Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK

View through CrossRef
Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar.  Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya. Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia. Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc. Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1. Cinta, Setia dan Semangat, 2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3. Sanggup Bekorban Untuk Negara.  Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm). Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia. Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah.
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo
Title: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK
Description:
Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar.
  Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya.
Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar.
Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia.
Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu.
Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini.
Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc.
Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik.
Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1.
Cinta, Setia dan Semangat, 2.
Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3.
 Sanggup Bekorban Untuk Negara.
  Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm).
Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik.
Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia.
Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah.

Related Results

Analisis Pendekatan Ekspresif pada Lagu "Takut" Karya Idigtaf
Analisis Pendekatan Ekspresif pada Lagu "Takut" Karya Idigtaf
Musik adalah karya seni yang berupa bunyi atau suara yang disusun dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi yang memiliki kesatuan dan kesinambung...
Analisis Wacana Van Dijk pada Lirik Lagu Pingal Ciptaan Andry Priyanta
Analisis Wacana Van Dijk pada Lirik Lagu Pingal Ciptaan Andry Priyanta
Tujuan penelitian ini untuk menggambarkan struktur yang terdapat dalam lirik lagu Pingal sehingga orang-orang, terutama penikmat lagu Jawa, dapat memahami dan menikmati makna yang ...
MAKNA LEKSIKAL DAN GRAMATIKAL LIRIK LAGU DALAM ALBUM MONOKROM KARYA TULUS
MAKNA LEKSIKAL DAN GRAMATIKAL LIRIK LAGU DALAM ALBUM MONOKROM KARYA TULUS
Lirik lagu memiliki beberapa konsep yang sering digunakan, yaitu menceritakan sesuatu atau membawa kesan pengalaman pengarang. Salah satu kumpulan lagu yang menarik baik dalam hal ...
Analisis Metafora Yang Mengandung Makna Kemanusiaan Dalam Kumpulan Lagu Iwan Fals
Analisis Metafora Yang Mengandung Makna Kemanusiaan Dalam Kumpulan Lagu Iwan Fals
irik-lirik lagu ciptaan Iwan Fals banyak mengungkapkan kritik tentang kemanusiaan yang dirasakan rakyat setempat dari berbagai golongan, baik dalam negeri maupun luar negeri.  Kema...
Pesan Dakwah dalam Lirik Lagu Sabyan Gambus Sapu Jagat
Pesan Dakwah dalam Lirik Lagu Sabyan Gambus Sapu Jagat
Abstract. Da'wah can be disseminated through various media without reducing the meaning and purpose of da'wah. Of course, there are many things that can be used as a medium of da'w...
Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Bahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang pal...
Revitalisasi Lagu Dolanan Anak dalam Pembentukan Karakter Anak Usia Dini
Revitalisasi Lagu Dolanan Anak dalam Pembentukan Karakter Anak Usia Dini
Penelitian ini bertujuan (1) mendeskripsikan lagu dolanan anak, (2) menjelaskan arti dan makna dari setiap kata yang terkandung pada lagu dolanan Jawa, (3) menjelaskan nilai kearif...

Back to Top