Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengukuran Profil Halaju Masa Nyata bagi Tomografi Optik

View through CrossRef
Objektif artikel ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian menggunakan Visual Basic bagi tomografi optik, di mana perisian ini berupaya untuk mengesan dan mengukur pepejal kering yang melalui paip. Diameter luaran dan dalaman paip masing-masing adalah 60 mm dan 58 mm. Terdapat dua aras pengesan digunakan untuk mengukur halaju (pengesan aras atas dan pengesan aras bawah). Sistem pengukuran mempunyai sebanyak 32 pemancar (Tx1 hingga Tx32) dan 32 penerima (R1 hingga R32) yang dilekatkan pada ukurlilit paip tegak. Bagi pengesan aras bawah yang dilekatkan secara kekal mengandungi 16 pemancar (Tx17 hingga Tx32) dan 16 penerima (R17 hingga R32) dan pengesan aras atas yang boleh dilaraskan mengandungi 16 pemancar (Tx1 hingga Tx16) dan 16 penerima (R1 hingga R16). Halaju boleh dikira dengan mengambil jarak di antara pengesan aras atas dan pengesan aras bawah dan dibahagi dengan masa lengah yang diperolehi daripada kedudukan puncak sekaitan silang yang dilakukan antara dua isyarat. Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan teori dan ia menunjukkan perisian dan perkakasan yang dibina berupaya membuat pengukuran halaju yang tepat.
Title: Pengukuran Profil Halaju Masa Nyata bagi Tomografi Optik
Description:
Objektif artikel ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian menggunakan Visual Basic bagi tomografi optik, di mana perisian ini berupaya untuk mengesan dan mengukur pepejal kering yang melalui paip.
Diameter luaran dan dalaman paip masing-masing adalah 60 mm dan 58 mm.
Terdapat dua aras pengesan digunakan untuk mengukur halaju (pengesan aras atas dan pengesan aras bawah).
Sistem pengukuran mempunyai sebanyak 32 pemancar (Tx1 hingga Tx32) dan 32 penerima (R1 hingga R32) yang dilekatkan pada ukurlilit paip tegak.
Bagi pengesan aras bawah yang dilekatkan secara kekal mengandungi 16 pemancar (Tx17 hingga Tx32) dan 16 penerima (R17 hingga R32) dan pengesan aras atas yang boleh dilaraskan mengandungi 16 pemancar (Tx1 hingga Tx16) dan 16 penerima (R1 hingga R16).
Halaju boleh dikira dengan mengambil jarak di antara pengesan aras atas dan pengesan aras bawah dan dibahagi dengan masa lengah yang diperolehi daripada kedudukan puncak sekaitan silang yang dilakukan antara dua isyarat.
Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan teori dan ia menunjukkan perisian dan perkakasan yang dibina berupaya membuat pengukuran halaju yang tepat.

Related Results

Halaju Wang di Malaysia: Bukti Empirik
Halaju Wang di Malaysia: Bukti Empirik
Kajian ini bertujuan untuk menguji kemeruapan (volatility) halaju wang disamping menganggar fungsi halaju wang di Malaysia dengan menggunakan kaedah ekonometrik siri masa iaitu mod...
Analisis Perubahan Jaringan Telekomunikasi Central Toka LIM4 Wilayah Jatinegara Dari Saluran Tembaga Menjadi Fiber Optik
Analisis Perubahan Jaringan Telekomunikasi Central Toka LIM4 Wilayah Jatinegara Dari Saluran Tembaga Menjadi Fiber Optik
Makalah Komprehensif Analisis Perubahan Jaringan Telekomunikasi Central Toka LIM 4 Wilayah Jatinegara Dari Saluran Tembaga Menjadi Fiber Optik bertujuan untuk menganalisis perubaha...
PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN OPTIK MENGGUNAKAN SENSOR SERAT OPTIK BUNDLE UNTUK MENENTUKAN KONSENTRASI KOLESTEROL
PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN OPTIK MENGGUNAKAN SENSOR SERAT OPTIK BUNDLE UNTUK MENENTUKAN KONSENTRASI KOLESTEROL
Penelitian ini untuk mengembangan media pembelajaran pada perkuliahan optik dengan menggunakan sensor serat optik bundle untuk deteksi konsentrasi kolesterol. Penggunaan media sens...
Penertiban Pemasangan Tiang Tumpu Fiber Optik di Kota Pekanbaru
Penertiban Pemasangan Tiang Tumpu Fiber Optik di Kota Pekanbaru
Persoalan tiang tumpu fiber optik di Kota Pekanbaru merupakan pemandangan yang tidak asing lagi. Menjamurnya pemasangan kabel serat optik akibat perizinan yang belum efektif dengan...
STUDI PENDAHULUAN KOMPUTASI SEMI EMPIRIK SENYAWA OPTIK NON LINIER
STUDI PENDAHULUAN KOMPUTASI SEMI EMPIRIK SENYAWA OPTIK NON LINIER
Senyawa optik non linier merupakan senyawa yang dapat mengubah frekuensi, fase, dan besaran lain dari gelombang yang melewatinya. Sebagai contoh, sinar laser ruby yang dilewatkan p...
Design Of An Infrared Tomography System For Detection Of Bubbles
Design Of An Infrared Tomography System For Detection Of Bubbles
Dalam kajian ini, sebuah sistem tomografi menggunakan penderia direka untuk digunakan untuk model paip menegak. Sistem tomografi ini akan digunakan untuk mengira jumlah buih sambil...
PENGUKURAN KUALITAS BERKAS CITRA RADIOGRAFI NEUTRON PASCA PENAMBAHAN SISTEM TOMOGRAFIDIFASILITAS RN1 BATAN-SERPONG
PENGUKURAN KUALITAS BERKAS CITRA RADIOGRAFI NEUTRON PASCA PENAMBAHAN SISTEM TOMOGRAFIDIFASILITAS RN1 BATAN-SERPONG
PENGUKURAN KUALITAS BERKAS CITRA RADIOGRAFI NEUTRON PASCA PENAMBAHAN SISTEM TOMOGRAFI DI RN1 BATAN SERPONG. Pengukuran kuatitas berkas citra radiografi neutron pasca penambahan sis...

Back to Top