Javascript must be enabled to continue!
Perbandingan Ciri Daging Ayam Pedaging, Ayam Kampung Asli dan Ayam Kampung Kacuk daripada Pasaran
View through CrossRef
Penternakan ayam kampung kacuk telah meningkat berbanding dengan ayam kampung asli. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang membandingkan ciri fiziko-kimia dan kederiaan ayam kampung kacuk dengan ayam pedaging dan ayam kampung asli yang dijual di pasaran. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk membandingkan ciri fiziko-kimia dan kederiaan ayam kampung kacuk (AKK) dengan ayam pedaging (AP) dan ayam kampung asli (AKA). Kandungan lembapan, lemak, daya ricihan, profil asid amino dan sebatian meruap telah ditentukan bagi sampel bahagian dada, paha serta kepak untuk setiap jenis ayam tersebut. Penilaian kederiaan dijalankan untuk menilai tahap penerimaan pada burger ayam kampung kacukan dan ayam pedaging. Hasil menunjukkan tiada perbezaan yang ketara bagi kandungan lembapan antara bahagian dan jenis ayam. Bahagian dada AKK mengandungi lemak yang lebih rendah (p<0.05) berbanding AKA dan AP sementara kandungan lemak bahagian paha AKK adalah lebih rendah (p<0.05) berbanding AKA. Untuk daya ricihan, sampel AKA bahagian dada dan paha menunjukkan nilai kekerasan yang lebih tinggi (p<0.05) berbanding AKK dan AP. Hanya histidin menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) antara jenis ayam yang berbeza dengan AP mengandungi kandungan histidin yang lebih tinggi daripada AKA. Sebanyak 61 sebatian meruap telah didapati dalam bahagian dada ketiga-tiga jenis ayam. Kedua-dua AKA dan AKK menunjukkan kandungan 2-pentil furan yang lebih tinggi (p<0.05) berbanding AP. Penilaian sensori tidak menunjukkan perbezaan signifikan antara semua atribut yang dikaji. Walaupun terdapat beberapa perbezaan, hasil kajian ini menunjukkan daging AKK adalah setanding dengan AKA dan AP berdasarkan ciri yang dikaji.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Perbandingan Ciri Daging Ayam Pedaging, Ayam Kampung Asli dan Ayam Kampung Kacuk daripada Pasaran
Description:
Penternakan ayam kampung kacuk telah meningkat berbanding dengan ayam kampung asli.
Walau bagaimanapun, tiada kajian yang membandingkan ciri fiziko-kimia dan kederiaan ayam kampung kacuk dengan ayam pedaging dan ayam kampung asli yang dijual di pasaran.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk membandingkan ciri fiziko-kimia dan kederiaan ayam kampung kacuk (AKK) dengan ayam pedaging (AP) dan ayam kampung asli (AKA).
Kandungan lembapan, lemak, daya ricihan, profil asid amino dan sebatian meruap telah ditentukan bagi sampel bahagian dada, paha serta kepak untuk setiap jenis ayam tersebut.
Penilaian kederiaan dijalankan untuk menilai tahap penerimaan pada burger ayam kampung kacukan dan ayam pedaging.
Hasil menunjukkan tiada perbezaan yang ketara bagi kandungan lembapan antara bahagian dan jenis ayam.
Bahagian dada AKK mengandungi lemak yang lebih rendah (p<0.
05) berbanding AKA dan AP sementara kandungan lemak bahagian paha AKK adalah lebih rendah (p<0.
05) berbanding AKA.
Untuk daya ricihan, sampel AKA bahagian dada dan paha menunjukkan nilai kekerasan yang lebih tinggi (p<0.
05) berbanding AKK dan AP.
Hanya histidin menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.
05) antara jenis ayam yang berbeza dengan AP mengandungi kandungan histidin yang lebih tinggi daripada AKA.
Sebanyak 61 sebatian meruap telah didapati dalam bahagian dada ketiga-tiga jenis ayam.
Kedua-dua AKA dan AKK menunjukkan kandungan 2-pentil furan yang lebih tinggi (p<0.
05) berbanding AP.
Penilaian sensori tidak menunjukkan perbezaan signifikan antara semua atribut yang dikaji.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan, hasil kajian ini menunjukkan daging AKK adalah setanding dengan AKA dan AP berdasarkan ciri yang dikaji.
Related Results
Evaluasi Ciri Fenotipe Turunan F2 Hasil Persilangan Ayam Brahman Jantan dengan Ayam Lokal Betina dan Ayam Cochin Betina pada Fase Starter
Evaluasi Ciri Fenotipe Turunan F2 Hasil Persilangan Ayam Brahman Jantan dengan Ayam Lokal Betina dan Ayam Cochin Betina pada Fase Starter
Permasalahan utama dalam pengembangan ayam Lokal sebagai ternak komersial adalah masih kurangnya varian dari turunan perkawinan silang dan masih rendahnya produktivitas baik sebaga...
Jual Viagra Asli Usa Original 100Mg | Ciri Ciri Viagra Asli Dan Palsu
Jual Viagra Asli Usa Original 100Mg | Ciri Ciri Viagra Asli Dan Palsu
Agen Jual Viagra Asli Usa Original 100Mg | Ciri Ciri Viagra Asli Dan Palsu Di Semarang 085713333017viagra, viagra asli, viagra usa, viagra original, viagra 100mg, obat viagra, obat...
Kualitas Fisik Telur Ayam Arab, Ayam Kampung dan Ayam Ketarras serta Akseptabilitas Telur Ayam Ketarras Setara Telur Ayam Kampung
Kualitas Fisik Telur Ayam Arab, Ayam Kampung dan Ayam Ketarras serta Akseptabilitas Telur Ayam Ketarras Setara Telur Ayam Kampung
Penelitian ini bertujuan untuk mengevaluasi kualitas fisik telur ayam Arab, ayam Kampung dan ayam Ketarras serta akseptabilitas telur ayam Ketarras. Uji kualitas fisik telur menggu...
Performans Keturunan Ayam Arras dengan Ayam Arab (Ayam Ketarras) Umur 2-12 Minggu
Performans Keturunan Ayam Arras dengan Ayam Arab (Ayam Ketarras) Umur 2-12 Minggu
Penelitian ini bertujuan untuk mengevaluasi performans keturunan ayam Arab dengan ayam Arras (Ayam Ketarras) umur 2-12 minggu. Penelitian ini telah dilaksanakan selama 6 bulan, dim...
Perbandingan Profil Protein Daging Ayam dan Daging Tikus Menggunakan SDS-PAGE (Sodium Dodecyl Sulfate-Polyacrylamide Gel Electrophoresis)
Perbandingan Profil Protein Daging Ayam dan Daging Tikus Menggunakan SDS-PAGE (Sodium Dodecyl Sulfate-Polyacrylamide Gel Electrophoresis)
Pada umunya bahan baku dalam membuat bakso adalah daging sapi, namun bakso juga dapat dibuat dari hewan ternak lainnya seperti ayam pedaging (broiler). Karena harga daging ayam yan...
Strategi Pengembangan Ayam Kampung Pedaging Di Kecamatan Dolok Merawan Kabupaten Serdang Bedagai
Strategi Pengembangan Ayam Kampung Pedaging Di Kecamatan Dolok Merawan Kabupaten Serdang Bedagai
Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui apa saja yang menjadi faktor internal (kekuatan dan kelemahan) dan faktor eksternal dalam usaha peternak ayam kampung pedaging. Tujuan pen...
Evaluasi Mutu Sensori Daging Ayam Kampung Super yang Dimarinasi Air Kelapa Terfermentasi pada Lama Perendaman yang Berbeda
Evaluasi Mutu Sensori Daging Ayam Kampung Super yang Dimarinasi Air Kelapa Terfermentasi pada Lama Perendaman yang Berbeda
Daging ayam kampung super mempunyai cita rasa yang khas sehingga banyak diminati masyarakat. Pengolahan secara marinasi dapat meningkatkan kualitas sensori daging dengan salah satu...
Dampak Covid-19 Terhadap Konsumsi Dan Distribusi Daging Ayam Broiler di Kota Bengkulu
Dampak Covid-19 Terhadap Konsumsi Dan Distribusi Daging Ayam Broiler di Kota Bengkulu
ABSTRACTThe Covid-19 pandemic has had an impact on various sectors of people's lives, one of which is the broiler farming sector. Health efforts to tackle the spread of Covid-19, s...

