Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PEMBUNGKUSAN PAKAIAN MESRA ALAM: APA RESPON PENGGUNA?

View through CrossRef
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kesedaran alam sekitar, persepsi nilai dan imej jenama terhadap tingkah laku pembelian pakaian dengan pembungkusan mesra alam. Soal selidik dijalankan terhadap pengguna di Puchong, Selangor dengan penglibatan seramai 267 orang responden. Analisis menunjukkan bahawa lebih separuh (55%) daripada responden berada pada tahap pembelian pakaian dengan pembungkusan mesra alam yang tinggi. Konstruks kesedaran alam sekitar, nilai persepsi, dan imej jenama mencatatkan nilai Min yang sederhana hingga tinggi (3.558-3.831) yang mencerminkan bahawa responden mempunyai tahap keprihatinan, penilaian positif serta persepsi imej jenama yang memberangsangkan. Hasil analisis korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara kesedaran alam sekitar (r=0.687), persepsi nilai (r=0.674) dan imej jenama (r=0.573) dengan tingkah laku pembelian. Hal ini menunjukkan bahawa pengguna yang lebih peka terhadap isu alam sekitar cenderung untuk memilih produk dengan pembungkusan mesra alam. Selain itu, imej jenama yang positif dan persepsi nilai terhadap pembungkusan juga terbukti mempengaruhi keputusan pembelian. Penemuan ini menegaskan bahawa pembungkusan pakaian mesra alam berfungsi sebagai isyarat penting yang membentuk persepsi pengguna dan meningkatkan niat pembelian mereka. Implikasi kajian ini mencadangkan agar jenama pakaian terus melabur dan berkomunikasi secara strategik mengenai inisiatif pembungkusan lestari untuk meningkatkan daya saing pasaran. Kata Kunci: Pembungkusan Mesra Alam, Tingkah Laku Pembelian, Imej Jenama, Nilai Persepsi, Kelestarian
The Malaysian Association of Consumer and Family Economics
Title: PEMBUNGKUSAN PAKAIAN MESRA ALAM: APA RESPON PENGGUNA?
Description:
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kesedaran alam sekitar, persepsi nilai dan imej jenama terhadap tingkah laku pembelian pakaian dengan pembungkusan mesra alam.
Soal selidik dijalankan terhadap pengguna di Puchong, Selangor dengan penglibatan seramai 267 orang responden.
Analisis menunjukkan bahawa lebih separuh (55%) daripada responden berada pada tahap pembelian pakaian dengan pembungkusan mesra alam yang tinggi.
Konstruks kesedaran alam sekitar, nilai persepsi, dan imej jenama mencatatkan nilai Min yang sederhana hingga tinggi (3.
558-3.
831) yang mencerminkan bahawa responden mempunyai tahap keprihatinan, penilaian positif serta persepsi imej jenama yang memberangsangkan.
Hasil analisis korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara kesedaran alam sekitar (r=0.
687), persepsi nilai (r=0.
674) dan imej jenama (r=0.
573) dengan tingkah laku pembelian.
Hal ini menunjukkan bahawa pengguna yang lebih peka terhadap isu alam sekitar cenderung untuk memilih produk dengan pembungkusan mesra alam.
Selain itu, imej jenama yang positif dan persepsi nilai terhadap pembungkusan juga terbukti mempengaruhi keputusan pembelian.
Penemuan ini menegaskan bahawa pembungkusan pakaian mesra alam berfungsi sebagai isyarat penting yang membentuk persepsi pengguna dan meningkatkan niat pembelian mereka.
Implikasi kajian ini mencadangkan agar jenama pakaian terus melabur dan berkomunikasi secara strategik mengenai inisiatif pembungkusan lestari untuk meningkatkan daya saing pasaran.
Kata Kunci: Pembungkusan Mesra Alam, Tingkah Laku Pembelian, Imej Jenama, Nilai Persepsi, Kelestarian.

Related Results

STRATEGI GURU DALAM MENGATASI KENAKALAN PESERTA DIDIK DI MADRASAH TSANAWIAH MESRA PEMATANGSIANTAR TP. 2023/2024
STRATEGI GURU DALAM MENGATASI KENAKALAN PESERTA DIDIK DI MADRASAH TSANAWIAH MESRA PEMATANGSIANTAR TP. 2023/2024
Penelitian ini bertujuan mendeskripsikan strategi yang di gunakan guru Madrasah Tsanawiah Mesra dalam mengatasi kenakalan peserta didik. Yang menjadi latar belakang dari penelitian...
Analysis of Clothing Supply Chain Strategy at Lina Stores
Analysis of Clothing Supply Chain Strategy at Lina Stores
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui strategi rantai pasokan pakaian pada Toko Lina. Penelitian ini merupakan penelitian deskriptif dengan pendekatan kualitatif. Teknik pengum...
Pengaruh Kompetensi Strategis dan Kompetensi Etika terhadap Pertumbuhan Bisnis Dimediasi Kompetensi Jaringan
Pengaruh Kompetensi Strategis dan Kompetensi Etika terhadap Pertumbuhan Bisnis Dimediasi Kompetensi Jaringan
Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh kompetensi strategis, kompetensi etika, kompetensi jaringan terhadap pertumbuhan usaha mikro, kecil dan menengah (UMKM) bidan...
Aturan Asosiasi untuk Analisis Data Penjualan Produk Menggunakan Algoritma Apriori
Aturan Asosiasi untuk Analisis Data Penjualan Produk Menggunakan Algoritma Apriori
Untuk meningkatkan transaksi penjualan, perusahaan harus mampu bersaing dengan pesaing lainnya sehingga diperlukan strategi yang tepat dalam menjalankan proses penjualan yang dilak...
ANALISIS VARIASI TEMPERATUR PADA LEMARI PENGERING PAKAIAN MENGGUNAKAN ELEMEN PEMANAS
ANALISIS VARIASI TEMPERATUR PADA LEMARI PENGERING PAKAIAN MENGGUNAKAN ELEMEN PEMANAS
Pengeringan pakaian secara tradisional dengan memanfaatkan sinar matahari. Pemanfaatan sinar matahari ini saat ini kurang efektif, apalagi dengan perubahan cuaca yang tidak dapat d...
APLIKASI PEMBELAJARAN INTERAKTIF PENGENALAN PAKAIAN ADAT SULAWESI MENGGUNAKAN AUGMENTED REALITY
APLIKASI PEMBELAJARAN INTERAKTIF PENGENALAN PAKAIAN ADAT SULAWESI MENGGUNAKAN AUGMENTED REALITY
Keberagaman budaya indonesia, khususnya pakaian adat sulawesi, merupakan warisan yang perlu dilestarikan. sulawesi memiliki beragam pakaian adat yang mencerminkan kekayaan budaya d...
Analisis Kesalahan Pengguna pada Aplikasi Web: Pemahaman dan Respons Pengguna dalam Konteks Penggunaan Sehari-hari
Analisis Kesalahan Pengguna pada Aplikasi Web: Pemahaman dan Respons Pengguna dalam Konteks Penggunaan Sehari-hari
AbstrakJurnal ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai kesalahan pengguna yang umum terjadi pada aplikasi web, dengan fokus pada pemahaman pengguna terhadap kesal...
TEKNIK TIE DYE MENGGUNAKAN DAUN PEPAYA DAN PEMUTIH PAKAIAN PADA PEMBUATAN MUKENA ANAK
TEKNIK TIE DYE MENGGUNAKAN DAUN PEPAYA DAN PEMUTIH PAKAIAN PADA PEMBUATAN MUKENA ANAK
ABSTRAK - Penelitian ini merupakan penelitian eksperimen, yang bertujuanĀ  untuk mengetahui 1) Desain mukena anak dari usia 8-10 tahun pada penerapan motif teknik tie dye menggunaka...

Back to Top