Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN MOTIVASI DALAM KALANGAN ANGGOTA 3 KOR ARMOR DIRAJA (KAD)

View through CrossRef
Rejimen 3 Kor Armor DiRaja (KAD) merupakan unit berperisai yang penting dalam Tentera Darat Malaysia. Misi 3 KAD adalah “Pasukan Tempur Yang Kredibel Dalam Operasi Ofensif dan Defensif. Dalam melaksanakan tugas sebagai anggota tentera, mereka menghadapi pelbagai risiko di mana tahap kecergasan dan motivasi mereka diuji. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu 1) Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap motivasi di kalangan anggota 3 KAD; 2) Menentukan hubungan dimensi kecerdasan emosi dengan motivasi di kalangan anggota 3 KAD; 3) Mengenalpasti perbezaan tahap motivasi berdasarkan demografi (pangkat, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan) di kalangan anggota 3 KAD. Kajian ini menggunakan metod kuantitatif. Data primer dikumpulkan melalui kaedah kaji selidik  terhadap anggota Rejimen 3 KAD. Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, tesis, artikel jurnal, atau data atas talian. Hasil analisis menunjukkan tahap kecerdasan emosi anggota berada di tahap tinggi manakala motivasi mereka berada di tahap sederhana. . Dapatan  kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi berdasarkan dimensi intrapersonal tidak mempunyai hubungan dengan motivasi, namun berlaku sebaliknya bagi dimensi interpersonal dalam kalangan anggota 3 KAD. Selain itu, hanya satu faktor demografi yang mempunyai perbezaan tahap motivasi secara signifikan iaitu berdasarkan pangkat. Namun kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap motivasi berdasarkan status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan.
Title: HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN MOTIVASI DALAM KALANGAN ANGGOTA 3 KOR ARMOR DIRAJA (KAD)
Description:
Rejimen 3 Kor Armor DiRaja (KAD) merupakan unit berperisai yang penting dalam Tentera Darat Malaysia.
Misi 3 KAD adalah “Pasukan Tempur Yang Kredibel Dalam Operasi Ofensif dan Defensif.
Dalam melaksanakan tugas sebagai anggota tentera, mereka menghadapi pelbagai risiko di mana tahap kecergasan dan motivasi mereka diuji.
Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu 1) Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap motivasi di kalangan anggota 3 KAD; 2) Menentukan hubungan dimensi kecerdasan emosi dengan motivasi di kalangan anggota 3 KAD; 3) Mengenalpasti perbezaan tahap motivasi berdasarkan demografi (pangkat, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan) di kalangan anggota 3 KAD.
Kajian ini menggunakan metod kuantitatif.
Data primer dikumpulkan melalui kaedah kaji selidik  terhadap anggota Rejimen 3 KAD.
Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, tesis, artikel jurnal, atau data atas talian.
Hasil analisis menunjukkan tahap kecerdasan emosi anggota berada di tahap tinggi manakala motivasi mereka berada di tahap sederhana.
.
Dapatan  kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi berdasarkan dimensi intrapersonal tidak mempunyai hubungan dengan motivasi, namun berlaku sebaliknya bagi dimensi interpersonal dalam kalangan anggota 3 KAD.
Selain itu, hanya satu faktor demografi yang mempunyai perbezaan tahap motivasi secara signifikan iaitu berdasarkan pangkat.
Namun kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap motivasi berdasarkan status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan.

Related Results

Psichikos sveikata – kiekvieno mūsų teisė
Psichikos sveikata – kiekvieno mūsų teisė
Sakoma, kad apie savo sveikatą žmogus dažniausiai susimąsto tik tada, kai sunegaluoja. Kol mes ir mums artimi žmonės geba veikti, kurti santykius ir susitvarkyti su iškylančiais ka...
Dissociation of affinity and efficacy in KOR‐3 chimeras
Dissociation of affinity and efficacy in KOR‐3 chimeras
KOR‐3 chimeras were constructed in which the first coding exon of KOR‐3 was exchanged for the corresponding first coding exon of either MOR‐1 (MOR‐1/KOR‐3) or DOR‐1 (DOR‐1/KOR‐3). ...
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan dinamika emosi Kinan dalam novel Layangan Putus Karya Mommy Asf. Pendekatan yang digunakan adalah Psikologi Sastra. Metode yang d...
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Penelitian ini merupakan penelitian jenis ex-post facto yang memiliki tiga variabel bebas dan satu variabel terikat. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) hubungan kecerdas...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Kepentingan Kecerdasan Emosi dan Pengaruhnya ke atas Komunikasi Berkesan Kakitangan Agensi Penguat Kuasa
Kepentingan Kecerdasan Emosi dan Pengaruhnya ke atas Komunikasi Berkesan Kakitangan Agensi Penguat Kuasa
Kecerdasan emosi yang positif penting bagi mewujudkan komunikasi berkesan ke atas kakitangan agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia ...
Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru
Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru
Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan ...
Peranan Pelayanan Guru Bimbingan Konseling dalam Menyeimbangkan Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Siswa
Peranan Pelayanan Guru Bimbingan Konseling dalam Menyeimbangkan Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Siswa
Pada saat ini krisis moral yang menimpa Indonesia berawal dari lemahnya penanaman nilai spiritual terhadap anak. Pada zaman sekarang banyak anak-anak yang menggunakan narkoba, bolo...

Back to Top