Javascript must be enabled to continue!
SENI SOSIOLOGI DAKWAH DALAM UNDANG-UNDANG BERKAITAN ARAK DI MALAYSIA
View through CrossRef
Seluruh dunia mengakui kesan buruk arak terhadap kesihatan dan pembangunan sosial. Walaubagaimanapun, kehendak sesetengah cara hidup dalam budaya bagi sekelompok masyarakat tidak dapat menghalang permintaan dan penawaran dalam pasaran ekonomi tempatan mahupun global. Maka atas sebab demikian, arak dikategorikan sebagai salah satu bahan terkawal. Dari perspektif Islam, arak bukan sahaja dilihat dari aspek kesihatan dan sosial malah yang lebih utama adalah pematuhan terhadap prinsip halal dan haram untuk kesejahteraan manusia. Islam juga mengiktiraf hak orang bukan Islam terhadap arak sesuai dengan kadarnya di bawah pemerintahan Islam. Realiti di Malaysia, sungguhpun Islam adalah agama rasmi persekutuan yang dilindung di bawah perlembagaan bahkan Malaysia dikenali sebagai negara Umat Islam atau sesetengah pihak menamakan ianya sebagai Negara Islam, tetapi Malaysia menguguli pasaran saham arak di rantau Asia Tenggara ini. Kekuatan pasaran ekonomi arak di Malaysia telah menimbulkan polemik yang berterusan khususnya kepada umat Islam di Malaysia. Kesan dari respon masyarakat, maka terdapat kepelbagaian pemerkasaan dalam undang-undang kawalan arak di peringkat negeri-negeri dan juga persekutuan. Hal ini menarik untuk diperhatikan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Justeru kajian ini mengaplikasi kaedah analisis kandungan melalui data sekunder untuk memenuhi objektif kajian yang ingin menganalisis undang-undang berkaitan arak dari perspektif seni sosiologi dakwah. Hasil kajian mendapati bahawa undang-undang kawalan arak dalam konteks negara Malaysia melibatkan pelbagai pihak dari agensi kerajaan dengan bidang kuasa, peranan dan objektif masing-masing. Pendekatan kawalan yang digunakan dapat ditemakan kepada beberapa pendekatan seni dalam berdakwah dalam konteks mencegah kemungkaran (nahy munkar) dengan mengaplikasi kaedah sosiologi. Kesimpulannya, walaupun perkataan undang-undang secara zahirnya membawa refleksi disiplin, ketegasan dan sesuatu yang serius, namun dalam merangka dan melaksanakan undang-undang, ianya memerlukan sentuhan seni intelektual dan emosi melalui pemahaman terhadap ilmu kemasyarakatan iaitu sosiologi. Maka hal ini merupakan suatu bentuk aplikasi dakwah yang berhikmah.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: SENI SOSIOLOGI DAKWAH DALAM UNDANG-UNDANG BERKAITAN ARAK DI MALAYSIA
Description:
Seluruh dunia mengakui kesan buruk arak terhadap kesihatan dan pembangunan sosial.
Walaubagaimanapun, kehendak sesetengah cara hidup dalam budaya bagi sekelompok masyarakat tidak dapat menghalang permintaan dan penawaran dalam pasaran ekonomi tempatan mahupun global.
Maka atas sebab demikian, arak dikategorikan sebagai salah satu bahan terkawal.
Dari perspektif Islam, arak bukan sahaja dilihat dari aspek kesihatan dan sosial malah yang lebih utama adalah pematuhan terhadap prinsip halal dan haram untuk kesejahteraan manusia.
Islam juga mengiktiraf hak orang bukan Islam terhadap arak sesuai dengan kadarnya di bawah pemerintahan Islam.
Realiti di Malaysia, sungguhpun Islam adalah agama rasmi persekutuan yang dilindung di bawah perlembagaan bahkan Malaysia dikenali sebagai negara Umat Islam atau sesetengah pihak menamakan ianya sebagai Negara Islam, tetapi Malaysia menguguli pasaran saham arak di rantau Asia Tenggara ini.
Kekuatan pasaran ekonomi arak di Malaysia telah menimbulkan polemik yang berterusan khususnya kepada umat Islam di Malaysia.
Kesan dari respon masyarakat, maka terdapat kepelbagaian pemerkasaan dalam undang-undang kawalan arak di peringkat negeri-negeri dan juga persekutuan.
Hal ini menarik untuk diperhatikan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
Justeru kajian ini mengaplikasi kaedah analisis kandungan melalui data sekunder untuk memenuhi objektif kajian yang ingin menganalisis undang-undang berkaitan arak dari perspektif seni sosiologi dakwah.
Hasil kajian mendapati bahawa undang-undang kawalan arak dalam konteks negara Malaysia melibatkan pelbagai pihak dari agensi kerajaan dengan bidang kuasa, peranan dan objektif masing-masing.
Pendekatan kawalan yang digunakan dapat ditemakan kepada beberapa pendekatan seni dalam berdakwah dalam konteks mencegah kemungkaran (nahy munkar) dengan mengaplikasi kaedah sosiologi.
Kesimpulannya, walaupun perkataan undang-undang secara zahirnya membawa refleksi disiplin, ketegasan dan sesuatu yang serius, namun dalam merangka dan melaksanakan undang-undang, ianya memerlukan sentuhan seni intelektual dan emosi melalui pemahaman terhadap ilmu kemasyarakatan iaitu sosiologi.
Maka hal ini merupakan suatu bentuk aplikasi dakwah yang berhikmah.
Related Results
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
Membuat seni lukis sebagai landasan berkarya yang mengikuti kaidah seni lukis dengan baik dan mampu menguasai konsep berkarya dan teknik seni lukis. Selanjutnya seni lukis menjadi ...
Strategi Dakwah Ustadz Ramdan Fawzi di Masa Pandemi
Strategi Dakwah Ustadz Ramdan Fawzi di Masa Pandemi
Abstrak.Da’i banyak yang mengamalkan dakwah menggunakan media sosial alternatif, salah satunya di platform YouTube. Kegiatan ini juga dilakukan oleh Ustadz Ramdan Fawzi dalam berda...
Effects of different doses of Arak on liver and kidney microstructures in Swiss albino mice: Histopathological study
Effects of different doses of Arak on liver and kidney microstructures in Swiss albino mice: Histopathological study
Abstract
Background: Ethiopia is the most culturally diversified country in which a variety of traditional alcoholic beverages are consumed in different cultures and among ...
ANTROPOLOGI DAKWAH: Menimbang Sebuah Pendekatan Baru Studi Ilmu Dakwah
ANTROPOLOGI DAKWAH: Menimbang Sebuah Pendekatan Baru Studi Ilmu Dakwah
Abstrak: Antropologi dakwah adalah terminologi yang terdiri dari dua kata, yaitu antropologi dan dakwah. Seperti juga antropologi, dakwah merupakan salah satu disiplin ilmu. Bedany...
ARAK SEBAGAI PRODUK LOKAL DALAM MENDUKUNG DESA TRI EKA BUANA MENUJU DESA WISATA
ARAK SEBAGAI PRODUK LOKAL DALAM MENDUKUNG DESA TRI EKA BUANA MENUJU DESA WISATA
Arak adalah minuman beralkohol suling jenis minuman keras yang biasanya diproduksi di Negara Negara Asia Tenggara dan Asia Selatan. Arak terbuat dari fermentasi kelapa, tebu dan bi...
Strategi Dakwah Komunitas “Bikers Dakwah Bandung” dalam Membentuk Akhlak Anggota Komunitasnya
Strategi Dakwah Komunitas “Bikers Dakwah Bandung” dalam Membentuk Akhlak Anggota Komunitasnya
Abstract. The motorcycle community is often considered to be doing harassment on the streets such as bullying, bribes, and other negative actions, but the “Bikers Dakwah Bandung” c...
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistemat...
KRITIK SENI DAN FUNGSI MELAKUKAN KRITIK SENI
KRITIK SENI DAN FUNGSI MELAKUKAN KRITIK SENI
Art criticism is a process of evaluating and inputting a work of art. The purpose of doing art criticism is to provide improvements to a work of art to make it even better. The met...

