Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kaji Selidik Rekabentuk dan Pembangunan Prototaip E-Kinayah Dalam Memahami Teks Terjemahan Al-Quran Kepada Bahasa Melayu

View through CrossRef
ABSTRAK  Antara aspek retorik al-Quran ialah gaya bahasa figuratif seperti unsur kinayah. Unsur kinayah menjadi permasalahan dalam terjemahan al-Quran kepada bahasa-bahasa lain kerana maknanya yang bersifat implisit, yang memerlukan terjemahan yang teliti apabila terdapat petunjuk yang jelas dalam teks. Masyarakat Melayu sama ada tua atau muda kebiasaannya akan merujuk kepada teks terjemahan al-Quran secara naskhah bercetak yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Penggunaan naskhah bercetak sudah tentu menyukarkan kerana saiznya yang besar, tebal, dan mungkin juga berat. Selain itu, pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu di pasaran menunjukkan bahawa kaedah penterjemahan kinayah kadangkala tidak selaras dengan konteks makna sebenar yang dimaksudkan oleh al-Quran. Keadaan ini menyebabkan masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada satu naskhah terjemahan al-Quran sahaja, malah mereka perlu membuat perbandingan antara beberapa naskhah yang berbeza untuk mengetahui makna sepadan yang dimaksudkan oleh wacana al-Quran. Hal ini bermaksud cabaran utama dalam pembelajaran dan pengajaran unsur kinayah al-Quran adalah kaedah penyampaian yang masih bersifat konvensional. Justeru itu, satu anjakan paradigma dalam kaedah rujukan teks terjemahan al-Quran perlu diusahakan bagi memberi alternatif kepada masyarakat membuat penjelajahan dengan penggunaan aplikasi mudah alih yang sesuai. Sehubungan itu, kajian ini menumpukan kepada penerokaan proses yang terlibat dalam pembangunan prototaip e-Kinayah. Proses reka bentuk dan pembangunannya menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang distrukturkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE. Fungsi e-Kinayah adalah membantu masyarakat memahami gaya bahasa kinayah al-Quran dan maknanya melalui teks terjemahan dalam bahasa Melayu. Pembinaan prototaip e-Kinayah sebagai model asas diharapkan akan memacu usaha lain di masa hadapan ke arah penghasilan model sebenar yang lebih baik yang diberi nama aplikasi mudah alih e-Kinayah.  Kata kunci: Kinayah, terjemahan al-Quran, bahasa Melayu, rekabentuk dan pembangunan prototaip.
Title: Kaji Selidik Rekabentuk dan Pembangunan Prototaip E-Kinayah Dalam Memahami Teks Terjemahan Al-Quran Kepada Bahasa Melayu
Description:
ABSTRAK  Antara aspek retorik al-Quran ialah gaya bahasa figuratif seperti unsur kinayah.
Unsur kinayah menjadi permasalahan dalam terjemahan al-Quran kepada bahasa-bahasa lain kerana maknanya yang bersifat implisit, yang memerlukan terjemahan yang teliti apabila terdapat petunjuk yang jelas dalam teks.
Masyarakat Melayu sama ada tua atau muda kebiasaannya akan merujuk kepada teks terjemahan al-Quran secara naskhah bercetak yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.
Penggunaan naskhah bercetak sudah tentu menyukarkan kerana saiznya yang besar, tebal, dan mungkin juga berat.
Selain itu, pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu di pasaran menunjukkan bahawa kaedah penterjemahan kinayah kadangkala tidak selaras dengan konteks makna sebenar yang dimaksudkan oleh al-Quran.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada satu naskhah terjemahan al-Quran sahaja, malah mereka perlu membuat perbandingan antara beberapa naskhah yang berbeza untuk mengetahui makna sepadan yang dimaksudkan oleh wacana al-Quran.
Hal ini bermaksud cabaran utama dalam pembelajaran dan pengajaran unsur kinayah al-Quran adalah kaedah penyampaian yang masih bersifat konvensional.
Justeru itu, satu anjakan paradigma dalam kaedah rujukan teks terjemahan al-Quran perlu diusahakan bagi memberi alternatif kepada masyarakat membuat penjelajahan dengan penggunaan aplikasi mudah alih yang sesuai.
Sehubungan itu, kajian ini menumpukan kepada penerokaan proses yang terlibat dalam pembangunan prototaip e-Kinayah.
Proses reka bentuk dan pembangunannya menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang distrukturkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE.
Fungsi e-Kinayah adalah membantu masyarakat memahami gaya bahasa kinayah al-Quran dan maknanya melalui teks terjemahan dalam bahasa Melayu.
Pembinaan prototaip e-Kinayah sebagai model asas diharapkan akan memacu usaha lain di masa hadapan ke arah penghasilan model sebenar yang lebih baik yang diberi nama aplikasi mudah alih e-Kinayah.
 Kata kunci: Kinayah, terjemahan al-Quran, bahasa Melayu, rekabentuk dan pembangunan prototaip.

Related Results

MENINJAU KONSEP TERJEMAHAN SEMULA: KAJIAN KES PUTERA CILIK (2015) DAN PUTERA KECIL (2021)
MENINJAU KONSEP TERJEMAHAN SEMULA: KAJIAN KES PUTERA CILIK (2015) DAN PUTERA KECIL (2021)
Terjemahan semula (retranslation) sebagai satu produk merujuk terjemahan baharu atau terjemahan terkemudian, yang dihasilkan daripada teks sumber yang sama dan dalam bahasa sasaran...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Plants are elements that are frequently mentioned in the al-Quran. In the al-Quran, the use of plant elements can be visualized from various language styles and one of them is the ...
Wāw Al-Ḥāl Between Arabic Grammatical Theory And Translation Practice: An Analysis Of Malay Translations Of The Al-Quran
Wāw Al-Ḥāl Between Arabic Grammatical Theory And Translation Practice: An Analysis Of Malay Translations Of The Al-Quran
The grammatical element wāw al-ḥāl in Arabic plays a significant role in expressing circumstantial meaning that accompanies the main action within a Arabic language sentence. In th...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
Analisis Wacana Budaya Kesetiaan dalam Hikayat Hang Tuah dan Terjemahannya dalam Bahasa China
Analisis Wacana Budaya Kesetiaan dalam Hikayat Hang Tuah dan Terjemahannya dalam Bahasa China
Hikayat Hang Tuah (HHT) ialah karya agung yang sarat mengandungi unsur budaya Melayu. Dalam HHT, kesetiaan ialah nilai yang signifikan dan teras dalam budaya Melayu. Lantaran itu, ...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...

Back to Top