemen al-tazkiyah dalam pendidikan: implimentasi Muhammad Diraz menerusi al-naba’ al-‘azim
Abstrak
Al-Naba’ al-‘Azim adalah salah satu karya monumental yang telah ditulis oleh Muhammad Diraz (1894-1957M), seorang sarjana al-Quran berwibawa dari al-Azhar. Karya ini telah ...

