Javascript must be enabled to continue!
Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia
View through CrossRef
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu COVID-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, temu bual dan pemerhatian dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU sewaktu bencana berlaku seperti COVID-19 ini.
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia
Description:
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia.
Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai.
Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini.
Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP.
Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian.
Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka.
Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu COVID-19.
Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, temu bual dan pemerhatian dalam mencapai objektif yang ditetapkan.
Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka.
Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU.
Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU sewaktu bencana berlaku seperti COVID-19 ini.
Related Results
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
Influence of ICT integration on content preparation by ICT and Non-ICT trained teachers in secondary schools in Machakos County, Kenya
Influence of ICT integration on content preparation by ICT and Non-ICT trained teachers in secondary schools in Machakos County, Kenya
The use of Information Communication Technology (ICT) in teaching and learning has become a necessity and an opportunity for improving and enhancing acquisition of knowledge by lea...
Pendidikan Inklusif Semasa Krisis COVID-19: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaannya untuk Murid Berkeperluan Khas Pendengaran
Pendidikan Inklusif Semasa Krisis COVID-19: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaannya untuk Murid Berkeperluan Khas Pendengaran
Kehadiran pandemik COVID-19 ini membawa kepada peningkatan pelbagai ketidaksamarataan di dalam sektor pendidikan bagi individu kurang upaya. Murid bermasalah pendengaran yang menda...
Pendidikan Islam Pemangkin Modal Insan OKU Muslim
Pendidikan Islam Pemangkin Modal Insan OKU Muslim
A balanced human capital from physical and spiritual aspects are the most important asset in the development of a country. Formerly the People with Disabilities (OKU) were consider...
Penghayatan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Masalah Penglihatan
Penghayatan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Masalah Penglihatan
Kajian ini bertujuan untuk menggali penghayatan Al-Quran dan Sunnah dalam konteks pendidikan bagi orang kurang upaya (OKU) kategori masalah penglihatan. Pendidikan bagi OKU kategor...
PENDEKATAN MINAT KEPADA PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENDEKATAN MINAT KEPADA PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Pelajar hari ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan sama ada akademik atau pendidikan Islam. Matlamat pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam adala...
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) banyak mempen...
Munakahat Issues Among People with Hearing Disability
Munakahat Issues Among People with Hearing Disability
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi meneruskan kelangsungan manusia di muka bumi ini. Setiap manusia mempu...


