Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Putera raja di bumi sintok

View through CrossRef
Delegrasi Kesultanan Negeri Kedah diteruskan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah apabila ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 pada tanggal 12 September 2017 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Buku ini menceritakan mengenai kisah hidup, kronologi dan liku-liku kehidupan Baginda. Kisah hidup ini bermula daripada kehidupan awal Baginda semasa di Istana sehingga zaman persekolahan di Sekolah Melayu Alor Merah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Atas saranan Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Baginda mengambil keputusan bagi menyertai latihan ketenteraan di Indian Military Academy, Dehradun, India. Sekembalinya ke tanah air setahun kemudian, Baginda terus menyertai pasukan tentera sebagai Leftenan Muda dan ditempatkan dalam Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan. Semasa di Batalion 2 RAMD juga, Baginda dinaikkan pangkat ke Leftenan. Semasa ini Baginda terlibat dalam banyak operasi bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara terutamanya ketika negara berada di era konfrontasi dan Insurgensi. Di Kelantan juga, Baginda telah bertemu jodoh dengan KDYMM Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff dan hasil perkahwinan tersebut, Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan YTM Dato Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin. Setelah bersama Batalion 2 RAMD, Baginda ditugaskan dalam pasukan Batalion 3 RAMD dan ditempatkan di Kem Kepala Batas, Alor Setar. Semasa bersama Batalion 3 RAMD, Baginda banyak terlibat dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di kawasan Sintok yang suatu ketika dulu menjadi kawasan sasaran pengganas komunis. Banyak peristiwa dan kenangan Baginda semasa menjalankan operasi di kawasan Sintok dipaparkan dalam buku ini. Setelah berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan tentera, dengan pangkat Kapten, Baginda mengundurkan diri pada tahun 1974. Namun, setelah lebih 40 tahun Baginda meninggalkan bumi Sintok, dengan takdir Allah SWT, Baginda kembali ke Sintok sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia pada 18 November 2017. Sesungguhnya, kawasan Sintok inilah menjadi medan sejarah yang dahulunya bergelora dengan ancaman musuh bertukar menjadi medan ilmu mendidik anak bangsa.
Title: Putera raja di bumi sintok
Description:
Delegrasi Kesultanan Negeri Kedah diteruskan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah apabila ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 pada tanggal 12 September 2017 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Buku ini menceritakan mengenai kisah hidup, kronologi dan liku-liku kehidupan Baginda.
Kisah hidup ini bermula daripada kehidupan awal Baginda semasa di Istana sehingga zaman persekolahan di Sekolah Melayu Alor Merah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.
Atas saranan Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Baginda mengambil keputusan bagi menyertai latihan ketenteraan di Indian Military Academy, Dehradun, India.
Sekembalinya ke tanah air setahun kemudian, Baginda terus menyertai pasukan tentera sebagai Leftenan Muda dan ditempatkan dalam Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Semasa di Batalion 2 RAMD juga, Baginda dinaikkan pangkat ke Leftenan.
Semasa ini Baginda terlibat dalam banyak operasi bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara terutamanya ketika negara berada di era konfrontasi dan Insurgensi.
Di Kelantan juga, Baginda telah bertemu jodoh dengan KDYMM Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff dan hasil perkahwinan tersebut, Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan YTM Dato Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.
Setelah bersama Batalion 2 RAMD, Baginda ditugaskan dalam pasukan Batalion 3 RAMD dan ditempatkan di Kem Kepala Batas, Alor Setar.
Semasa bersama Batalion 3 RAMD, Baginda banyak terlibat dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di kawasan Sintok yang suatu ketika dulu menjadi kawasan sasaran pengganas komunis.
Banyak peristiwa dan kenangan Baginda semasa menjalankan operasi di kawasan Sintok dipaparkan dalam buku ini.
Setelah berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan tentera, dengan pangkat Kapten, Baginda mengundurkan diri pada tahun 1974.
Namun, setelah lebih 40 tahun Baginda meninggalkan bumi Sintok, dengan takdir Allah SWT, Baginda kembali ke Sintok sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia pada 18 November 2017.
Sesungguhnya, kawasan Sintok inilah menjadi medan sejarah yang dahulunya bergelora dengan ancaman musuh bertukar menjadi medan ilmu mendidik anak bangsa.

Related Results

Scenarios for China’s Naval Deployment in the Indian Ocean and India’s Naval Response
Scenarios for China’s Naval Deployment in the Indian Ocean and India’s Naval Response
Raja Menon, provides a Indian naval practitioner’s perspective on China’s vulnerabilities in the IO and how the Indian Navy would respond to China in the event of conflict. Menon a...
INDUSTRIAL ENGINEERING
INDUSTRIAL ENGINEERING
Explore the world of Industrial Engineering and its impact on success, efficiency and productivity in today's industries. This comprehensive book serves as a guide, providing reade...
Artificial Intelligence (AI) Based Projects Designs and Implementations
Artificial Intelligence (AI) Based Projects Designs and Implementations
Artificial Intelligence (AI) Based Projects: Designs and Implementations present a collection of practical AI applications designed to address real-world challenges across multiple...
Audit Command Language (ACL) Analytics: A Practical Guide for Beginners
Audit Command Language (ACL) Analytics: A Practical Guide for Beginners
Tired of performing an audit manually? This module provides a useful step-by-step approach to perform an audit using ACL. Easy to understand and follow. No such module ...
Lagu Merdu Irama Sumbang
Lagu Merdu Irama Sumbang
Kebahagiaan Mariah mula tergugat apabila dia hilang deria penglihatannya akibat penyakit barah otak. Suaminya telah berusaha memberi semangat kepada Mariah untuk memulakan hidup da...

Back to Top