Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

SIMBOLIK MOTIF-MOTIF TATU TRADISIONAL MASYARAKAT KAUM IBAN DI LUBOK ANTU, SRI AMAN, SARAWAK

View through CrossRef
Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka. Tatu sebenarnya merupakan sebahagian daripada ritual tradisional kaum Iban di Sarawak yang mempunyai hubungan kuat dengan adat dan kesenian. Tatu berada pada tubuh secara kekal sehingga menjadi penandaan yang tidak dapat dihilangkan sehingga kematian. Makalah ini memfokuskan tentang simbolik motif-motif tatu tradisional kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana tiga jenis kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan menerusi temu bual, kaedah kepustakaan, dan melayari laman web. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian motif tatu tradisional Iban pada zaman dahulu bukan sahaja diukir sekadar hiasan semata-mata, namun setiap corak motif tersebut digunakan untuk tujuan tertentu dan mempunyai maksud yang tersendiri di mana setiap motif tersebut pada dasarnya mempunyai simbolik dan syarat-syarat khusus dari segi pemilikannya yang tidak boleh diukir secara sesuka hati. Walau bagaimanapun, peredaran zaman telah menyebabkan berlaku inovasi terhadap tatu tradisional di mana tatu Iban pada era moden ini tidak lagi diritualisasikan dan berhubung kait dengan unsur kepercayaan tradisi (animisme) seperti yang diamalkan pada zaman dahulu. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban terutamanya dalam kalangan generasi muda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah tatu tradisional kaum mereka. Pengetahuan tentang dunia tatu kaum Iban pada masa kini menjadi penting kerana menjadi satu-satunya cara untuk memahami dan mendedahkan keindahan budaya kaum Iban, sama ada dari segi kepercayaan mahupun gaya hidup sebenar masyarakat Iban pada zaman dahulu.
Title: SIMBOLIK MOTIF-MOTIF TATU TRADISIONAL MASYARAKAT KAUM IBAN DI LUBOK ANTU, SRI AMAN, SARAWAK
Description:
Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat.
Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka.
Tatu sebenarnya merupakan sebahagian daripada ritual tradisional kaum Iban di Sarawak yang mempunyai hubungan kuat dengan adat dan kesenian.
Tatu berada pada tubuh secara kekal sehingga menjadi penandaan yang tidak dapat dihilangkan sehingga kematian.
Makalah ini memfokuskan tentang simbolik motif-motif tatu tradisional kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana tiga jenis kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan menerusi temu bual, kaedah kepustakaan, dan melayari laman web.
Hasil kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian motif tatu tradisional Iban pada zaman dahulu bukan sahaja diukir sekadar hiasan semata-mata, namun setiap corak motif tersebut digunakan untuk tujuan tertentu dan mempunyai maksud yang tersendiri di mana setiap motif tersebut pada dasarnya mempunyai simbolik dan syarat-syarat khusus dari segi pemilikannya yang tidak boleh diukir secara sesuka hati.
Walau bagaimanapun, peredaran zaman telah menyebabkan berlaku inovasi terhadap tatu tradisional di mana tatu Iban pada era moden ini tidak lagi diritualisasikan dan berhubung kait dengan unsur kepercayaan tradisi (animisme) seperti yang diamalkan pada zaman dahulu.
Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban terutamanya dalam kalangan generasi muda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah tatu tradisional kaum mereka.
Pengetahuan tentang dunia tatu kaum Iban pada masa kini menjadi penting kerana menjadi satu-satunya cara untuk memahami dan mendedahkan keindahan budaya kaum Iban, sama ada dari segi kepercayaan mahupun gaya hidup sebenar masyarakat Iban pada zaman dahulu.

Related Results

STUDI KASUS BATIK KAJANG PADATI PADA EMI ARLIN FASHION DESIGNER DI KOTA PADANG
STUDI KASUS BATIK KAJANG PADATI PADA EMI ARLIN FASHION DESIGNER DI KOTA PADANG
Each batik product in various regions has its own characteristics with different sources of inspiration. Such as kajang padati batik from West Sumatra which has its own characteris...
PERANG BETING MARAU 1849: KEMUNCAK KEPADA KONFLIK IBAN DAN RAJAH BROOKE
PERANG BETING MARAU 1849: KEMUNCAK KEPADA KONFLIK IBAN DAN RAJAH BROOKE
Peristiwa Perang Beting Marau yang berlaku pada 31 Julai 1849 merupakan sebuah titik akhir kepada penentangan Iban dari Saribas dan Skrang terhadap kekuasaan Brooke di Sarawak. Bia...
PENELITIAN KOLEKSI AKSESORI PERAK NGEPAN INDU “BIAH ANAK ANJI” DALAM KONTEKS BUDAYA BENDA MASYARAKAT IBAN
PENELITIAN KOLEKSI AKSESORI PERAK NGEPAN INDU “BIAH ANAK ANJI” DALAM KONTEKS BUDAYA BENDA MASYARAKAT IBAN
This research paper is an ethnographic research based on cultural objects of a community in Malaysia. The focus of this research is based on the silver accessories or "perengka pir...
ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA
ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA
Masyarakat Iban di Sarawak kaya dengan pelbagai warisan dan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang mereka. Kebudayaan Iban terdiri dari dua aspek yang berbeza ...
The Study of Iban Traditional Motifs of Sudan’s Ruma Weaving Textile
The Study of Iban Traditional Motifs of Sudan’s Ruma Weaving Textile
Iban traditional attire weaving contains a rich history derivative of the cultural identity, beliefs, customs, and traditions of the Iban people. It is considered an important mate...
PENGARAP LAMA DALAM BUDAYA IBAN: PENELITIAN ANIMISME IBAN
PENGARAP LAMA DALAM BUDAYA IBAN: PENELITIAN ANIMISME IBAN
Budaya Iban di Sarawak, Malaysia, sangat kaya dengan elemen animisme yang tercermin dalam amalan Pengarap Lama Iban, iaitu ritual dan kepercayaan warisan yang diwarisi secara turun...
The Effectiveness Of Preserving Iban "Ensera" (Folktales) Through The Medium Of Wai Fm Radio In Miri Division
The Effectiveness Of Preserving Iban "Ensera" (Folktales) Through The Medium Of Wai Fm Radio In Miri Division
Iban is the largest ethnic group in Sarawak, constituting about 30% of the population of Sarawak. Like other Dayak in Sarawak, Iban did not have a writing system earlier. Instead, ...

Back to Top